Jumaat, 20 November 2026

INGAT KHAMIS 24 OGOS 2028


INGAT DARI

SEKARANG

 KHAMIS

 24 OGOS 2028 

AMIN

NETANYAHU KE KEUALA LUMPUR ?



APAKAH 

ANWAR 

BIN IBRAHIM

AKAN JEMPUT

NETANYAHU

UNTUK LAWAT

KUALA LUMPUR?

KHALAS

Ketika xenofobia dan dasar meraikan junta, Mahkamah Dunia sabitkan Myanmar lakukan genosid terhadap Rohingya

Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) hari ini mendapati Myanmar bersalah melakukan pembunuhan beramai-ramai (genosid) terhadap etnik Rohingya, keputusan yang mengesahkan tindakan tenteranya menindas golongan minoriti Muslim itu ketika masyarakat pelarian berdepan kempen xenofobia (kebencian) di Malaysia.

Keputusan bersejarah itu diumumkan hanya sebulan selepas Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyambut mesra pemimpin junta tersebut, malah berjanji untuk membawa masuk Myanmar ke dalam Asean meskipun rejim itu terus melakukan keganasan.

Dalam penghakiman panjang lebar dibacakan di mahkamah di The Hague, Belanda, Presiden ICJ Yuji Iwasawa dari Jepun, berkata sembilan daripada panel 15 hakim memutuskan bahawa Myanmar telah melakukan pembunuhan beramai-ramai terhadap etnik Rohingya di wilayah Arakan (Rakhine) pada 2016–2017, tindakan yang mencetuskan salah satu krisis pelarian paling buruk dalam sejarah moden.

Menurutnya, rejim Myanmar “membunuh beribu-ribu orang awam Rohingya, melakukan keganasan seksual, serta keganasan melampau terhadap kanak-kanak”.

“Mahkamah yakin sepenuhnya bahawa Myanmar telah melakukan tindakan yang tertakluk di bawah konvensyen pembunuhan beramai-ramai, dengan niat untuk melenyapkan sebahagian besar populasi Rohingya di Myanmar,” kata Iwasawa.

Keputusan hari ini muncul ketika kempen menyemai kebencian terhadap etnik Rohingya semakin tidak terkawal di Malaysia, apabila media sosial dibanjiri ucapan penghinaan, aksi kumpulan yang berkeliaran sambil mengganggu pelarian, serta desakan supaya mereka dihantar pulang ke tangan junta Myanmar.

Keputusan ICJ itu juga menimbulkan tanda tanya terhadap langkah mengejut kerajaan Malaysia untuk menjalin hubungan mesra dengan pemimpin Myanmar, Min Aung Hlaing, yang bulan lalu diraikan di Kuala Lumpur bersama janji Anwar untuk membawa masuk negara itu ke dalam Asean dan memperkukuh kerjasama ekonomi.

Pendirian Anwar itu tidak selari dengan keputusan Asean semalam untuk melanjutkan larangan terhadap pemimpin Myanmar daripada menghadiri mesyuarat sidang kemuncak blok itu, disebabkan kegagalan rejim tersebut melaksanakan pelan damai Konsensus Lima Perkara (5PC).

Dalam penghakimannya, ICJ berkata Myanmar melakukan tindakan yang tertakluk di bawah Konvensyen Genosid, dengan niat untuk menghapuskan etnik Rohingya.

Kempen ketenteraan pada 2016–2017 memaksa lebih 700,000 orang melarikan diri ke Bangladesh selepas jenayah pembunuhan beramai-ramai, rogol dan serangan ke atas kampung dilakukan junta Myanmar. Kira-kira 200,000 pelarian Myanmar, sebahagian besarnya etnik Rohingya, turut mencari perlindungan di Malaysia.

Selama beberapa dekad, pihak berkuasa Myanmar dan gerakan nasionalis yang dipimpin sami ekstremis Buddha cuba menggambarkan Rohingya sebagai orang asing yang tidak sepatutnya berada di negara itu. Mereka berulang kali dilabel sebagai pendatang haram berketurunan Bengali walaupun terdapat bukti lama mengenai kehadiran mereka di Arakan, yang kini dikenali sebagai Negeri Rakhine.

Pihak berkuasa Myanmar telah mewujudkan persepsi bahawa etnik Rohingya bukan komuniti peribumi yang mempunyai hak sah, sebaliknya kelompok asing yang kehadirannya dianggap sebagai ancaman kepada negara tersebut.

Keputusan hari ini merupakan kali pertama ICJ menyabitkan sebuah negara atas jenayah genosid, di samping memberi isyarat terhadap kes yang dibawa ke atas Israel berhubung tindakannya di Gaza yang mengorbankan lebih 100,000 orang awam sejak Oktober 2023.

Ia juga dilihat akan meningkatkan tekanan terhadap Myanmar berhubung layanan terhadap etnik Rohingya, sekali gus menjejaskan usaha beberapa negara sejak akhir-akhir ini untuk menjalinkan hubungan dengan rejim tersebut.

Kempen kebencian

Semakan mendapati sebahagian besar kandungan kebencian di media sosial dipacu oleh bot dan akaun palsu yang menggunakan ratusan video dijana teknologi AI dengan matlamat menyemai permusuhan terhadap komuniti pelarian dan migran, menyerupai apa yang berlaku di Aceh pada 2023 apabila kempen kebencian dalam talian cuba membangkitkan kemarahan penduduk tempatan supaya mengusir pelarian Rohingya, hanya beberapa bulan sebelum pilihan raya presiden Indonesia.

Anwar dan sebilangan kecil ahli politik dilihat bersetuju dengan naratif yang melabelkan pelarian Rohingya sebagai golongan yang mencetuskan kekacauan.

Malah ketika ICJ bersidang menyampaikan penghakimannya hari ini, ahli politik Bersatu, Radzi Jidin, sekali lagi melaungkan slogan anti-Rohingya, dengan mendesak kerajaan supaya tegas mengusir masyarakat pelarian kembali ke Myanmar.

Radzi juga cuba mewajarkan kelakuan kumpulan jalanan yang mengganggu pelarian, dengan alasan mereka muncul disebabkan kegagalan pihak berkuasa, di samping mengulangi naratif TikTok yang menyerang pihak yang mengkritik penghantaran pulang pelarian Rohingya.

“Kalau tidak mahu kami hantar balik, ambillah mereka,” kata Radzi, yang sebelum ini menggesa agar tentera dikerah di seluruh negara bagi menangkap pendatang tanpa izin.

Pada September, Anwar mengulangi naratif yang melabelkan pelarian Islam Rohingya sebagai golongan yang menimbulkan kekacauan, dengan mendakwa mereka “melanggar kampung, melanggar peraturan, buat perhimpunan haram dan mempertikaikan kedudukan rakyat Malaysia”.

Ia disusuli keputusan Anwar membelakangkan dasar kerajaan Malaysia selama ini untuk melindungi pelarian Islam Rohingya yang dilucutkan kewarganegaraan oleh junta Myanmar, di samping pengumuman mengusir ribuan pelarian.


BERPAKAT BERTOLAK ANSUR


BERPAKAT

BERBINCANG

BERTOLAK ANSUR

KUNCI 

PERSERIKATAN

AMIN


PAS-BN rakan setara, tiada pihak boleh tentukan syarat - Mohd Amar



KOTA BHARU: PAS dan Barisan Nasional (BN) perlu menjalin kerjasama politik berasaskan kedudukan sama rata tanpa mana-mana pihak mempunyai kuasa menentukan syarat kepada pihak lain.

Naib Presiden PAS, Mohd Amar Abdullah, berkata kenyataan Pengerusi PN, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, berhubung tiada istilah 'Abang Long' dalam cadangan kerjasama antara Perikatan Nasional (PN) dan BN adalah tepat.

Katanya, perbincangan antara parti perlu mengambil kira kedudukan politik semasa dengan mengekalkan status quo sebagai asas rundingan seperti pendekatan digunakan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Negeri Sembilan dan Melaka.

"Itulah asas perbincangan kita. Banyak lagi kerusi lain yang boleh dibincangkan kemudian.

"Kita boleh duduk semeja dan berbincang sesama sendiri. Ia bukan soal satu parti boleh mengarahkan parti lain. Kita tidak mahu bentuk kerjasama seperti itu.

"Tiada siapa boleh menentukan syarat dalam kerjasama ini.

"Keputusan perlu dibuat melalui perbincangan bersama yang membabitkan semua pihak," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah Jumaat di Medan Ilmu, di sini, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Ahmad Samsuri malam tadi, yang menegaskan tiada istilah 'Abang Long' dalam rundingan politik antara PN dan BN, sebaliknya kedua-dua gabungan perlu duduk semeja sebagai rakan yang mempunyai kedudukan sama rata.

Dalam ucapannya pada sambutan ulang tahun ke-70 PAS Dungun dan Himpunan Teguh Memimpin Terengganu (TMT 2.0), Ahmad Samsuri yang juga Menteri Besar Terengganu, berkata tiada pihak sepatutnya mengharapkan pihak lain melakukan semua pengorbanan atau bertolak ansur dalam rundingan berkenaan.

Kerjasama PN-BN menyaksikan kemenangan dalam tiga PRN berturut-turut tahun ini, bermula di Johor pada Julai, diikuti Negeri Sembilan pada Ogos dan Melaka pada 14 November.

REJIM GENOSID


TAK LAMA DULU

ANWAR

BIN IBRAHIM

SAMBUT HEBAT

KEPALA REJIM

MYANMAR

AMIN

HARI INI SAH

REJIM INI

MELAKUKAN

GENOSID 

AMIN

LU NAK 

CAKAP APA?

KHALAS


Genosid: UK usir atase pertahanan Myanmar


GENEVA: United Kingdom (UK) mengumumkan tindakan mengusir atase pertahanan Myanmar dan menggesa mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Ini dilakukan susulan keputusan bersejarah mahkamah yang mendapati Myanmar melakukan genosid terhadap masyarakat Islam Rohingya, lapor Anadolu Ajansi.

Setiausaha Luar UK, Ed Miliband, berkata langkah itu dilaksanakan serta-merta sebagai tindak balas terhadap penghakiman Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), selain memperkukuh sekatan sedia ada Britain terhadap rejim tentera Myanmar.

"Kami mengambil tindakan segera hari ini susulan penghakiman ini. Selain sekatan sedia ada terhadap rejim Myanmar, kami mengarahkan pengusiran Atase Pertahanan Myanmar dari UK.

"UK juga menggesa satu sesi Majlis Keselamatan PBB (UNSC) diadakan segera bagi membincangkan penghakiman itu," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau turut mengumumkan rancangan untuk memanggil kuasa usaha Myanmar bagi menyampaikan pendirian UK serta menggariskan langkah tambahan 'dalam beberapa hari akan datang' bagi memastikan pihak bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan.

"UK bertekad untuk mengambil tindakan dan memastikan akauntabiliti terhadap jenayah kejam ini," katanya sambil mengecam 'layanan mengerikan' terhadap masyarakat Islam Rohingya oleh rejim tentera Myanmar.

Miliband turut menegaskan sokongan Britain terhadap ICJ dan undang-undang antarabangsa, selain menegaskan bahawa Myanmar perlu mematuhi sepenuhnya penghakiman berkenaan.

"Masyarakat antarabangsa kini perlu memainkan peranan dalam menyokong pelaksanaan keputusan, akauntabiliti dan keadilan untuk masyarakat Rohingya," katanya.

"Kita mesti memastikan keputusan mahkamah itu menghantar mesej jelas bahawa jenayah sedemikian tidak boleh dilakukan tanpa sebarang tindakan undang-undang," katanya.

ICJ pada Khamis memutuskan bahawa Myanmar melakukan genosid terhadap masyarakat Islam Rohingya ketika operasi ketenteraan pada 2017 di utara Negeri Rakhine.

Keputusan itu menandakan kali pertama mahkamah tertinggi PBB mendapati sesebuah negara bertanggungjawab melakukan genosid.

Mahkamah turut mengarahkan Myanmar membayar pampasan serta mengambil langkah bagi mencegah pelanggaran seumpamanya daripada berulang.

PEMANASAN GLOBAL



MAKLUMAT INI 

WAJIB DITAMBAH

AMIN

SABAN TAHUN AKAN

LEBIH MELUAS

LEBIH GANAS

AKIBAT PEMANASAN

GLOBAL

KHALAS

PERANAN BERSAMA DI PERLUKAN



TANPA BERSAMA

PN/BN AKAN GAGAL

KE PUTRAJAYA

AMIN




Unknown commented on
 "PARTI BERSAMA ADA PERANAN BESAR"

Wei jangan lagi ramai lagi meriah, lagi banyak berpecah-belah menjadi sikit, bukan sikit sikit lama lama jadi bukit tetapi sedikit demi sedikit menghancurkan sesama sendiri kah kah kah kah


Unknown commented on 
"PARTI BERSAMA ADA PERANAN BESAR"

besama baru tubuh tak dapat undi itu biasa.. PKR parti kerajaan tabur duit tabur janji dah berpuluh tahun wujud masih gagal menang undi apa pasal.. ? kenapa tak suruh bubar PKR.. ini pelik lagi melik

kah kah kah


PANTUN MAIN JUBO


PANTUN

ANWAR

BIN IBRAHIM

MAIN JUBO

AMIN


Unknown commented on 
"PATUN MEMANCING"

pergi memancing bersama mat maslan
ajak bersama reyer jelutong
kenapa masih undi harapan
kalau berjanji asyik berbohong

kah kah kah


Unknown commented on
 "PANTUN MEMANCING"

kalau tuan pergi memukat
jangan memukat dekat kubur
kalau takut kena liwat
jangan sokong kaki jubor

kah kah kah

SENJATA IRAN



IRAN TAYANG

SENJATA TERSIMPAN

DI BAWAH TANAH

AMIN

KHAMIS 24 OGOS 2028


KHAMIS

24 0GOS 2026


Satu Malaysia jangan lupa akan tarikh  Khamis 24 Ogos 2028. Ini tarikh amat penting. Penting? Ada apa pada  hari Khamis ini? Sila baca seterusnya....

Heboh. Satu Malaysia heboh bila media melaporkan Najib Razak kini di pindahkan  dari Penjara Kajang ke rumah di alamat  No 11 Jalan Langgak Duta Taman Duta.   Sebutan nama Duta pada jalan ini menunjukkan ini kawasan perumahan orang kaya-kaya. Bukan orang kayap-kayap.

Maka timbul pelbagai kesah,  pelbagai berita, bermacam komen, puluhan andaian dan pandangan.

Ada di tulis dalam  Bahasa Melayu. Ada dalam Bahasa Inggeris yang memboleh saya membaca. Saya tidak tahu apa  komen dalam Bahasa Mandarin dan Tamil. Pasti melambak macam dalam Bahasa Melayu dan Inggeris.

Ada tulisan sumpah seranah ,  ada sentimen marah – rasa tidak puas    hati kerana Najib kini  menjalankan hukum penjara dalam rumah sendiri. Tidur atas tilam sendiri. Bantal empok  milik sendiri. Bukan tilam nipis dan bantal keras seperti yang saya alami ketika saya di tahan  di Kamunting Taiping.

Orang ramai dan rakyat Malaysia naik bengang.

Maka Menteri KDN terpaksa berucap di Parlimen memberi penjelasan  secara incian apa yang Najib boleh lakukan dan apa yang di larang dari segi undang-undang bila Najib pulang ke rumah.

Dengan tegas lagi terang Menteri KDN menyatakan jika Najib melanggar  peraturan tahanan dalam rumah maka Najib akan di bawa kembali ke Kajang.

Arahan dari Menteri KDN jelas terang seperti tengah hari matahari bersinar dalam bulan Julai.

Penahanan di rumah tertakluk kepada empat kategori sekatan sepanjang menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah. Ini  termasuk kawalan pergerakan, larangan penggunaan telefon dan media sosial serta larangan terbabit dalam sebarang aktiviti politik.

Menteri KDN berbuih mulut di Parlimen untuk meyakinkan satu Malaysia bahawa semua ini  ada  dalam syarat Lembaga Pengampunan.

Untuk tidak dilihat sebagai  tahanan ini satu komidi  - Najib juga perlu menghadiri program pemulihan dan intervensi. 

Ini sama seperti pengalaman saya semasa dalam tahanan ISA. Saya diajar cara sembahyang. Mungkin kuliah Najib bukan hal sembahyang. Atau hal Mandi Junub. 

Mungkin untuk Najib  hal  yang bersangkutan dengan rasuah , mencuri  harta rakyat atau mengupah orang lain untuk melakukan pembunuhan. Walah hua alam.

Tidak cukup dengan ini "Penjara juga dibenarkan untuk mengadakan syarat-syarat yang bertujuan untuk menyediakan kawalan dan seliaan  arahan dan tatacara... Kata-kata Menteri KDN. 

Dalam hal semua ini Najib tidak boleh mengaku tidak tahu. 

Ini kerana menurut Menteri KDN Saifuddin Nasution yang bercakap di Parlimen... “ Semua itu telah dibacakan kepada Najib dua hari  sebelum dia  dikeluarkan daripada penjara Kajang dan dihantar ke Jalan Langgak Duta...” Ini petikan ucapan Saifuddin di Parlimen.

Pegawai Penjara Kajang telah membaca dan Najib pasang telinga mendengar. Amin

Kes Najib ini telah menjemput pelbagai warga net  dan pengamal media sosial untuk menulis dan bersuara. Cukup gemilang. Berbelas-belas tulisan telah saya terima  melalui Whatapps.

Hampir semua  kritikal terhadap pemindahan Najib dari Penjara Kajang ke  Langgak Duta.  Semua pandangan ini hampir sama : Najib wajib terus di penjara di Kajang.  Najib telah  melakukan jenayah besar. 

Ada kesah Mak Cik curi biskut kena penjara  kenapa Najib yang curi berjuta  ringgit dapat berehat di rumah. Mana keadilan ?

Hampir semua sosok ini menyatakan tidak persetujuan mereka terhadap  pemindahan Najib dari penjara ke tahanan dalam rumah.

Semua sosok yang menulis ini adalah warga Malaysia yang cintakan keadilan dan kesaksamaan. Pada hemat saya  semua mereka adalah  sosok-sosok jujur pemangkin keadilan dan demokrasi dalam negara kita.

Mereka  ini benteng  menjamin demokrasi , keadilan dan keharmonian untuk Malaysia.

Mereka tidak mempertikaikan hak Yang Di Pertuan Agong untuk memberi pengampunan. Tapi mereka merapak sembah merayu  agar keputusan tahanan di rumah itu dibatalkan demi keadaan. Amin

Saya juga membaca kenyataan dan  pendirian rasmi daripada badan pemantau pilihan raya dan reformasi Bersih  berhubung pelaksanaan tahanan rumah terhadap Najib.
Bersih telah merayu kepada Yang Di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja-Raja Melayu supaya meneliti semula aspek keadilan dan kesaksamaan dalam pemberian pengampunan kepada Najib.

Bersih juga mempersoalkan konsep keadilan dengan merujuk kepada risalah  Tok Arab  'Risalah al-Muluk' menyatakan bahawa tiada keadilan yang sempurna sekiranya pengampunan diberikan ketika Najib masih berdepan dengan satu lagi kes rasuah berprofil tinggi berkaitan 1MDB.

Bersih juga menimbulkan hutang berjuta-juta  ringgit yang dihadapi oleh negara  hasil kerenah Najib. Mengikut Bersih hutang berbilion  ini akan ditanggung oleh generasi yang akan datang.

Justeru dengan lenggok bahasa yang bersopan Bersih minta  penangguhan pemindahan Najib dari Kajang ke Langgak Duta.

Paling garang dan bersandarkan hukum hakam ialah pendirian Majlis Peguam.

Pada 11 November 2026 Berita Harian telah melaporkan : Majlis Peguam memfailkan permohonan undang-undang bagi mencabar pelaksanaan tahanan rumah Najib , dengan alasan ia tidak berperlembagaan dan tidak mempunyai asas di bawah undang-undang Malaysia.

Badan guaman itu memohon kebenaran Mahkamah Tinggi untuk membatalkan prosiding serta keputusan Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan berkaitan aturan tahanan rumah yang diberikan pada 18 September lalu.

Majlis Peguam turut memohon pelaksanaan aturan itu ditangguhkan,  sementara menunggu penyelesaian semakan kehakiman berkenaan.

Ini pandangan dan tuntutan  yang berasaskan hukum  hakam dan berpandukan  Perlembagaan Negara Malaysia.  Keputusan Majlis Peguam ini pastilah telah di bincang dan di debat oleh para  peguam yang  berilmu.

Tetapi untuk saya Hishamuddin Rais warga Malaysia yang tidak ada ilmu undang-undang – semua ini adalah hampeh dan karut marut.

Ikan sudah terlepas dari lukah. 

Saya hanya membaca tapi tidak ambil pot. Ini kerana semua tulisan, semua pandangan dari warga net dan pengamal media sosial  telah melupakan hari Khamis 24 Ogos 2028.

Malah Bersih dan Majlis Peguam tidak juga menyebut tarikh Khamis 24 Ogos 2028. Justeru saya hampehkan pandangan mereka.

Pada rabu 23 Ogos 2028 ialah tarikh akhir Najib di tahan dalam rumah di Langgak Duta. Esoknya  Khamis 24 Ogos 2028 Najib wajib  menjalankan hukum 15 tahun tahanan penjara sabitan kes 1MDB.

Perkara ini tidak di hebohkan. Tahanan di rumah ini hanya... saya ulangi... hanya untuk kes SRC sahaja. 

Untuk kes 1MDB Najib  dijatuhi hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.38 bilion oleh Mahkamah Tinggi pada 26 Disember 2025.

Pemenjaraan Najib atas kes SRC dan 1MDB tidak.. saya ulangi tidak berjalan serentak. Amin

Justeru saya anggap  heboh-heboh Najib pulang ke Langgak Duta ini hanyalah satu umpan atau decoy untuk mengalih pandangan agar  rakyat Malaysia semua melupakan pemenjaraan 15 tahun Najib yang wajib bermula pada Khamis 24 Ogos 2028.

Secara bijak lagi  licik media kita, . pengamal sosial media dan warga net telah berjaya diumpan  dan dialih fikrah untuk melupakan tarikh Khamis 24 Ogos 2028.

Untuk saya kita lupakan Najib di tahan  di  Langgak Duta. Kita lupakan sama ada Rosmah Mansor berada disana atau tidak.  Kita lupakan sama ada Najib makan nasi atau makan quinoa. Semua ini perkara remeh temah.

Apa yang Bersih dan Majlis Peguam  wajib hebohkan dari sekarang ialah apa akan terjadi pada Khamis 24 Ogos 2028.  

Majlis Peguam wajib bersuara memberi pencerahan melalui hukum hakam dari sekarang sebelum ikan kaloi terlepas sekali lagi dari lukah.

Warga net dan pengamal media sosial wajib terus di ingatkan bahawa pada 23 Ogos 2028 tahanan  Najib di Langgak Duta tamat. 

Kenapa saya mahu tarikh ini terus di hebohkan dari hari ini kerana saya risau, takut dan waswas jika  tertiba  Peguam Negara akan mengeluarkan satu interpretasi baru pula mengenai Arahan Tahanan Dirumah.

Wajib di sedari bahawa pada Khamis 24 Ogos 2028 PRU 16 sudah lama selesai. Kita tidak tahu parti mana yang menjadi kepala di Putrajaya.

Apakah  dalam PRU 16  kerajaan Anwar bin Ibrahim kalah dan naik kerajaan Barisan Nasional bersama Perikatan Nasional  dengan Perdana Menteri baru. Apakah akan ada lantikan Peguam Negara yang baru.

Apa yang pasti pada 24 Ogos 2028 Malaysia  akan ada Yang Di Pertuan Agong baru. Apakah Najib sebelum Khamis 24 Ogos 2028 akan minta ampun sekali lagi ?

Saya mahu secara jelas Peguam Negara  yang bertugas hari ini wajib mengeluarkan kenyataan secara terang lagi bersuluh bahawa pada Khamis 24 Ogos 2024 Najib akan kembali ke penjara untuk menjalani hukuman  15 tahun penjara kes 1MDB.

Kawan baik saya YB Hasan Karim  tak perlu menulis sajak lagi. Apa yang  wajib  YB Hassan Karim hebohkan  dari sekarang ialah apa akan berlaku pada Khamis 24 Ogos 228.

Justeru saya akhiri tulisan ini dengan serangkap pantun:

Lidi kelapa dibuat penyapu
Ambil ubi di tepi perigi
Jangan terpedaya  jangan ditipu
Kes 1MDB Najib  ke penjara lagi.  Amin .(TT)


TULISAN INI 
DISIARKAN JUGA DALAM PORTAL
MALAYSIA KINI. COM
https://www.malaysiakini.com/columns/889475-kolum-apa-nasib-najib-lepas-24-ogos-2028




YANG PENTING KHAMIS 24 OGOS 2028


SEMUA INI

TAK PENTING

AMIN

YANG PENTING

24 OGOS 2028

KHALAS

DUNIA TERUS DIIKACAU


SELAGI ISRAEL

WUJUD DUNIA

TIDAK AKAN

AMAN

SELAGI KAPITALIS

BERKUASA 

DUNIA

AKAN  SENTIASA

KHACAU

KHALAS


China, Russia, AS keluar pengisytiharan bersama ke arah keamanan

SHENZEN: Presiden China, Russia dan Amerika Syarikat (AS) mengeluarkan satu 'Pengisytiharan Ke Arah Keamanan' bersama selepas mengadakan sidang kemuncak tiga hala bersejarah di Shenzhen, tenggara China, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Pertemuan yang berlangsung di hab teknologi Shenzhen itu bermula kira-kira 4.30 petang waktu tempatan (0830 GMT) dan berakhir sekitar 5.50 petang (0950 GMT), dengan tempoh kira-kira 80 minit.

Dalam pengisytiharan empat perkara itu, Presiden China, Xi Jinping, Presiden Russia, Vladimir Putin dan Presiden AS, Donald Trump menegaskan bahawa perang nuklear 'tidak boleh dimenangi dan tidak boleh sama sekali dicetuskan'.

Mereka juga berikrar mengadakan dialog bagi mengurangkan risiko nuklear serta mencegah percambahan senjata nuklear.

Berikut ialah teks penuh dokumen empat perkara yang dikeluarkan oleh Kremlin serta media kerajaan China.

Deklarasi Ketua Negara China-Rusia-AS ke Arah Keamanan

'Xi Jinping, Presiden Republik Rakyat China, Vladimir Putin, Presiden Persekutuan Russia dan Donald J Trump, Presiden AS mengadakan pertemuan di Shenzhen pada 19 November 2026.

Ketua negara Russia dan AS merakamkan penghargaan kepada China kerana menjadi tuan rumah bagi sidang kemuncak tiga hala bersejarah ini.

Ketiga-tiga ketua negara mengadakan pertukaran pandangan secara mendalam mengenai situasi antarabangsa semasa serta komited untuk mengekalkan kestabilan strategik dan keselamatan antarabangsa.

1. Sebagai anggota tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC), China, Russia dan AS komited untuk melaksanakan pembaharuan terhadap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Ini bagi membolehkannya bertindak dengan lebih berkesan dalam menangani cabaran global serta memenuhi misi asasnya dalam mengekalkan keamanan dan keselamatan antarabangsa.

2. Ketiga-tiga negara merancang untuk meningkatkan pengeluaran dan bekalan produk petroleum bertapis demi manfaat semua negara. Mereka turut menegaskan semula kepentingan aliran bekalan tenaga yang stabil.

3. Ketiga-tiga ketua negara mengiktiraf bahawa prinsip persetujuan negara serta penghormatan terhadap kekebalan pegawai kerajaan sesebuah negara adalah perkara yang amat penting.

Mereka turut bersetuju bahawa Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) dan badan seumpamanya tidak boleh menyalahgunakan bidang kuasa masing-masing.

4. Ketiga-tiga ketua negara menegaskan semula bahawa perang nuklear tidak boleh dimenangi dan tidak boleh sama sekali dicetuskan. Ketiga-tiga negara akan mengadakan dialog bagi mengurangkan risiko nuklear serta mencegah percambahan senjata nuklear.'