Khamis, 25 Julai 2013

SELAMAT BERBUKA PUASA




INGAT INGATAN ITU
kelmarin aku terbaca berita tentang edward snowden
dia akan dibenarkan meninggalkan ruang tamu
lapangan terbang moscow
dia akan masuk ke dalam kota

hari ini aku terbaca
berita edward snowden 
dia ambil keputusan
tidak akan meninggalkan ruang tamu itu

aku tahu rasanya
aku tahu rasanya menunggu suaka politik
debaran hati
debaran jantung
harapan dan mimpi mimpi

lalu aku teringat
satu ketika dahulu
aku juga pernah tersangkut disitu

imej imej itu datang kembali
imej imej segar mengingatkan aku
pada musim runtuk kota moscow
Add caption
salju tebal menimbuskan lapangan terbang
aku tidak tahu dimana aku
aku tidak tahu akan ke mana aku

lalu aku terkurung

setiip kali aku dilapangan terbang
setiap kali aku teringat
lapangan terbang bombay aku  ditahan
lapangan terbang gibraltar aku ditolak keluar

nah hidup ini satu perjalanan


HARI KE 16
jerebu sedang menyerang
cuaca redup dan bahang

ada rintik rintik
tapi tak jadi

selamat berbuka puasa


-----------

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sham,

sebelum lu pergi menemui tuhanmu 1 hari nanti, aku impikan untuk membaca biography hidup lu. imejan romantik kota2 seluruh dunia yang lu pernah singgah, kisah2 di sebalik kota, gadis, cuisine, budaya, bahasa dan apa2 sahaja yang belum ku ketemukan didalam hayat ku.

mungkin ada yang tersenyum sinis dengan idea 'biodata hishamudin rais' tapi abaikan saja suara2 sumbang itu. mereka bukan termasuk dalam kelompok orang muda, barangkali. aku juga syorkan buku itu berkulit tebal bukan seperti TPTJ. 5 kali ulang baca, habis barai kulit luarnya.

seharusnya pengalaman2 itu lu draft, edit dan cetak untuk dikongsikan bersama. aku percaya, ada ramai yang berminat untuk memilikinya. sekurang2nya, lu berjaya membuka minda dan membawa pencerahan pada sekelompok orang. mudah-mudahan, dari asal sekelompok bisa membesar menjadi bukit.

Tanpa Nama berkata...

aku setuju dgn komen diatas!bio satu isham!tlg jangan tinggal bab cultural.itu yg aku paling asyik kalau dapat baca

Tanpa Nama berkata...

Masuk skali pengalaman indah bersama gadis kaukasian

Tanpa Nama berkata...

gua pun nak jugak..gua nak baca pengalaman masa muda lu bro isham..kalau lu boleh capture moments tu semua dan dibukukan dengan style entry2 ramadhan..selamba,deep..pergh! inzal!! "waktu muda ni lah kalau nak berani pun. Dah tua macam aku ni, semuanya takut. Angan-angan ada, tapi tak pernah jadi cita-cita" - dari jemapoh ke manchestee

Oja berkata...

Tulis buku biografi sham..cerita pelarian politik kau berkelana di bumi org.semua buku kau aku ada except pilihanraya atau pilihan jln raya je aku takde.