KOMENTAR TUKAR TIUB
pengerusi dan timbalan pengerusi
wajib diburu hingga tersungkur
CABARAN PENGERUSI & TIMBALAN PENGERUSI SPR:
JANGAN CUBA LARI DARI ISU KEGAGALAN SPR DI BAWAH TANGGUNGJAWAB MEREKA
Kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR yang kononnya mencabar saya mengulangi ucapan di dalam Dewan Rakyat dengan menyebut secara khusus nama mereka membayangkan bagaimana partisannya dan berat sebelahnya kedua-dua mereka ini. Malah, perkataan-perkataan yang digunakan seperti “anak jantan”, “menipu” dan lain-lain tidak menunjukkan sikap profesional mereka yang kini berkokok lebih bising dari ahli-ahli politik.
Saya telah ulang pendedahan mengenai pembekal dakwat kekal dan amalan perolehan yang meragukan di luar dewan. Saya telah mempersoalkan peranan dan keterlibatan pimpinan SPR di dalam proses ini yang menghakis sepenuhnya keyakinan rakyat kepada kredibiliti dan kebebasan SPR.
Sebagai pimpinan tertinggi SPR, kedua-dua mereka bertanggungjawab sepenuhnya kepada kesemua perkara ini – dari kegagalan dakwat kekal sehinggalah kepada perlantikan pembekal melalui rundingan terus yang membolot kontrak-kontrak pembekalan tetapi gagal melaksanakannya dengan baik.
Kenyataan di luar dewan yang telah saya buat adalah mencukupi untuk mereka mengambil tindakan undang-undang. Tidak timbul soal mengikut kehendak kedua-dua mereka yang cuba mengelak dari persoalan sebenar dengan menimbulkan perkara cabar mencabar, “siapa lebih anak jantan” seperti yang dimainkan oleh kedua-dua mereka sekarang.
Isu sebenarnya adalah kegagalan kedua-dua mereka mengendalikan pilihanraya dengan adil, bebas dan telus. Ini dibuktikan dengan pelbagai laporan dan dakwaan terhadap mereka, terutamanya kegagalan pelaksanaan dakwat kekal. Apabila diselidiki, didapati bahawa kegagalan dakwat kekal itu berpunca dari kontrak pembekalan yang diberikan secara terus kepada individu tertentu yang turut membolot beberapa kontrak pembekalan lain.
Sebagai pimpinan tertinggi SPR, mereka perlu bertanggungjawab di atas kegagalan ini.
Jika mereka benar-benar menjalankan tugas dengan baik, sudah tentu mereka boleh menjawab persoalan-persoalan berikut yang menurunkan lagi keyakinan rakyat terhadap SPR:
1. Kenapa syarikat-syarikat milik Mohamed Salleh Mohamed Alli dipilih secara rundingan terus untuk menjadi pembekal barang-barang pilihanraya SPR termasuk dakwat kekal?
2. Apakah penglibatan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR dalam urusan perolehan dan pembekalan bahan-bahan pilihanraya, terutamanya dakwat kekal yang menjadi penambahbaikan utama yang diwar-warkan oleh SPR dalam PRU13? Apakah benar kedua-dua mereka lepas tangan sepenuhnya dalam hal ehwal pembekalan sedangkan ia adalah aspek paling utama pelaksanaan dakwat kekal yang diwar-warkan mereka?
3. Apakah Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR tidak terlibat langsung di dalam sebarang perbincangan mengenai dakwat kekal, termasuk demonstrasi, kandungan kimia, kaedah pelaksanaan dan lain-lain?
4. Semasa Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR menjawab pelbagai pertanyaan media mengenai dakwat kekal, apakah Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR tidak berbincang langsung mengenai perkara ini dengan pegawai-pegawai lain? Mustahil Pengerusi dan Timbalan Pengerusi menjawab media tanpa pengetahuan dan maklumat awal mengenai pelaksanaan dakwat kekal termasuklah hal ehwal logistiknya seperti pembekalan dan lain-lain?
5. Kenapa Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR beriya-iya mahu melindungi dan menyembunyikan identiti pembekal dakwat kekal sedangkan pembekal ini telah merosakkan kredibiliti SPR di mata rakyat?
Tugas kedua-dua mereka adalah untuk menjawab perkara-perkara ini, bukannya berlagak dengan cabar-mencabar. Jika pendedahan saya itu salah, kenyataan saya di luar dewan sudah cukup untuk mereka mengambil tindakan undang-undang.
Namun, kedua-dua mereka kini bersembunyi di sebalik isu cabar-mencabar kerana tidak berani untuk menjawab kelima-lima soalan yang berlegar di fikiran rakyat kini. Hakikat bahawa mereka lebih lantang cabar mencabar dari membersihkan nama SPR dengan menjawab soalan-soalan ini membayangkan ada perkara yang tidak telus yang mahu disembunyikan.
RAFIZI RAMLI
Pengarah Strategi
Ahli Parlimen Pandan
SILA MENDAFTAR
SEKARANG
SEKARANG
-----------
4 ulasan:
pengerusi dan timbalan pengerusi spr ialah penyamun melayu yang bodoh dan sombong...kamu bolih sibodoh bermain dgn kuasa yg tak besar mana didumia ni ,,,ingat bangsat melayu!!!!
tt....aku naik muak tgk muka penipu bangang ni....moral aku lepas pru mmg down...aku 1st mngundi....aku undi pr dgn.harapan umno jatuh....sapa akn jadi pencetus untuk mulakn tamarod d malaysia??adakah barang naik kira akn berdiam diri dan telan sumenya...aku dh tak snggup lg.....barang naik...jalan penuh...cari pencetus....cari api untuk bakar...cari mnyak bg marak....tamarod!! pedulikan mesir....jnji malaysia bebas dari gerombolan....ini kali lah!!!!!
Kalau di Pakistan atau Iraq, kedua-dua Kafir Lahanat ini dah hancur kepala dan bercerai badan akibat kena bom dek rakyat yang tak puas hati dengan pengkhianatan mereka terhadap amanah rakyat. Tetapi di Malaya ini mereka masih boleh tersenyum sumbing setelah berjaya menjadi talibarut BN dengan tipu helah. Apa kata tak perlu kita berdemonstrasi, tetapi kita buat solat hajat setiap minggu (kalau boleh diketuai oleh Ulama seperti Tuan Guru Nik Aziz) untuk mempercepatkan pembalasan dan pertunjuk Allah terhadap manusia durjana ini.
Mana ustat2 dan penjihad agama yg sepatutnya merekalah terkehadapan membuat revolusi? Cakap agama berdegar2... islam agama terbaik, sibuk ajak berjihad di Palestin la..kat Mesia yg banyak tak betul pun, tak brani nak berjihad lagi..
dan apa lanchow hebat itu ini.. akhirnya menang kerusi DUN ngan Parlimen, dpt gaji trus diam polok duit join mainstream..
Catat Ulasan