Isnin, 13 Januari 2014

GANTI RAJAGOPAL





Tukar Presiden FAM sebelum lantik jurulatih mahal- Nik Nazmi »

FAM
KUALA LUMPUR 12 JAN: Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)…
Jan 12 2014 /  / Read More »

Bola Sepak Malaysia Perlu Lebih Daripada Jurulatih Berprestij

Saya merujuk kepada beberapa laporan bahawa FAM sedang mempertimbangkan khidmat bekas jurulatih kebangsaan Jepun, Afrika Selatan dan Nigeria, Philippe Troussier untuk menggantikan K. Rajagopal sebagai jurulatih Harimau Malaya. Selain itu juga ada laporan yang menyebut Zdenek Zeman (bekas jurulatih Roma, Itali),Bob Houghton dari England, Rudi Voeller dari Jerman dan bekas jurulatih Singapura Radojko Avramovic sebagai calon kerusi panas tersebut.

Sumber-sumber menyebut Troussier meminta lebih RM400,000 sebulan atau RM4 juta setahun untuk memberikan khidmatnya.

Sebagaimana yang saya nyatakan sebelum ini, bagi mengangkat martabat bola sepak Malaysia, kita memerlukan reformasi menyeluruh bermula dengan penukaran Presiden FAM dan struktur organisasi tersebut, liga domestik sehinggalah program pembangunan bola sepak di peringkat akar umbi. Hanya apabila isu-isu tersebut diselesaikan – dan ini memerlukan masa yang lama – kita dapat mempertimbangkan jurulatih kebangsaan berprestij untuk membimbing Harimau Malaya.

Sebab itu apabila negara Jepun, sebuah negara yang ketinggalan di dalam bola sepak rantau ini, termasuk dengan negara kita pada era sebelum 1990an, merancang strategi untuk mengangkat mutu bola sepak negara mereka menggariskan Pelan 100 Tahun! Kini, lebih kurang dua dekad kemudian pelan mereka sudah membuahkan hasil apabila Jepun layak ke Piala Dunia berturut-turut sejak 1998 dan kini berada di tangga no 2 ranking FIFA di Asia.

Justeru, saya menyambut baik kenyataan-kenyataan dari Kementeria Belia dan Sukan dan Majlis Sukan Negara yang tidak bersetuju dengan cadangan perlantikan jurulatih yang mahal buat negara.

Kita menunggu butir-butir Pelan Pembangunan Bola Sepak Negara yang akan dibentangkan kepada Kabinet tidak lama lagi. Kita berharap penekanan kepada perubahan radikal dan menekankan matlamat jangka masa panjang, kalaupun tidak 100 tahun dapat dapat dipertimbang Kerajaan Persekutuan. Yang penting, perubahan mestilah diinstitusikan dan tidak berharapkan kekuatan personaliti atau individu semata-mata.

NIK NAZMI NIK AHMAD
TIMBALAN SPEAKER DEWAN UNDANGAN NEGERI SELANGOR


AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI SERI SETIA

----------

8 ulasan:

Rajah Bolakrishnan berkata...

Sejak Rajah Gopal menjadi Ketua Bolasepak Malaysia pada tahun 1984, mutu bolasepak Malaysia turun mendadak. Sebelum Rajah Gopal menjadi ketua, mutu bolasepak Malaysia setaraf dengan Korea Selatan. Sekarang Korea Selatan tak nak main dengan kita orang. Ini semua salah Rajah Gopal. Kalau tak boleh dikritik, macam mana kita nak tahu dan perbaiki kelemahan kita? Kalau pantang dikritik, Rajah Gopal tak harus jadi ketua bolasepak. Lantik orang yang lebih layak dan boleh ditendang keluar bila tidak dapat meningkatkan mutu bolasepak negara. Kalau Rajah Gopal jadi ketua, siapa berani mencabar? Anak depa minum arak, meliwat, dan gay pun Mufti Harussani tak berani tegur.

Rajah Gopal Pahangay berkata...

Kah kah kah

Yang kita mahu tukar bukan K. Rajagopal tetapi P(ahangay). Rajah Gopal, seorang Freeloader yang makan free dan berak cangkung. Yang kalah judi di London dan suruh rakyat Malaysia bayar.

RAJA GOBOLA berkata...

Kasihan K. Rajagopal. Raja Gopal Pahang yang buat salah, K. Rajagopal yang kena hukum dan kena buang.

Tanpa Nama berkata...

apa sebenarnya punca masalah kemerosotan taraf sukan bolasepak 11 sebelah malaysia?

nombor 1, lu orang tanya sama itu kementerian pelajaran malaysia apa yang dia orang sudah buat sama itu sukan bolasepak.

poh peh poh peh saja tak guna bang sebab punca masalahnya tidak duduk dalam FAM.

punca masalahnya duduk dalam dasar kementerian pelajaran terhadap sukan bolasepak 11 sebelah.

ye ke sukan bolasepak 11 sebelah masih lagi menjadi sukan nombor 1 kementerian pelajaran malaysia?

cuba lu orang tanya. tengok apa jawapan dia orang kat kementerian pelajaran malaysia.

Tanpa Nama berkata...

Main bola futsal je..tntu2 sang raja gopal termenung

Tanpa Nama berkata...

Gaji mahal tu.. mcm gaji CEO Syabas... kalo dah pemain2 pun kaki pendek, body katik, spesis pun sama spesis babi, xpayah la nak pikir layak Piala Dunia..

Jika nak buat itu ini nak kene isi macam2 borang, jumpa macam2 jurulatih.. pemain2 katik ni penat dgn birokrasi jer.. jauh lagi target pemain2 bola ni pikir pasal permainan jer.. sakik kepala pikir pasal pengurusan2 ni.. akhirnya nak main bola pun, hati sudah sakit.. camanalah nak perform? Kalo pemain2 pro oversea, siap boleh demand dan dilayan mcm raja lagi..gaji pun berganda2 dari pengurus pasukan.. baru ada motovasi nak main bola disamping menjadi kayaraya.. ini baru kasi gaji RM30,000.. rakyat sudah demand skill mcm neymar dan messi.. pergi mampos la dgn bolasepak mesia...kahkahkah..

Jika main bagus sebagus messi pun, dicarinya ruang lemah untuk diberikan gaji paling ciput... percayalah, bolasepak mesia ni sudah gelap dan x ada masa depan lagi.. tidak ada selagi dan apa2 sumernyer dah jadi masalah rumit nak diselesaikan.. gitulah mentaliti dunia ketiga.. kalo tak bermentaliti demikian, sudah lama kita duduk dlm kelompok negara2 maju.. susah nak kuat mcm amerika latin walaupun mereka juga dunia ketiga..tapi mentaliti pemain, pegawai, pengurusan dan sulatan2.. sumer pakai kuat menyebai (kuat bebai) dan pikir nak merembattttttttt duit jer.. sekian terima kasihlah..

Tanpa Nama berkata...

Pandai main bola dua biji aje bro...bola satu biji sudah tak mahu main kerana tak syok susah nak skor gol ...

Tanpa Nama berkata...

Pandai main bola dua biji aje bro...bola satu biji sudah tak mahu main kerana tak syok susah nak skor gol ...