Jumaat, 10 Januari 2014

TAHUN 2014 TAHUN DEMONSTRASI




KOMENTAR TUKAR TIUB
bagitu lama tukar tiub
mengajukan
menghasut
agar demo dan tunjuk perasaan
di jadikan wacana politik

kini kejayaan telah dapat dilihat
demonstrasi kini telah menjadi budaya politik
semua sudah tahu berdemo
dari kaum ibu
ke anak muda
ke anak sekolah
semua berani turun ke jalan 
berdemo


BERITA

Politik Malaysia: 2014 Tahun Demonstrasi Jalanan - Kamaruddin
Kamaruddin Jaafar.
PETALING JAYA: Lebih ramai rakyat akan menyuarakan rasa tidak puas hati dengan mengadakan demonstrasi jalanan, kata Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar.
Beliau mengingatkan bahawa 2014 bukan tahun yang baik untuk rakyat kerana mereka terpaksa menyekat beberapa perbelanjaan berikutan kenaikan harga baru-baru ini.
"Akan lebih banyak demonstrasi dan kemungkinan wujud protes terbaru di semua peringkat kumpulan," kata Kamaruddin yang juga ahli jawatankuasa PAS pusat.
Beliau berkata, Barisan Nasional (BN) akan menerima 'tamparan hebat' bukan saja dari parti politik lain tetapi pertubuhan bukan kerajaan mengenai isu berkaitan kos sara hidup dan populariti BN akan merosot.
Kamaruddin percaya lebih ramai rakyat, terutamanya golongan muda akan memainkan peranan dalam mengawal kerajaan, selain menyaksikan ribuan golongan muda menyertai perhimpunan TURUN di Dataran Merdeka pada 31 Disember lalu.
Kenaikan 15% tarif elektrik dan tol (masih belum diputuskan) serta pengurangan subsidi minyak telah menimbulkan kebimbangan di kalangan rakyat.
Segelintir pihak mendakwa pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang dijangka awal bulan depan, akan memburukkan lagi keadaan.
"Akan ada percubaan untuk mencari jalan penyelesaian tetapi ia tidak cukup memuaskan hati rakyat jika rasuah dan pemberian kontrak menerusi rundingan tidak dibendung," katanya.
Beliau turut meragui usaha kerajaan untuk mengurangkan defisit fiskal di sebalik kenaikan harga, dan menjangkakan mereka akan menukar strategi pada pertengahan 2014 untuk menjadi popular.
"Namun defisit akan berterusan sama seperti tahun lalu," katanya.
Pada pembentangan Belanjawan 2014, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan akan terus komited dalam mengurangkan defisit dari 4.5% keluaran dalam negara kasar (KDNK) pada 2012 kepada 4% pada 2013 dan 3.5% tahun ini.
Walaupun akan ada usaha oleh kerajaan untuk mengurangkan kesan itu, Kamaruddin tidak yakin ia akan berkesan.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH








------------

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Gua masih blom faham dgn ngok2 PR ni.. takder ker yg berani ajak rakyat boikot bayar bil letrik ? TT sendiri pun xder berani menghasut rakyat supaya beramai2 jangan bayar bil letrik.. kalo parti agama PAS, lagilah penakut nak ajak rakyat jgn bayar bil.. boleh tertonggeng TNB kalo beramai2 tak bayar bil..

Tamarod Mesir tak bayar bil letrik.. Tamarod Mesia hampeh mcm lendir.. penakut dan bodoh bertingket2..

Gua tau TT cukup x suka siarkan komen tamarod jgn bayar bil.. adakah TT mendapat 10% dr TNB sbg upah tak bertamarod jgn bayar bil? TURUN pun x berani cadangkan jangan bayar bil letrik lagi..