Isnin, 1 September 2014

PELIK TETAPI BENAR




KOMENTAR

berita amat pelik
tapi
berita amat benar

Kereta peronda polis yang terbakar akibat rusuhan di Stadium Negeri di Sarawak. – Gambar The Malaysian Insider, 31 Ogos, 2014.

Lima lelaki ditahan ekoran rusuhan di 

Stadium Sarawak 

Lima lelaki, termasuk empat remaja ditahan kerana disyaki terlibat bertindak agresif merusuh di Stadium Negeri di Petra Jaya sehingga mencederakan lima anggota polis dan merosakkan tujuh kenderaan rasmi mereka semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuching (Operasi), Supt Fauzilan Abdul Aziz mengesahkan penangkapan itu hari ini yang membabitkan empat remaja berumur di antara 17 dan 18 tahun, serta seorang lelaki berumur 20 tahun.

Menurutnya, kejadian bermula kira-kira pukul 11 malam tadi selepas selesainya perlawanan bola sepak Piala Malaysia di antara pasukan Sarawak dan Perak di stadium itu.

Kira-kira 2,000 orang penonton memasuki padang perlawanan sebelum mereka membakar suar dan mercun, selain melontar objek ke arah anggota polis yang bertugas namun dapat dileraikan dalam tempoh 30 minit selepas itu.

Bagaimanapun, situasi tegang timbul kembali di luar stadium apabila sekumpulan lelaki bertindak merosakkan sebuah trak, tiga unit kereta jenis Perodua Kancil, sebuah kereta jenis Proton Waja dan sebuah van jenis Toyota yang kesemuanya milik Polis.

Perusuh-perusuh yang terlibat seterusnya membakar sebuah kenderaan pacuan empat roda Polis jenis Perodua Kembara sehingga rosak keseluruhannya.


KAH KAH KAH

woit
ini  nak nonton  bola ke
nak belangkong polis?
hebat orang sarawak

KAH KAH KAH



---------

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ceritanya begini tt , sewaktu sarawak bertemu perak di ipoh perak penyukong sarawak dihantam tetapi taida apa tindakkan di ambil oleh pihak berwajib jadi dendam itulah yg mengakibatkan kejadian bakar membakar

Tanpa Nama berkata...

Team cap ayam untuk peminat cap ayam.