Ahad, 28 September 2014

SALUT ANAK MUDA






KOMENTAR
salut anak muda
salut anak muda yang berani
akhirnya dunia ini
adalah milik kamu


Sahabat Adam Adli ambil alih tugas, ikrar bermatian demi hak asasi manusia

Tidak terjejas dengan sabitan bersalah dan hukuman penjara yang dikenakan terhadap aktivis pelajar Adam Adli Abd Halim dalam dakwaan hasutan besar-besaran Putrajaya, rakan seperjuangannya berjanji untuk meneruskan pertempuran menegakkan hak asasi manusia walaupun diancam pendakwaan mengikut undang-undang zaman penjajah itu.

Ashraf Zulkifli dan Seth, kedua-duanya pelajar di universiti awam tidak akan berganjak daripada perjuangan mendapatkan hak asasi manusia lebih baik di Malaysia walaupun Adam dipenjarakan.

“Kami tidak akan berhenti. Kami tidak akan mudah berputus asa dan tunduk kerana takut kepada pihak berkuasa,” kata Ashraf kepada The Malaysian Insider.

Kedua-duanya menyertai dengan kumpulan aktivis yang menggunakan nama "Budak-Budak Bangsar", yang menjalankan kelas falsafah dan politik, serta menganjurkan dapur jalanan dan tuisyen untuk kanak-kanak di kawasan kejiranan itu sebagai sebahagian aktiviti mereka.
“Apa yang kami lakukan sekarang ialah menyedarkan masyarakat. Kita mahu masyarakat di mana mereka tahu hak masing-masing dan ia memerlukan pendidikan,” kata Ashraf, 22.

- BACA DI SINI: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/sahabat-adam-adli-ambil-alih-tugas-ikrar-bermatian-demi-hak-asasi-manusia#sthash.c70uI87m.dpuf

-----------

2 ulasan:

Amuraria berkata...

syabas anak muda pelapis pemimpin negara ! lawan tetap lawan demi keikhlasan,ketelusan & kejujuran melawan penzalim,perasuah & penyalahguna kuasa sesuka hati bertopengkan undang-undang ! ABU !

Awanama berkata...

Bila nak berarak tentan GST.. saja nak tengok sambutannya.