BERSIH 2.0 gesa siasat
dakwaan hakim memberi komen
dalam laman berita
Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) menggesa supaya perbicaraan Mejar Zaidi Ahmad ditangguhkan sehingga penyiasatan yang menyeluruh dijalankan terhadap dakwaan bahawa seorang hakim yang terlibat telah membuat komen di laman berita Malaysiakini tentang kes tersebut.
Komen tersebut membalas laporan yang disiarkan pada 20 Oktober, setelah Mahkamah mendengar hujahan kedua-dua pihak.
Pihak Berkuasa Bersidang harus memandang perkara ini secara serius. Jika siasatan mendapati bahawa memang benar komen tersebut dikeluarkan oleh seorang hakim yang bersidang, ia bermakna sudah ada penghakiman awal dalam perbicaraan ini. Maka langkah yang wajar diambil oleh Pihak Berkuasa Bersidang (convening authority) adalah untuk membubarkan Mahkamah Tentera serta-merta demi keadilan.
Jawatan Mejar Zaidi yang disandangnya sebelum ini juga harus dikembalikan semula kepadanya. Tindakan Mejar Zaidi membuat laporan polis tentang dakwat kekal yang tidak berfungsi pada hari pengundian awal Pilihan Raya ke-13 adalah atas nama keadilan dan kebenaran, nilai-nilai yang seharusnya disanjungi dan bukannya dihukumi.
------------------
1 ulasan:
PAS Kuk sibuk nk lawan SIS pun tak guno..masalah tu tahap keduo....lawan kezaliman gerombolan dulu...tu botul 2 kejahatan yg nyato...rakyat terbanyak habih kono ikek tongkuk....memang musuh sajo nk sibukkan kito layan bondo kocik cam tu....lawan kono la bijaksano..
Catat Ulasan