Rabu, 5 November 2014

SAHEH KE BERITA INI?






MESIN JADI KAYA 
MESIN JADI  PAPA

Terengganu bebas dari mesin judi haram
November 4, 2014
Sehingga kini, sebanyak 124 pemeriksaan dilakukan di premis yang disyaki menjalankan perjudian haram secara dalam talian.

KUALA TERENGGANU: Ketua Polis Terengganu  Jamshah Mustapa mengisytiharkan negeri ini bebas daripada premis mesin judi haram dan aktiviti tersebut masih lagi terkawal.
Berdasarkan pemantauan dan pemeriksaan menerusi Ops Dadu yang dijalankan bermula 27 Oktober lepas mendapati perjudian tersebut kebanyakan dilakukan secara online.
“Sehingga kini, sebanyak 124 pemeriksaan dilakukan di premis yang disyaki menjalankan perjudian haram secara dalam talian.
“Hasil pemeriksaan, kita menahan empat individu serta merampas sejumlah peralatan komputer yang digunakan dalam permainan judi secara online itu,” katanya.

KAH KAH KAH
woit
kalau betul dapat hapus 
dapat tutup kedai
ini satu kejayaan
tapi  mengapa
tidak ada tangkapan?

akhirnya  tutup kedai 
hanya sementara
sebulan dua nanti
pasti kedai dibuka
untuk berjudi kembali
sekarang panas
semua tutup kedai

apa punya

tuuuuuuuurrrrr



-------------

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Pelan menipu. Sudah-sudahlah, jika nak benteras buat betul-betul untuk jangkamasa panjang. Yang main judi tu semuanya orang miskin yang duk harap duit BR1M. Kesian betul depa ni, dahlah miskin, duk harap nak kaya main judi. Rupanya lagi bertambah miskin. Ish,ish,ish. Kerajaan pula galakkan lagi dengan menipu.

Tanpa Nama berkata...

“Hasil pemeriksaan, kita menahan empat individu serta merampas sejumlah peralatan komputer yang digunakan dalam permainan judi secara online itu,” katanya.

ayat ini aku kutip dalam post ko. yang 4 orang tu bukan tangkapan ke? tahan dengan tangkap tak sama ke sham? kalau tak silap aku, dalam kes urusan polis, tahan dan tangkap adalah sama. ia menjadi tak sama bila berurusan dengan berak. tahan berak tak sama dengan tangkap berak....kah!kah!kah!. sendiri tulis sendiri tak paham. tiub bocor lagi ke?

Tanpa Nama berkata...

Satu persatu declare bebas judi
Betul kah bebas ?
Saje nak tanya
Jgn nak mare kah kah kah
Hero semua mesti baik
Penjenayah mesti jahat
Tak ada cacat cela...
Kah kah kah

DD KAYBEE berkata...

Bebas judi...tapi aktiviti terkawal...apa turrrrrrrr...kawal aper......kawal ayam keluar kandang kerrrrrrrrrrr.........pirah mam......akan ku hasut anak anak buah ku jadi seorang polis...polis malaysia terhebat.....bangga betul aku....hummmmmpppp.....

Tanpa Nama berkata...

lahanat lahanat banyak duit bagi air kopi latte settle dah.

ini biasa bah !