FACE BOOK
Senyuman Kampung Kandek.
Kampung ini terletak didalam daerah Kuala Krai. Terletaknya dipersisiran sungai yang juga berhampiran dengan Gunung Stong. Ada lebih kurang 70 buah rumah yang terlibat dengan bencana banjir.
Sepanjang enam hari disana, aku tidak dapat melihat wajah-wajah kemurungan. Yang ada hanya kasih sayang dan terpancar senyuman dari warga kampung ini. Warga kampung ini banyak mengajar aku tentang "kesabaran menghadapi ujian". Walaupun tiada "LINE" telefon didalam kampung itu kerana musibah banjir, aku gunakan peluang itu sebaik mungkin utk mengenali mereka lebih rapat.
Selain itu, aku difahamkan anak-anak muda dikampung ini berjalan kaki untuk mengambil barang sumbangan makanan yang telah terputus selama dua hari. Mereka berjalan lebih kurang 4-5km kerana jalan utama sudah runtuh dan tidak boleh dilalui oleh kenderaan.
Kesabaran dan kesepakatan antara warga kampung boleh dilihat antara tua dan muda. Mereka bersama membina dan membaiki rumah masing-masing. Kampung Kandek tetap akan terpahat dihati ini hingga aku menutup mata. Mereka banyak mengajar erti kesabaran dan semangat untuk terus hidup. Semoga mereka semua terus bersatu padu membina dan mengekalkan semangat persaudaraan yang tinggi.
Yaa! Mereka sebenarnya memang wujud!
------------
1 ulasan:
Kalo dah pegi, jgn cuba menghasut makcik pakcik kampong.. hati mereka jernih hanya hidup utk gerombolan semata2.
Catat Ulasan