Khamis, 15 Januari 2015

SAYA CHARLIE - SAYA BUKAN CHARLIE







SAYA CHARLIE TAPI BUKAN CHARLIE

Tulisan saya dalam Suara Keadilan bertajuk : ISIS dan Geopolitik – telah diterbitkan pada 25 November 2014. Para akhir dalam tulisan itu saya telah membuat rumusan ini:

Akhirnya negara-negara di Eropah, Amerika Latin dan Afrika – tidak dapat tidak akan mewujudkan undang-undang baru atas nama keselamatan untuk menentang pengganas ISIS. Malaysia juga akan memunculkan undang-undang baru anti-pengganas. Wal hal kepala pengganas utama dalam dunia ialah imperialis Amerika. Inilah peranan ISIS.

Serangan ganas keatas kartunis majalah Charlie Hebdo yang berlaku dalam kota Paris minggu lalu membuktikan bahawa strateji geopolitik ini sedang berjalan mantap. Strateji geopolitik ini sedang menyediakan suasana Perang Dunia ke3.

Majalah Charlie Hebdo ialah majalah lawak satira. Saya merayakan satira dan lawak. Malah saya sendiri melakukan kerja 'lawak berdiri/stand up comic'. Blok saya : tukartiub adalah blog satira politik. Justeru lawak dan satira bukan satu yang asing untuk saya.

Dalam komidi dan dalam garis politik saya TIDAK menyokong apa sahaja gerakan atau kumpulan yang mengakui mewakili Tuhan. Saya menentang keganasan yang reaksionari. Saya menyokong anak semua bangsa untuk merayakan kepercayaan semua agama. Saya menentang cita-cita dan niat yang memperlekeh apa sahaja agama. Saya merayakan anak semua bangsa yang menganut apa saja agama. Dalam masa yang sama saya juga merayakan mereka yang tidak beragama.

Justeru saya juga Charlie dan saya juga BUKAN Charlie.

Saya mengutuk pembunuhan keatas kartonis majalah Charlie Hebdo. Saya mengutuk pembunuhan itu yang dilakukan atas nama Islam. Atau atas alasan mempertahankan Nabi Muhamad. Atau alasan tidak sensitif terhadap agama.

Dalam masa yang sama saya juga mengutuk kebodohan dan kebangangan majalah Charlie Hebdo. Saya anggap majalah ini bodoh dan bangang. Bukan saja majalah bangang tapi majalah rasis. Justeru, saya mengutuk majalah ini yang berselindung dibelakang tabir kebebasan bersuara.

Dua-dua kumpulan – yang dibunuh dan yang membunuh – untuk saya sama-sama karut. Dua-dua kumpulan ini sedang menjadi alat daulah terpendam/deep state. Secara sedar atau tidak sedar mereka adalah bidak catur dalam stratreji geopolitik kuasa imperialis.

Majalah Charlie Hebdo ini tidak melakar satira politik yang bijak. Dari ilmu semiotik – jika diperhatikan maka kita tidak akan salah jika membuat rumusan bahawa ini adalah majalah rasis. Amat jelas - dibelakang satira ini adalah sanubari rasis Peranchis yang terpendam dalam. Ramai warga Peranchis bermimpi angkuh dan berangan-angan bahawa dunia yang indah ini hanya dunia Peranchis

Memang betul ada unsur agama yang kadang-kandang boleh dilihat sebagai lawak dan komidi. Tapi bukan saperti yang digarap oleh Charlie. Majalah ini menghina dan mengutuk agama.

Satelah serangan berlaku maka Peranchis menjadi riuh dan heboh. Ini bukan heboh se Paris. Kini telah menjadi heboh sedunia. Maka pandangan yang akan saya ajukan ini mungkin akan dilihat sebagai pandangan minoriti. Pandangan saya ini melanggar dan menentang pandangan arus perdana.
Tembakan dan letupan dari kedua belah pihak ini sedang menimbulkan banyak persoalan. Untuk sementara waktu jangan kita terperangkap dalam pebagai teori yang tersebar. Tidak berguna kita bertegang lidah cuba membuktikan bagaimana ledakan Kalashnikov itu TIDAK kena kepada kepala polis. Atau kenapa darah tidak membasahi jalan raya. Untuk saya - kita TIDAK perlu teori-teori untuk memahami apa yang sedang berlaku.

Dihujung minggu lalu dilaporkan lebih dari 40 orang pemimpin dunia dari pelbagai 'bentuk dan genre' telah mengutuk pembunuhan dan bersimpati dengan Peranchis.

Ada yang bernama Merkel, ada yang bernama Obama, ada yang benama Netanyahu, ada yang bernama Cameron. Kita juga diberitahu berjuta warga Peranchis telah turun ke jalan raya berdemo mengutuk apa yang ditakrifkan sebagai 'Extremis Islam'.

Apabila saya terbaca nama Merkel, Obama, Netanyahu dan Cameron yang bersimpati dengan Peranchis maka saya jadi loyo dan hampir keluar 'muntah taik'.

Kalau saya katakan 'padan muka' maka saya anggap diri saya kurang ajar. Saya akan dituduh tidak memiliki garis politik yang lurus. Tapi biar saya terangkan sajelas hari siang disini tentang apa itu politik dan apa itu realpolitik. Para pembaca boleh membuat rumusan sendiri.

Sosok yang menjadi Presiden Peranchis namanya Francois Hollande. Dibawah pimpinan Hollande kita lihat bagaimana Peranchis terlibat secara gelap dan secara terbuka dalam mengimplementasi strateji geopolitik kuasa imperial Anglo-Amerikan Zionis.

Seawal 2011 Peranchis secara sulit telah memberi senjata kepada puak Extremis Islam yang menentang Gadaffy di Libya. Akhbar Telegraph dari London pada 29 Jun 2011 telah melaporkan kenyataan jurucakap tentera Peranchis Colonel Thiery Bukhard yang mengakui bahawa Peranchis telah memberi senjata ringan kepada kumpulan anti-Gadaffy. Tiga bulan kemudian Peranchis bersama bala tentera Nato telah mengebom Libya.

Pada 15 November 2012 BBC London telah melaporkan pemberian senjata dari Peranchis kepada kumpulan Extremis Isam yang anti-Bashar di Syria.

Pada 14 March 2013 akhbar Guardian London melaporkan kerjasama Britain dan Peranchis dalam usaha bersama untuk mempersenjatai kumpulan Extremis Islam yang anti-Bashar. Laporan ini juga menyebut bagaimana Francois Hollande telah pergi ke Brussels untuk berkempen di Parlimen Eropah- meminta negara-negara Eropah yang lain menyokong langkah Britain dan Peranchis. Hollande juga meminta negara German bersetuju untuk menghapuskan sekatan senjata keatas Syria agar senjata dapat dihantar kepada kumpulan anti-Bashar.

Pada 21 Ogos 2014 yang baru lalu stesen TV France24 telah melaporkan berita Presiden Francois Hollande telah menghantar senjata kepada kumpulan yang sedang menyerang Bashar al-Assad.

Apa yang ingin saya buktikan disini ialah kumpulan Extremis Islam yang dikatakan menyerang Charlie Hebdo itu telah bertelor, mengeram, menetas dan dibesarkan oleh kuasa imperial Anglo-Amerikan Zionis. Peranchis ada salah satu negara yang membekal senjata untuk kumpulan Extremis Islam ini. Tukang bayar harga senjata ini tidak lain dan tidak bukan ialah Saudi Arabia. Dari apa yang saya pernah baca Saudi Arabia ini dikatakan sebuah negara Arab yang beragama Islam.

Kumpulan Extremis Islam ini datang dalam pelbagai bentuk – awalnya mereka dikenali sebagai al-Qaeda kemudian menjadi Jabhar al Nusra dan hari ini menjadi ISIS. Walau pun apa nama mereka bukti telah menunjukkan bahawa Extremis Islam ini semuanya adalah anak didik Amerika.

Pada 16 Julai 2014 akhbar Gulf Daily News dari Bahrain telah melaporkan kenyataan Edward Snowden. Anak muda yang melarikan diri dari Amerika ini adalah bekas penyelidik Jabatan Risikan Amerika (NSA). Mengikut Snowden ISIS telah dirancang oleh badan risikan Britain dan Amerika.

Edward Snowden juga telah membocorkan fakta tentang Abu Bakr Al-Baghdadi. Sosok yang dikatakan menjadi Khalifah ISIS ini telah dilatih selama satu tahun oleh Mossad. Latihan diberikan dalam ilmu teoloji agama dan cara berpidato yang boleh menarik perhatian orang ramai.

Ketika tulisan ini digarap seluruh dunia sedang heboh tentang Charlie Hebdo. Media arus perdana sedang menggoreng isu ini semasak mungkin untuk menyediakan suasana dimana perang boleh dilancarkan atas nama mempertahankan kebebasan bersuara. Perang boleh diteruskan atas nama menentang extremis agama.

Dengan apa yang telah berlaku warga dunia akan bersedia – akan terbuka hati untuk menerima apa sahaja rancangan dari pemimpin mereka. Rakyat yang takut senang menjadi Pak Turut. Senjata boleh ditempah dan dipesan. Saudi Arabia dan Negara Arab Telok boleh memesan senjata baru dan membayar dengan dolar yang mereka kumpulkan hasil dari jualan bahan bakar petrolium.

Serangan keatas Charlie Hebdo ini secara bijak telah menenggelam ingatan kita kepada kematian warga Pakistan yang saban masa dibom oleh drone Amerika. Media telah berjaya membesarkan berita Charlie ini sehinggakan kita terlupa bahawa saban hari ada warga Yemen yang mati di bom oleh Amerika melalui drone.

Dengan bijak media milik kaum pemodal telah berjaya membawa satu naratif - satu jalan cerita bahawa Extremis Islam adalah punca masalah dunia. Naratif ini sedang tersebar dengan meluas.

Tulisan saya ini adalah kounter naratif atau satu jalan cerita yang lain. Saya melihat bukan hanya pembunuhan, bukan hanya ledakan Kalashinkov. Saya mahu para pembaca juga menyoal – dari mana datangnya Extremis Islam ini? Siapa pembekal Kalashinkov ini? Siapa tukang bayar semua ini.

Kalau polis menyiasat kes bunuh ada tiga pekara yang wajib dikenal pasti. Pertama apa senjata yang digunakan. Kedua apa tujuan pembunuhan dilakukan. Ketiga: mana mayat mangsa pembunuhan.

Dalam menganalisa politik – dalam real politik kita – saperti polis yang menyiasat wajib bertanya CUI BONO. 

Ini perkatan dalam bahasa Latin. Makna cui bono ialah siapa dapat untung. Dalam realpolitik untung ini ialah kejayaan melaksankan satu strateji politik yang akhirnya akan memperkukuh kuasa. Dengan kuasa yang kukuh maka dolar dan riyal dapat dikumpul. Justeru cui bono ini wajib terus dijadikan asas untuk memahami politik. Bukan sahaja politik luar negara malah politik Malaysia juga boleh ditanya melalui soalan cui bono?

Minggu ini terbukti apa yang saya tulis pada 25 November 2014 lalu menjadi tepat. Ini disahkan oleh kenyatan Ketua Polis Negara mengenai Charles Hebdo. Ketua Polis Negara telah berkata bahawa amat perlunya Akta Hasutan 1948 diteruskan untuk mengelakkan dari berlakunya serangan saperti di Paris.

Kenyataan Ketua Polis Negara ini jangan dibaca sebagai lawak atau dibaca sebagai satira. Untuk saya apa yang jelas ialah TIDAK lama lagi pasti ada satu undang-undang baru untuk mengawal dan menangkap orang ramai yang semakin berani bertanya - cui bono? (TT)


NOTA
tulisan ini telah disiarkan dalam
SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanggan akhbar mingguan ini
sila pukul talipon:
03-92-21-3045





-------------

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Aku rasa antara Najib dgn Tukar Tiub, rasanya Tukar Tiub yang lebih layak jadi PM.

Kalau TT jadi PM, Najib jadi apa?

Najib jadi Tukang Urut 1Malaysia...kihkihkih

Tanpa Nama berkata...

Apa apa lawak selagi tidak menghina apa apa agama tiada masalah.

Nak pakai nama melayu ke , jawa ke , inggeris ke atau peranchis ke , itu bukan masalah.

Bila satu lawak menghins agama dan kepercayaan kepada Tuhan melibat kan orang ramai , itu yang menjadi madalah.

Contoh nya satu kaum percaya dan tunduk kepada Tuhan Keldai ; jika di kartun kan Tuhan Keldai kencing duduk sudah pasti marah oleh kaum keldai iru tadi.

Nak buat apa bagi kaum matah ???

Itu daja.


Bebende bahalol mana ada orang suka.

Tanpa Nama berkata...

TT, saya tidak setuju dengan pandangan TT kali ini. Charlie Hebdo ialah majalah satira yang berhaluan kiri, yang mengkritik agama, tidak kira agama apa pun, kerana agama menentang pemikiran saintifik dan kemanusiaan. TT sepatutnya bersolidariti dengan editor-editor Charlie Hebdo, bukannya mencemuh mereka. Saya harap TT ambil kritikan ini sebagai kritikan dari ahli kaum kiri, untuk kaum kiri.

Tanpa Nama berkata...

Francois Hollande ni presiden Perancis dari parti sosialis. Sungguh tidak disangka sosialis pun sanggup jadi barua kapitalis dan Amerika.

Tanpa Nama berkata...

kalau kita bandingkan profesori kangkong kat malaysia ni dengan tt siapa lebih bijak ! aku pilih tt sebab tt menulis berapa duit ! berbanding profesori yg dpt gaji lumayan kaki budek kaki auta .

nanti ada pulak kaki komen yg lulus sekolah longkang buat komen otak longkang najis mynmmar.

Tanpa Nama berkata...

Cui Bono bro.

Jgn cuci bontot

Tanpa Nama berkata...

god bless u bro..moga tuhan allah merahmati anda..ni lebih jelas dari kelas hukum mhukum middle east..kelas hukum mghukum adalah sosok direkacipta secara tak langsung utk menetaskan butir2 qaeda,isis dll..yg dianuti bukan agama tp budaya arab saud, arab benua hindi.100thn hindi dijajah brit.bro adalah susok yg akn sy kenang dn doa sejahtera hingga akhir hayat..