Rabu, 17 Jun 2015

BOCORKAN SEMUA RAHSIA







PENDEDAHAN KENAIKAN TOL: KERAJAAN PERLU TELUS DAN TERBUKA TERUTAMANYA DASAR YANG MELIBATKAN RAKYAT  
Kenyataan demi kenyataan yang dibuat oleh  Najib Razak, Perdana Menteri Malaysia sebagai respon terhadap penyebaran maklumat tidak rasmi mengenai perbincangan mesyuarat Kabinet untuk menaikkan kadar tol di beberapa lebuhraya utama adalah amat mendukacitakan.
Pendirian beliau adalah seolah-olah berlakunya kebocoran maklumat kerajaan dan maklumat tersebut dikategorikan sebagai rahsia dan tidak seharusnya diketahui oleh umum.
National Oversight and Whistleblowers (NOW) merasa kesal terhadap kegagalan Perdana Menteri untuk melihat proses pentadbiran dan keputusan atau dasar kerajaan yang berkaitan dengan rakyat perlu dibuat secara telus dan terbuka.
Ini bukanlah kali pertama dasar kerajaan yang dipersoalkan oleh rakyat. Sebagai contoh, rancangan untuk melanjutkan had umur pengeluaran wang daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menerima bantahan yang hebat daripada rakyat. Kerajaan seharusnya mengambil ikhtibar untuk melibatkan pandangan rakyat sebelum membuat keputusan tergesa-gesa yang akhir gagal dilaksanakan atau gagal mencapai matlamat.
Kedua, perbincangan atau keputusan yang melibatkan rakyat tidak wajar diklasifikasikan sebagai rahsia. Apa yang perlu dilakukan adalah sebaliknya iaitu Kerajaan perlu mengadakan rundingan dan perbincangan terbuka agar rakyat faham dan jelas mengenai implikasi pelaksanaan sesuatu keputusan.
Ketiga, kebocoran maklumat ini adalah bukan perbuatan khianat apatah lagi ianya langsung tidak melibatkan isu keselamatan atau mengancam negara. Sebaliknya, tindakan kerajaan membuat keputusan yang mempunyai kesan secara langsung terhadap rakyat tetapi dibuat secara sulit adalah mengkhianati amanah rakyat.
Keempat, tindakan Perdana Menteri menyalahkan penjawat awam sepenuhnya kerana kebocoran maklumat ini adalah amat tidak bertanggungjawab. Ianya seolah-olah ingin menakutkan kakitangan kerajaan daripada berkongsi maklumat yang bermanfaat kepada rakyat dan seterusnya memburukkan nama baik institusi penjawat awam.
Persoalannya, adakah Perdana Menteri begitu yakin bahawa maklumat yang tersebar ini bukan datang daripada kalangan Menteri kabinet sendiri yang mungkin tidak bersetuju dengan beliau atau dengan keputusan menaikkan kadar tol?
Kesimpulannya, kerajaan seharusnya lebih peka dengan kemajuan teknologi dan nilai-nilai keterbukaan yang dituntut oleh rakyat. Rakyat berhak mengetahui proses merangka polisi dan dasar, mempunyai ruang untuk bersuara sebelum mencapai keputusan dan memastikan kerajaan dipertanggungjawabkan dan akauntabiliti perlu dititikberatkan dalam melaksanakan dasar-dasar berkaitan rakyat.
Sekian, terima kasih.
17 JUN 2015
AKMAL NASIR
Pengarah  Whistleblowers (NOW)

-------------

3 ulasan:

panglimo potaseh berkata...

Apakah kerajaan Tanah Melayu ini merupakan kumpulan perompak, lanun atau perogol atau Sicelaka yang siang malam hisap darah rakyat. Setiap tidakan kerajaan perlu dirahsiakan kepada rakyat. Ianya macam pelan hendak merompaklah (memang merompak pun). Kalau tuan kedai atau bank dah tau premis mereka hendak dirompak, macam mana nak rompak, ye tak? ... sudah tentu tuan kedai atau bank tadi akan buat repot polis ... lainlah kalau polis tadi dah kautim dengan perompak (ini yang bakal berlaku}.

panglimo potaseh berkata...

Esok dah mulo poso, potang ni setan dah kono tambek, ini bukan rahsio lagi. Kito samo-samo tengok macam mano porangai Najib dan suami dio, apobilo setan dah ditambekkan ... nak nipu lagi ko, nak surokan duit lagi ko ... tapi kalau Najib nak entot samo suami dio pado siang hari lantak dio lah.

Cam tu jugak Pado geng Tigo "B", ia itu Maslan, Hassan dan Sabri, harap pado bulan poso ini, mereko semuo dapek kurangkan kebodohan mereka ... corodik sikit pun jadilah.

Si Harun Jinnn bulehlah rehat sikit sobab setan dah kono tambek, yo tak.

TT camno, poso tak?. Kalau TT raso nak makan jugak pado siang hari, untuk elakan poso terbatal, sarungkan KONDOM pado makanan TT tu ... tak torsontuhkan?

Tapi tulah, anak setan masih terlopeh.

Tanpa Nama berkata...

Mengapa Rakyat perlu membela KHINZIR di Reban Ayam ????

Itu perumpama an nya kan.....