Sabtu, 8 Ogos 2015

GO PAGOH GO






BERSIH EMPAT

TUNTUT NAJIB 

BERCUTI


Jangan biarkan seorang pemimpin hancurkan Umno, kata pemimpin Pagoh 

Pemimpin Umno diingatkan jangan disebabkan "tangan yang seorang" parti Melayu yang memerintah Malaysia sejak merdeka hancur, kata Ismail Mohamed.
Timbalan ketua Umno Bahagian Pagoh itu berkata, ahli-ahli di peringkat akar umbi sekarang sudah tidak lagi tahan melihat gelagat kepimpinan tertinggi parti itu.
"Jangan sampai semangat orang Melayu ini bertindak di luar kemampuan. Mudah-mudahan Allah berikan petunjuk kepada pemimpin kita ini.
"Kita tak mahu disebabkan tangan yang seorang, parti kita hancur. Masyarakat hari ini tidak terdaya lagi melihat Umno ini runtuh," katanya ketika berucap dalam majlis perasmian mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Pagoh, di Dewan Pekembar, Pagoh, Johor pagi tadi.
Ismail turut mengingatkan pemimpin Umno untuk tidak menjadi seperti "kipas sate" kerana perlakuan seumpama itu bakal menyaksikan parti Melayu itu terkubur.
Tanpa menyebut nama mana-mana pihak, pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani itu berkata, pemimpin-pemimpin Umno kini sedang memusnahkan parti sedangkan datuk, nenek, dan bapa mereka dahulu bersusah payah cuba mempertahankan parti.
"Pemimpin sepatutnya bercuti, undur diri, kita tak sanggup parti yang atuk nenek kita bangunkan untuk orang Melayu terkubur.
"Kita rasa sedih pemimpin kita sanggup merosakkan Umno. Sedangkan mak, bapa, dia dulu memperjuangkan Umno."
Pemimpin-pemimpin seperti ini katanya tidak boleh dibiarkan kerana akar umbi Umno kini sudah muak dengan pemimpin sedemikian.
"Kita tidak boleh biarkan, sedarlah pemimpin di luar, jangan terus nak jadi kipas, macam sate, jawatan ini tidak bawa mati," katanya.
Selain deretan bendera Umno, turut kelihatan dipasang di perkarangan Dewan Seri Pekembar itu adalah kain rentang tertulis "Kami percaya Allah akan bersama pihak yang benar", dan "Kami tetap bersama-sama Tan Sri", merujuk kepada Muhyiddin yang juga merupakan ahli Parlimen Pagoh.
Ismail turut mengkritik tindakan yang diambil terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) susulan pemindahan 2 pegawai agensi membasmi rasuah itu semalam.
"Menukar kawan-kawan yang nak melakukan siasatan, tidak pernah berlaku pegawai SPRM nak berdoa, solat hajat, sampai begitu sekali teruk," katanya.
Sebaik sahaja ucapannya tamat, perwakilan Umno Pagoh berdiri dan melaungkan ucapan "Hidup Umno" dan "Hidup Tan Sri" kepada Muhyiddin sebanyak 3 kali. – 8 Ogos, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/jangan-kerana-seorang-parti-kita-hancur-kata-pemimpin-umno-pagoh#sthash.41OF90Ac.dpuf

KAH KAH KAH
pagoh strikes back
pagohan start the war
pagoh mula menyerang

GO PAGOH GO


------------------

1 ulasan:

kampong lad berkata...

umno dah pun hancus, yg ada umno baru.