SEMUA
BERTANYA
MANA DiA
DUIT iTU?
Rakyat beri kata dua kepada Najib
Rata-rata orang awam yang ditemui FMT mahukan Najib mendengar rintihan rakyat jika mahu terus mendapat sokongan daripada rakyat
KUALA LUMPUR: Bersempena Persidangan Agung UMNO (PAU) ke-69 yang sedang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), rata-rata orang awam yang ditemui FMT memberi kata dua kepada Najib Razak.
Maria (nama samaran), yang bekerja sebagai pegawai khidmat di Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) berkata walaupun dia bekerja dalam sektor kerajaan, namun terdapat rakan-rakannya yang terpaksa membuat kerja sampingan bagi menampung kos sara hidup yang tinggi.
Katanya, dengan ekonomi yang merudum, dua atau tiga kerja sampingan yang dibuat belum tentu mencukupi.
“Sebelum ekonomi merudum lagi saya lihat rakan-rakan saya terpaksa membuat dua, tiga pekerjaan sampingan bagi menampung perbelanjaan kos kehidupan.
“Namun selepas ekonomi semakin merudum ini dua, tiga kerja sampingan juga tidak cukup…. Masa ini walaupun gaji yang diterima kami agak baik namun kami juga terasa dengan kenaikan barang…
“Semua duit….tol tinggi dan kalau dulu tol RM150 tetapi sekarang berganda, terutamanya jika masuk dalam Kuala Lumpur,” katanya.
Bukan itu sahaja, Maria juga mahu kepimpinan yang ada masa ini memperbaiki sikap masing-masing dari sudut sikap amanah dan integriti.
Ini kerana jika akhlak dan budi pekerti dapat dibersihkan, kepimpinan yang ada ini tentunya dapat mengembalikan kepercayaan rakyat.
“Sebagai ahli UMNO, saya juga sudah sedikit goyang apabila timbulnya pelbagai isu yang melanda dalam parti yang antaranya mengenai isu RM2.6 bilion,” katanya.
“Justeru itu kita harapkan kepimpinan yang ada tidak menyalahgunakan kuasa… Jika berlaku, perkara-perkara ini menyebabkan ketidakpercayaan berlaku terhadap UMNO dan kerajaan yang ada,” ujarnya.
Logidasa, 26, yang bekerja sebagai penjaga stor di sebuah pusat beli belah berpandangan sekiranya Najib mahu terus disokong, beliau mestilah mendengar rintihan rakyat.
Katanya, sekiranya suara rakyat tidak didengari, dia tidak menolak rakyat akan menolak kepimpinan Najib.
“Kalau gaji RM1,000 tetapi perbelanjaan kos sara hidup melebihi paras gaji yang diterima, saya kira ini tidak patut…. Nak naikkan harga barang boleh tetapi gaji pun bagi naik jugalah.
“Kalau dia (Najib) jaga kita orang, boleh kita jaga dia juga….. Jadi suara rakyat juga perlu diambil kira,” katanya.
KAH KAH KAH
woit
kata dua apa
tak payah kata dua lagi
kata satu udah cukup
beramboii laa...opsss
silap cakap kah kah kah
berambuslaaaaa
baru betul
kah kah kah
BERAMBUS
1 ulasan:
Dah habis joli sakan lah
Ada banyak lagi boleh ambil pon
Rakyat suka sedekah apa ada susah
Harian 6% kira pahala syurga ok
Kepala Otak !!!!!!
Catat Ulasan