Isnin, 5 Jun 2017

DARI AKAUN YANG SAMA








BETUL KE

BERITA INI?


Dakwaan Shafee terima RM9.5 juta mudah disiasat, PAS beritahu SPRM
 | June 5, 2017
Nama perdana menteri akan hanya dapat dibersihkan sekiranya SPRM dan pelbagai institusi lain tampil ke depan
PETALING JAYA: PAS tidak mengharapkan seorang peguam terkemuka yang dituduh menerima wang sejumlah RM9.5 juta daripada akaun bank perdana menteri untuk menjawab dakwaan terhadapnya, sebaliknya berkata ia boleh disahkan dengan mudah oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
“Perkara ini sangat mudah disiasat kerana ia melibatkan transaksi pada jumlah yang besar iaitu RM9.5 juta antara dua individu,” kata Timbalan Presiden PAS,  Tuan Haji Ibrahim Tuan Man.
“Sekiranya tuduhan itu benar, jawapannya ya, sekiranya tuduhan itu tidak benar, jawapannya tidak.”
Portal Sarawak Report baru-baru ini melaporkan Tuan Haji Muhammad Shafee Abdullah, peguam yang dilantik khas bagi mengetuai pasukan pendakwaraya alam kes liwat  Anwar Ibrahim yang berakhir dengan hukuman penjara 5 tahun pada Februari 2015, menerima wang daripada akaun Ambank dimiliki Najib.
WAJIB TANYA

tuan aji ni sedar ke tak
tuan haji ni faham tak
tuan aji ini tahu atau tak

ini laporan dari sarawak report
sarawak report yang bocorkan
berita ini duit bertukar tangan

tuan aji ni lupa
sarawak report juga bocorkan
bagaimana parti pas
dapat 90 juta  dedak dari najib

tok aji ni sedar atau tak
sumber duit dedak pas
dari akaun sama
dari bank yang sama

tak lama rasanya tok aji ni



-----------------

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bila lagi pemilihan pas? Tahun depan? Lagi 2 tahun? Heeeshh lama sangat tu. Adakah haha dan geng akan berani mencantas titm sebelum pemilihan? Kalau nak buat begitu mesti kena reka jalan cerita latar dulu: titm didapati memiliki wang simpanan 2 juta dalam akaun bank dan tidak dapat menerangkan bagaimana ia diperoleh. Atau: titm didapati bersalah khalwat dengan wanita bukan muhrim berusia setengah dari umurnya sendiri di sebuah hotel. Tak pun, tong deram ada menunggu. Jaga jaga bos, susssah mahu bergerak sana sini.

Tanpa Nama berkata...

TITM ni dah pandai main api. Pukul anak sindir menantu. TT, titm tu tau laa apa yg dia cakap, dia nak panaskan semula isu rm90juta masuk acc affin bank tu. Dia tak kesah sangat kalau isu ni panas semula sebab dia tak dapat apa2 dari 90juta tu. Yg panas nanti hanyalah ayoh chik, silap2 nanti jantung ayoh chik kena ganti baru hehehe. Kalau jantung ayoh chik tak diganti, silap2 jawatan titm yg diganti hehehe

Tanpa Nama berkata...

Nk kata pandai tp berperangai kurang cerdik issey ni. Percaya bulat2 cerita org tak beriman tanpa tabayyun & disiasat umpama melangkau apa syarat satu tuduhan yg Islam gariskan. Mmg duk caya dgn glgn mungkar selalu mu ni sey..

Tanpa Nama berkata...

Bulan posa ni bawak2 la pi jemaah di masjid surau. Biaq yg berotoriti siasat. Dari hg duk hilang waktu dari lalai pd Allah. Bulan pahala berganda2 ni, tak percaya ka shumm?

DIDI KOTA BELUD berkata...

tok aji jenis ni suka beradu burung...arkkk...arkkkkk.arkkk...itu je keje dia...nak tunggu burung tu bercakap...NINJAAAA....kakakkaak..budu punya budui....