Rabu, 31 Januari 2018

RIWAYAT MAT BODOH DAN MINAH BEBAL







RIWAYAT MAT BODOH
DAN
MINAH BEBAL

Guru , pemikir, ahli falasafah pasca moden  counter culture Slavoj Zizek dari Slovenia  pernah berkata bahawa dia merasa kecewa terganggu susah hati apabila melihat orang bodoh gumbira.

Gua kurang faham kenapa Si Zizek ini terganggu? Kenapa ahli falsafah tersohor ini  ini merasa gusar dan risau?  Apa yang merisaukan? Kenapa susah hati apabila ada orang bodoh gumbira.

Tidak bersetuju. Amat jelas - gua  Hishamuddin Rais tidak bersetujuu dengan pandangan ahli falsafah  ini.  Gua seratus  peratus menolak pandangan Zizek. Gua adalah orang pertama dalam dunia ini yang mengalu-alukan sosok bodoh. Gua mahu merayakan  Mat Bodoh dan Minah Bebal.

Gua akan mendakwah. Gua akan menulis. Gua akan berhujah. Gua akan menghasut sesiapa sahaja - agar orang ramai -  menyambut saranan  gua untuk merayakan Mat Bodoh dan Minah Bebal. 

Lagi bangang Minah dan Mat Bebal ini lagi wajib kita rayakan mereka.

Pada tahun 1884 - 170 tahun dahulu Karl Marx dan Friedrich Engles dalam Manifesto Komunis telah mengeluarkan slogan berbunyi : Kaum Buruh Sedunia Bersatulah - Kamu Tidak Hilang Apa-apa Kecuali  Tali Penindasan.

Pada tahun 2018 ini Hishamuddin Rais mengeluarkan slogan: Sang Bangang Sedunia Bersatulah - Tidak Akan Hilang Kebodohan Kamu. Slogan inilah yang akan gua arak ke hulu ke hilir untuk untuk merayakan Mat Bodoh dan Minah Bebal.

Tidak adalah kegumbiraan yang menggumbirakan melainkan melihat Mat Bodoh dan Minah Bebal dalam keadaan yang amat bodoh. Justeru Profesor Zizek yang tersohor itu tidak seharusnya bersusah hati. Bodoh akan membawa gumbira. 

Mungkin pada hemat satengah orang bangang dan bodoh ini bertahap-tahap. Ada bodoh yang lebih bangang. Dan ada bodoh yang lebih bodoh dari bangang. Ada bebal yang bangang. Ada bangang yang lebih bebal.  

Apakah benar bodoh dan bangang ini bertahap-tahap - bertingkat-tingkat. Ada yang lebih bodoh dan ada yang lebih bangang. Apakah ada bodoh yang lebih bangang dari bebal? Apakah ada bangang yang lebih baral dari bodoh?  Pekara  ini gua tak berapa jelas. 

Untuk menghalusi pengkajian mari kita bersama selidiki perkataan bodoh ini. B-O-D-O-H  adalah konsep. Dalam masa yang sama bodoh juga ialah kata sifat. Ini menjadikan perkataan  dan konsep bodoh ini cukup menarik. Justeru berkemungkinan perkataan bodoh ini jika diatur dengan baik boleh dibaca ‘cool’. 

Hakikatnya dalam konsep/kata sifat ini ada perkataan  bodoh, bangang,  bebal, baral, bahlol dan ngok.  Semua membawa makna bodoh. Semuanya menujukkan konsep dan perangai dan sifat seseorang.

Gua tak mahu menggunakan perkataan ‘kurang cerdik’ untuk memahami apa itu bodoh. Pada  hemat gua jika kurang cerdik digunakan ini satu kesalahan yang amat besar. Jangan sesekali dihubungkan perkataan  bodoh dengan cerdik. Jangan.

Kalau kita gunakan kurang cerdik untuk memahami bodoh maka ini sama saperti kita menggunakan perkataan ‘ kurang kurus dan kurang cun ‘ untuk menggambarkan rupa bentok sosok badan dan muka  Datin Seri Rosmah Mansor. Ini salah. Ini tidak tepat. Datin Rosmah berbadan gemok hotok. Bermuka hodoh. Ini tepat jujur dan ikhlas. 

Bagitu juga dengan bodoh. Jika kita melihat Mat Bebal itu bangang maka kita katakan Mat Bebal ini  bangang. Kita wajib berkata benar, jujur tepat dan ikhlas.

Kadang kala kita terdengar juga perkataan baral. Ini maknanya bodoh. Baral ini ialah sajenis binatang kacokan kaldai dengan kuda.  Sosok baral ini tidak wujud  di  Gugusan Pulau-Pulau Melayu. Baral adalah warga asli dari negara Padang Pasir.

Justeru gua rasa konsep bodoh baral ini hanya menjelma dalam budaya Melayu satelah Bani Melayu berjumpa dengan warga Saudi. Bila Melayu bertemu Saudi maka baral mula muncul. Kebaralan Bani Melayu ini muncul bila bertemu dengan warga Saudi. 

Ngok  juga bermakna bodoh. Gua rasa ini perkataan baru. Ketika gua membesar dahulu gua tak bertemu  atau  tidak pernah terdengar   perkataan ngok ini.  Mungkin dulu ngok belum diolah lagi. 

Ngok mungkin perkatan baru saperti kantoi, cun, pot dan gian.  Mungkin ngok ini lahir dari budaya anak muda yang mahu menerangkan makna bodoh  dikalangan anak-anak muda yang sedang bodoh. Atau ngok ini singkatan dari perkataan bongngok  yang juga membawa makna bangang.

Harus kita sedari bahawa  ada lagi istilah bangang dan bodoh yang hanya digunakan diwilayah-wilayah tertentu sahaja. Mungkin ada perkataan spesial untuk bodoh dan bangang dikalangan Bajau Laut di Lahad Datu. Atau mungkin ada konsep  dan perkataan bodoh yang lagi membodohkan di kalangan warga Bidayuh atau Iban di Sarawak. Dalam hal ini gua kurang ariff.

Contoh terbaik ialah di Kelatan bodoh dipanggil bengong. Orang Kelantan jika bertutur tidak akan lupa dengan bengongnya.  Perkataan bengong ini bila sampai ke Jelebu Negeri Sembilan berkalih menjadi pantengong. Nah! Inilah  contoh  perjalanan perkatan bodoh dan bangang dari wilayah ke wilayah.

Pasti ada pembaca yang akan bertanya  kenapa pada tahun 2018 ini gua   beriya-iya sangat mengeluarkan propaganda untuk merayakan Mat Bebal dan Minah Bengong. Apa untungnya dan apa faedahnya. Apakah perlu kita rayakan Mat Bangang dan Minah Bebal yang bodoh lagi baral?

Jawapannya cukup senang.  Menjadi bodoh bangang bebal bengong baral dan ngok adalah hak asasi seseorang. Menjadi bodoh adalah hak asasi. Tidak ada sesiapa - individu, kerajaaan atau daulah - yang boleh menafikan hak seseorang untuk menjadi bodoh.

Kita sebagai warga negara yang bertanggung jawab wajib meghormati hak individu atau hak hak kelompok atau hak persatuan untuk menjadi bodoh dan bangang. Bodoh adalah has asasi.

Sekali lagi gua katakan - menjadi bodoh ialah hak asasi sesorang. Jangan ganggu dan jangan gugat jika ternampak  Mat Bebal dan Minah Bodoh sedang beraksi.

Sayugia gua ingatkan bahawa bodoh dan bangang ini bukan satu  penyakit berjangit. Justeru kita tidak perlu risau. Jika seseorang itu bangang  dan sedang melakukan pekara yang  bodoh. Yakinlah ianya tidak akan berjangkit . Ini kerana bodoh dan bangang tidak membawa kuman atau virus.

Belum pernah tercatit kes mati disebabkan bodoh. Atau wabak bodoh merebak saperti wabak SARS.

Contongnya - ada seorang Mat Bebal menginap di Flet  223 Blok D Perumahan PPRT  Pantai Dalam. Mamat ini memang terbukti bebal lagi bodoh. Tapi warga Kuala Lumpur tak perlu risau. Kebebalan Mamat ini tidak akan merebak dari  Lembah Pantai. Malah dalam Blok D pun ianya tidak akan berjangkit ke Flat 222 atau  ke Flet 224. Kita semua selamat dari Mamat Bebal ini.

Gua juga mahu memberitahu dunia bahawa bodoh, bangang, bebal, ngok, bengong - bukan satu jenayah. Bukan satu kesalahan melanggar undang-undang jika menjadi  Mat Bebal yang bodoh. Atau menjadi Minah Bangang yang bebal.  

Di Malaysia setakat ini bodoh dan bangang belum ditafsirkan sebagai satu kesalahan jenayah dalam Hukum Kanun Negara. Malah dari apa yang gua baca belum ada sebuah negara pun dalam dunia ini yang menganggap  Mat Bebal dan Minah Bodoh sebagai penjenayah.
Satelah gua terangkan semua ini maka gua rasa kita tidak perlu menyimpan  syak wasangka terhadap  Mat Bebal dan Minah Bangang. Jika kita terbaca apa-apa tentang kelakuan atau tentang saranan  atau tentang pandangan Mat Bebal dan Minah Bangang anggaplah semua itu sebagai satu hak asasi mereka  untuk jadi bangang.

Sebelum gua mengundur biar gua bersurah tetang  Riwayat Mat Bebal untuk menjadi panduan kita semua.

Pasa satu malam hujung minggu gua bersama  beberapa rakan telah duduk di warong untuk makan malam. Ada kawan minta Mee Goreng, Nasi Ayam, Mee Bandung. Gua  meminta Nasi Goreng. Bersama kami terselit seorang Mat Bebal.

Bila ditanya mahu makan apa Si Mat Bebal ini  terus bersuara - Tak suka Nasi  Goreng.  

Jawapan ini  gua faham. Ini hak asasi Mat Bebal untuk tidak menyukai Nasi Goreng. Adalah hak Mat Bebal ini untuk tidak berminat terhadap Nasi Goreng. Gua hormat akan keputusan itu. 

Lalu gua bertanya lagi. ‘Kalau tidak suka Nasi Goreng - suka apa?’

Si  Bebal ini menaikkan suara dan terus berkata ‘ aku tak suka Nasi Goreng’. Suaranya agak meninggi. Seorang Minah Cun dengan Balaknya di meja sabelah menjeling melihat kami.

Lalu gua bertanya lagi dengan sopan untuk mengelak dari menimbulkan suasana di warung ini.

‘ Aku tak suka Nasi Goreng.. tak faham ke?

‘ Gua faham. Kalau tak suka Nasi Goreng.. suka apa?’

‘ Aku tak suka Nasi Goreng’. Si bebal ini mula menjerit. Para pelanggan warung mula memasang mata kearah kami.

Tetiba Mat Bebal ini mula beratip. Mengulang-ulang kata-katanya. ‘ Aku tak nak Nasi Goreng. Aku tak minat Nasi Goreng. Aku tak mahu Nasi Goreng. Tak nak. Tak minat. Tak mahu. Aku tak hendak Nasi Goreng…’

Gua bersuara. ’ …jadi kamu mahu apa?

Mat Bebal.’ Aku mahu Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri..’

Gua tersenyum dan terus menjawab… ‘Anwar masih dalam penjara…’ Apakah bodoh sangat Si Mamat Bebal ini untuk memahami bahawa si Anwar ini masih  lagi seoarang banduan. 

Mat Bebal terus melaung. ‘Aku tak suka Nasi Goreng. Kalau kau makan Nasi Goreng aku akan pecahkan pinggan  Nasi Goreng kau…’

Gua bangun tersenyum dan terus berkata kepada semua yang mahu mendengar. ‘ Inilah Riwayat  Mat Bebal  lagi bodoh. Bebal lagi bengong. Baral lagi Ngok.  Bila ditanya nak apa.. bila ditanya nak siapa.. Mat Bebal ini hanya mahu pecahkan pinggan.’

Tapi yakinlah dunia kita terus jadi indah dengan wujudnya  Mat Bebal dan Minah Bengong disekeliling kita. Tanpa mereka gua akan menjadi macam Zizek - resah gelisah tak senang hati. Tanpa Mat Bebal dan Minah Bengong   gua susah untuk gumbira.

Terima kaseh Mat Bebal dan Minah Bangang kerana menghiburkan hati gua. Amin. (tt)



NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanggan 
akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
03-92-21-10-45




------------------

7 ulasan:

SukuSamdol berkata...

Tuan TT,
Apakah tuan sudah lupa istilah TOLOL, LOKLAK, DUNGU ...
Harus disertakan dan diraikan bersama.
KAHKAHKAH!!

panglimo potaseh berkata...

Kalau lah satu dunia ni di huni oleh Sang bodoh,bebal,bengong,ngok dan bangang.. maka senang sangat lah Nabi nyebarkan ugama nye?

kampong lad berkata...

Nama lain ialah penglipur lara

Tanpa Nama berkata...

Kata org sarawak...PALOI

Tanpa Nama berkata...

Bingai pun sama makna

Tanpa Nama berkata...

Ni kisah cikgu bard dan otai2 reformasi ni.. puak2 vangang ni mmg tak suka nasik goreng. Perut dah nazak, lapar tapi masih suka nasik goreng. Last2 mampus kebulur! Mmg jenis bahalol.

Tanpa Nama berkata...

wahhh...bape banyak bodoh,bebal dan bangang daaa....wa masih lagi keliru la bro...benarkah bodoh tak berjangkit dan mendatangkan bahaya???...terngiang-ngiang pepatah yg bijaksana,tunjukkan kawan2 mu akan ku tunjukkan siape kamu...kalo kite berkawan dan melepak ngan si bodoh yg bebal adakah ianye akn berjangkit dan menjadikan kite bangang???...benarkah bodoh lagi bangang tidak mendatangkan bahaya???...bagaimane dengan si bangang yg melempar kerusi dari tingkat atas dan memecahkan kepale budak lalu membunuhnye???....bayangkan si bebal yg taktau memandu membuat keputusan bangangnye untok pegi memandu,kemungkinan besar akan berlaku kemalangan yg akan menyebabkan kematian,same seperti golongan muslim yg tak tau dan tak mau belajar tentang islam,quran,bahasa arab ikut sedap die nak bagi ceramah dan mengajar org laen tentang islam....tapi kebodohan masih lagi wat gua terhibur kahkahkah...padan muke zizek