.

Khamis, 24 Mei 2018

MENTERI PERTAHANAN





MENTERI 

PERTAHANAN

PAKATAN 

HARAPAN



Wahai pembacha Tukar Tiub yang budiman.

Jika nama  "SABU""  disebut lantas orang akan terus ingat Mat Sabu yakni YB Mohamed bin Sabu Menteri Pertahanan baru kita.

Namun dari tahun 1920an hingga awal 1960an nama  Sabu itu sudah mashor di seluroh dunia.

Anak kelahiran Mysore , India pada tahun 1924, Sabu Dastagir atau Selar Shaik Sabu adalah anak kepada pengembala gajah atau mahout.

Pada usia nya 13 tahun Sabu diambil belakon filem British, Elephant Boy  juga sebagai pengembala gajah.

Watak lebeh utama dalam filem The Thief of Baghdad (1940) menyinarkan lagi pelakon remaja ini.Di susoli pula watak utama dalam The Jungle Book (1942).

Pada tahun 1944 Sabu Dastagir mendapat kerakyatan Amerika dan menyertai USA Army Airforce.Buat makluman pembacha US Air Force hanya di tubohkan pada 19 September 1947.Sabu Dastagir menjadi penembak dalam kapal terbang...rear gunner dan kemudian ball turret gunner.Beliau mendapat pingat keberanian Distinguished Flying Cross. Hero  senggoti  kata orang Kelantan macham  masa dia belakon di layar perak.

Sabu Dastagir meneruskan karier lakonan di Hollywood dan lebeh 20 filem lakonan nya dari 1940an -1960an.Beliau mati mengejut akibat serangan jantong pada 2hb December 1963...sebelum menchechah usia 40 tahun.Filem terakhir nya  A Tiger Walks ke layar perak selepas kematian nya.

Filem pertama  Elephant Boy dan akhir A Tiger Walks....serupalah liku2 hidup Mat Sabu kita. Gajoh Rimau pun lari bila dia bagi uchapan.Kita ucapkan Selamat Berkhidmat kepada Abang Mat kita selamat bertugas sebagai Menteri Pertahanan..

Semoga Mat Sabu menjadi bintang yang turut bersinar macham Sabu Dastagir





------------------

1 ulasan:

DIDI KOTA BELUD berkata...

Ditompek gue... Bunyi SABU kalau dusun SOBU... Kencing.. Kalau suluk... Ais ais baby/syabu...moga menteri pertahanan kito ni jgn mudah kena kencing dan jangan khayal dgn jawatan... Mat sabu.. Wira yg jarang didendang... I salute you, your've save the military.