Selasa, 16 Oktober 2018

KERANA EEE




EEE

KERANA EEE

Polis siasat Hishamuddin Rais tuduh SPRM disogok


AKTIVIS Hishamuddin Rais akan disoal siasat polis petang ini berhubung tulisan di blognya yang dikatakan mendakwa Ahli Parlimen Baling Abdul Azeez Abdul Rahim memberi rasuah pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menutup kesnya

Hishamuddin mengesahkan beliau akan berada di ibu pejabat polis daerah Sentul petang ini tetapi menegaskan apa yang disiarkan dalam blognya diperoleh daripada kumpulan chat WhatsApp.

“Ya, saya akan dipanggil untuk disoal siasat dan ia mengenai pos pada blog yang menghubungkan Azeez dengan penyalahgunaan kuasa,” kata aktivis sosial itu kepada The Malaysian Insight.

“Bagaimanapun, butiran di blog itu bukan milik saya, ia adalah daripada kumpulan chat Whatsapp yang dihantar kepada saya.”

Dalam blogt itu, ia turut mendakwa Azeez menyogok Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Azam Baki untuk menutup siasatan terhadapnya.

Azeez yang merupakan bekas pengerusi Tabung Haji ditahan dua minggu lalu oleh SPRM dan ditahan reman selama 10 hari.

Beliau dilaporkan disiasat berhubung wang tunai RM500,000 dan RM1.2 juta dalam pelbagai mata wang yang disita dalam serbuan di rumahnya di Selangor dan Kedah pada Mei.

Hishamuddin mendakwa beliau tidak mengenai siapa Azam.

“Siapa Azam Baki? Saya tidak kenal siapa dia,” kata aktivis itu.

Dalam blog itu, Hishamuddin juga menggesa Putrajaya menyiasat hubungan rapat Azeez dengan Djoko Tjandra (Mulia Group), Mohd Irwan Serigar Abdullah, Gulzar Mohamad, Gnanaraja Gnanasundram (Yayasan Usaha Ventures Malaysia), Tony Fernandes (AirAsia), D Ramesh (Pelita Group ) dan Habibur Rahman Kadir Shah (MAS).

Peguam Hishamuddin, Zaid Malek berkata pihak polis memanggil Hishamuddin selepas menerima laporan yang dibuat oleh Ramesh,  pengarah Kumpulan Pelita yang merupakan rangkaian restoran nasi kandar terbesar di negara ini. – 16 Oktober, 2018



----------------

6 ulasan:

Annoy berkata...

Laaaaaas.....
Nasi kandar ni rupanya ramesh yg punya...... wuekkkkkk....
Yg terbesar di malaysia pulak tu....

Annoy berkata...

Laaaaaas.....
Nasi kandar ni rupanya ramesh yg punya...... wuekkkkkk....
Yg terbesar di malaysia pulak tu....

Tanpa Nama berkata...

eeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee...yek. jijik betul ko tt. pasal eeeeeeeeeeeeeee je ko kena soal...eeeeeeeeee yek... ko labon la tt.. group wasup la itu a.. eeeee lek.. apa pun tak boleeeeeeeee

ane .. roti nan satu

Tanpa Nama berkata...

Ok tu tt, lepas ni boleh la lu check lubang bontot azeez rahim pulak. Kau tolong check juga ketat atau longgar.

Tanpa Nama berkata...

Nak balas balik buatla laporan kat geng perompak tu... saya ada banyak dokumen taklah sulit.. sangat berbaloi la juga untuk disiasat.. apapun tahniah.. keep on figthing.. salam perjuangan.. kita neutral.. kerajaan ke pembankang ke..SALAH TETAP SALAH... mari kempen orang awam kawan2 buat aduan salah guna dengan rakaman video... dan gambar mari kempen buat laman web mendedahkan video kesalahan pegawai awam.. di laman web itu kabur.. di laporan itu jelas... supaya tak terus aibkan mereka... biar perasuah penerima rasuah itu SEDAR.. biar yang malas ituu RAJIN dan yang suka dipuja dibodek itu kena pukul KEPALA OTAKNYA!!!

Tanpa Nama berkata...

Sokong 1000%