Khamis, 18 Julai 2019

OH ! BETUL KE?







OH!
BETUL KE

SALVADOR 

SETPOL ANWAR

KAH KAH KAH


Penangkapan setpol Anwar timbul persoalan, kata Zuraida

PENANGKAPAN pembantu Anwar Ibrahim yang dikaitkan dengan skandal video seks melibatkan Mohamed Azmin Ali menimbulkan persoalan, kata Naib Presiden PKR Zuraida Kamaruddin.

“Kami agak hairan bagaimana setiausaha politiknya ditahan reman berhubung siasatan video seks berkenaan,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Beliau menyerahkan semuanya kepada Anwar untuk memutuskan sama ada presiden parti itu mahu memberi penjelasan lanjut berkenaan penangkapan pembantunya.

“Kami serahkan kepadanya, kami dah pun beri ‘teguran’ dan komen tentang situasi itu, kami serahkan kepadanya atas apa yang ingin dilakukannya sebagai presiden parti.

“Kami menghormatinya dan kami mahu dia menjadi presiden,” katanya.

Sehingga kini polis telah menahan sembilan orang termasuk Ketua PKR Perak Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak yang juga setiausaha politik kepada Anwar bagi siasatan kes video seks yang dikaitkan dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Azmin Ali. 

Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador berkata, polis tidak menolak kemungkinan terdapat konspirasi dalang video seks dan mereka yang ditahan setakat ini menerima arahan daripada seseorang yang berjawatan.

Anwar semalam berkata, beliau terkejut dengan penangkapan Farhash.

Bulan lepas, satu siri klip video menunjukkan dua lelaki terlibat dalam perbuatan seksual disebarkan melalui aplikasi WhatsApp.

Bekas Ketua Pemuda PKR Santubong Haziq Abdullah Abdul Aziz kemudiannya mengakui dia salah seorang lelaki dalam video yang membabitkan Azmin.

Azmin yang merupakan timbalan presiden PKR dan Menteri Ekonomi menafikan dakwaan itu dan mendakwa ia satu pakatan untuk merosakkan kariernya.

PKR sejak itu telah memecat Haziq. Selain Farhash, polis juga telah menahan Haziq.

Ini kali kedua Haziq ditangkap berkaitan kes itu. Dia ditahan semalaman oleh polis pada bulan lepas. – 18 Julai, 2019.



WOIT

LU TAK BILANG

AWAL AWAL

SATU MALAYSIA

TERKEJUT

APA SUDAH JADI

SAJE TANYA

MANA TAU

KALAU ADA

KEMUT KEMUT

---------