Rabu, 24 Julai 2019

SOKONG LAT KOYA






INI SEBAB

GUA SOKONG

LAT KOYA



SPRM pasang kaki bongkar sindiket rasuah mahkamah Kuala Kubu Bharu

OPERASI risikan agensi anti rasuah memasang kaki di mahkamah Kuala Kubu Bharu untuk melumpuhkan sindiket pengamal undang-undang yang meminta sogokan daripada tertuduh dengan janji meringankan hukuman.

The Malaysian Insight difahamkan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) turun padang menyamar sebagai peguam dan pendatang tanpa izin untuk membongkar kegiatan seorang hakim, seorang timbalan pendakwa raya, seorang peguam dan beberapa polis.

SPRM sedang menyiasat semua suspek berhubung dakwaan menerima sogokan untuk melepaskan sembilan pendatang tanpa izin.

Menurut sumber modus operandi kumpulan ini ialah mereka akan berpakat apabila ada kes mula didakwa di mahkamah.  

“Sebaik seseorang dihadapkan ke mahkamah, polis di mahkamah iaitu seorang daripada suspek akan memaklumkan individu yang didakwa mengenai jalan mudah untuk mengurangkan hukuman denda atau penjara.

“Bagi membolehkan sindiket itu beroperasi dengan mudah, si tertuduh akan diwajibkan menggunakan khidmat peguam dari kumpulan itu dan mereka akan menetapkan satu jumlah wang sebagai kos untuk menjalankan kes hingga hukuman dikurangkan,” kata sumber kepada The Malaysian Insight.

Menurut sumber wang sogokan itu kemudiannya dibahagi empat antara polis, peguam, timbalan pendakwa raya, dan hakim.

Sumber juga memberitahu, kes yang sedang disiasat oleh SPRM yang membawa kepada tangkapan minggu lalu bukanlah kes pertama pakatan ini dengan menggunakan kaedah berkenaan.

The Malaysian Insight difahamkan penahanan hakim, timbalan pendakwa raya dan peguam di Kuala Kubu Bharu memberi kelegaan dalam kalangan peguam.

“Susah hendak berurusan di mahkamah itu. Boleh, tapi ada syarat. Syaratnya mesti sedia kongsi dengan semua orang lain,” kata seorang pengamal undang-undang yang maklum kegiatan sindiket di mahkamah itu.

Perkongsian yang dimaksudkan ialah duit sogokan diagihkan bersama antara hakim, timbalan pendakwa raya, peguam dan polis mahkamah.

Sementara itu, The Malaysian Insight difahamkan mereka yang terlibat dalam sindiket ini selalu ada jalan cuba menyekat peguam lain daripada masuk berkhidmat di daerah itu.

Antaranya, memperlekehkan khidmat peguam lain dan memujuk mereka menukar peguam.

Hakim yang dikenakan perintah tahanan reman semalam adalah satu-satunya hakim sekali gus majistret di mahkamah di Kuala Kubu Bharu. Beliau direman dua hari berakhir hari ini.

Sumber memberitahu The Malaysian Insight, hakim berumur 45 tahun itu pernah jadi koroner dalam satu inkues yang menarik perhatian umum beberapa tahun lalu. Beliau juga pernah mengendalikan beberapa kes melibatkan pasukan polis dan pemimpin parti politik.

Semalam, hakim itu diproses perintah reman terhadapnya di Hospital Putrajaya tempat beliau diperiksa dan dirawat selepas mengadu masalah sakit dada semasa dalam tahanan SPRM.

Sehari sebelumnya, pada Isnin, Ketua Pesuruhjaya SPRM Latheefa Koya mengesahkan hakim itu adalah individu kesembilan yang ditahan untuk siasatan berhubung kes sogokan daripada pendatang tanpa izin.

Beliau ditahan susulan penahanan 8 individu terdiri daripada seorang timbalan pendakwa raya, seorang peguam dan enam anggota polis di Kuala Kubu Bharu. Lima polis yang ditahan ialah pegawai penyiasat sementara seorang lagi polis mahkamah.

“Siasatan adalah berkenaan penahanan PATI yang ditahan bagi tujuan pelepasan setelah dibayar.

“Sejumlah wang juga dirampas semasa tangkapan dibuat,” kata Latheefa.

Media melaporkan agensi anti rasuah menemui RM17,500 pada peguam, yang dipercayai digunakan untuk melepaskan sembilan pendatang yang ditahan.

SPRM juga menemui RM85,000 daripada timbalan pendakwa raya, yang dipercayai wang hasil kegiatan haram.

Semua mereka yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 16(a)(b) Akta SPRM atas kesalahan sogokan. – 24 Julai, 2019.



WOIT 

ADA KE LAGI

KES BESAR?

SAJE TANYA

MANA TAU

KALAU KALAU

ADA KES LAMA

KENA SOROK
KAH KAH KAH


--------

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

SUNGAI PETANI: : Mahkamah Majistret Sungai Petani hari ini membenarkan lima pegawai dan anggota polis ditahan reman selama lima hari mulai hari ini bagi membantu siasatan berhubung aktiviti rasuah dengan melindungi kegiatan pusat urut di Nibong Tebal.

Perintah reman bermula hari itu dikeluarkan oleh Majistret, Nurul Ainna Ahmad terhadap lima pegawai dan anggota polis termasuk seorang berpangkat Asisten Superintendan, dua berpangkat Inspektor, seorang Sarjan dan seorang Lans Koperal yang berumur antara 28 hingga 45 tahun.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana yang lebih tinggi jika disabitkan kesalahan.

Suspek pertama ditahan di pusat urut berkenaan pada pukul 11.20 pagi semalam dan empat lagi ditahan di SPRM Cawangan Sungai Petani diantara pukul 6.30 petang hingga 7.00 petang selepas hadir memberi keterangan.

Menurut sumber, hasil maklumat dan risikan mendapati kesemua suspek telah meminta wang rasuah RM4,000 daripada pengusaha premis urut tersebut yang beroperasi secara haram.
8 September 2018

DIDI KOTA BELUD berkata...

Ooooohhhhh...itu kecitttttttt...datang sabahlah kalau nak besat2 punya..mailah sini..sistem sini sudah tahap air 7 kaler...syabas pun surender nak tapis.mailah sabah mami lat..mailah...eden rela jadi perisik ...gaji takyah lah besar..dapat beli tanah agen penipu pun jadilah...kakakakak

Anonymous berkata...

Umi Hafilda adik Jemin watak penting dlm kes liwat 1 tahun 98.sangat rapat dgn madey..

Kerana marahkan sangat madey lindongi Jemin umi sanggup pecah lobang kejahatan madey pakat fitnah anwar liwat hingga dipenjarakan…Tuhan telah tunjukkan kebenaran tanpa di pinta…doa orang yg dizalimi sangat mustajab…madey pon selalu di datangi masalah tak diduga….

Jahat sungguh manusia madey ni..

Anonymous berkata...

Intipan zaman shukeri lagi...zaman
tipah koya tangkap saja...

Tanpa Nama berkata...

Di lubuk hati gua yg maha dalam gua suka credibility awek jambu kak tipah Lopez ni tolong siasat ppd k.k.b di hulu selangor banyak kaki no ekor haram ber lessen beso kebel maha beso di kabo juga felda juga mejoroti Penduduk melayu ada no ekor haram arak pun tejuei dadah lagi la mcm cekedis bersepah

Tanpa Nama berkata...

Kak Tipah, you ajak lah Pak Isham pi makan Malam, dating dating. Pak Isham ni shy