TERBAIK
PEMIKIR
GEROMBOLAN
BUAT
KEPUTUSAN
AMAT BIJAK
Umno akan cabar kompaun SPRM di mahkamah, kata Ahmad Maslan
UMNO akan memfailkan semakan kehakiman terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mempertikaikan kompaun yang dikenakan ke atas beberapa pemimpin dan badan parti untuk memulangkan duit 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Ahli Majlis Tertinggi Umno Tuan Haji Ahmad Maslan berkata tindakan agensi anti rasuah itu tidak wajar dengan masih ada dua kes berkaitan 1MDB yang sedang dibicarakan di mahkamah, merujuk kepada pertuduhan ke atas Najib melibatkan SRC International Sdn Bhd dan 1MDB.
“Kes SRC dan 1MDB masih lagi berjalan. Maka pada pandangan kami apa yang dibuat oleh SPRM mempunyai unsur ultra vires, melebihi kuasa.
“Kenapa SPRM tuduh kami walhal kes itu masih lagi dibicara di mahkamah? Kami terasa dianiaya dengan apa yang berlaku,” katanya dalam satu sidang media di ibu pejabat Umno, hari ini.
“Peguam akan memfailkan semakan penghakiman supaya perkara yang prejudis ini akan digantung sehingga dua kes Najib selesai di mahkamah,” tambahnya.
Tuan Haji Ahmad adalah antara 80 individu, syarikat, pertubuhan, dan yayasan yang dikenakan kompaun oleh SPRM pada 7 Oktober lalu kerana menerima duit 1MDB.
Selain Tuan Haji Ahmad, kompaun dikeluarkan ke atas bekas pengerusi Felda Tuan Haji Shahrir Samad; bekas setiausaha politik Najib , Tuan HajiMohamad Fatmi Che Salleh dan bekas ketua Bahagian Umno Pasir Mas Tuan haji Hanafi Mamat, serta beberapa bahagian Umno.
Mereka diberi mana dua minggu untuk membayar denda berkenaan, atau berdepan tindakan mahkamah mengikut Seksyen 92(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (Amla). – 14 Oktober, 2019.
DI MAHKAMAH
SEMUA AKAN
BOCOR DAN
DAH PASTI
ADA YANG
NAK JADI KENG
KAH KAH KAH
-----------
3 ulasan:
kehkehkeh semoga mat maslan, shahrir dan sekutu mereka kekal dengan pengakuan tak bersalah bila naik mahkamah nanti. jgn nak acah2 ayam jer.
tt,ni lagi kisah org menyamar guna agama:
https://www.malaysiakini.com/news/495832
mamat ni kerja kat gereja tapi rogol kanak2. ni tak dikira pakai jubah agama ke? ke pesalah islam jer yg kau kira sebagai org jahat?
Loyar buruk mana la yang dah kelentong perompak2 UMNO dengan cakap "dari korang bayar saman lagi baik bayar aku kita lawan".UMNO oh UMNO last2 nanti korang kena bayar 2-3 kali ganda la baral.Loyar kena bayar, kos bicara kena bayar saman asal pun tetap kena bayar..entah2 di gandakan lagi..Ni mesti loyar yang nak saman hari Selasa depan ..Kesian pulak tengok orang2 UMNO ni.. semua sekali Lokman Adam rupanya..Tokleh nak nolong den..
Catat Ulasan