Rabu, 20 November 2019

AZMIN SILAP BESAR










AZMIN SILAP

PATUT JEMPUT

LOKMAN SAMA

Komplot dengan Azmin tunjuk Hishammuddin pengkhianat, kata pemimpin Umno



AHLI Parlimen Sembrong, Hishammuddin Hussein melakukan khianat membawa 22 orang wakil rakyat Barisan Nasional (BN) ke pertemuan tertutup dengan menteri PKR Mohamed Azmin Ali, dakwa seorang pemimpin Umno.

Ahli majlis tertinggi Umno Lokman Noor Adam berkata komplot itu mengecewakan rakyat yang masih menyokong BN.

“Tidakkah beliau sedar betapa kecewanya ribuan jentera BN dan PAS yang berkerja keras di Tanjung Piai apabila beliau melakukan pengkhianatan ini,” kata Lokman dalam kenyataannya.

Lokman berkata beliau sudahpun memfailkan aduan pada Lembaga Disiplin Umno ke atas Hishammuddin pada 30 Oktober dan menuntut bekas menteri itu disiasat.

“Tindakan Hisham bertentangan dengan keputusan MT Umno yang sudah pun memutuskan tiada kerjasama akan dijalankan dengan mana-mana parti dalam Pakatan Harapan (PH).

“Saya berharap tiada pihak mempertahankan pengkhianatan yang dilakukann oleh Hishammuddin ini. Parti perlu mengambil tindakan tegas,” katanya.

Sejak beberapa bulan lalu, Hishammuddin didakwa berusaha menggerakkan pengikutnya untuk menyertai PH.

Menurut Lokman, Hishammuddin menjadi orang tengah kepada Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad untuk membawa masuk ahli Parlimen Umno ke dalam Bersatu.

Namun Hishammuddin sering berdalih bahawa beliau menghimpun ahli Parlimen itu bagi mengelak wakil rakyat berkenaan menyertai Bersatu, katanya.

Lembaga Disiplin Umno hari ini mengumumkan siasatan sudahpun dijalankan ke atas ahli Parlimen parti berkenaan yang terbabit dalam pertemuan itu.

Sementara itu, Setiausaha Agung Agung Annuar Musa enggan mengulas mengenai kes berkenaan kerana ia melibatkan disiplin parti.

Ahli Parlimen Ketereh itu juga menegaskan beliau tidak dijemput ke pertemuan itu namun akan menyelidik perkara itu.

“Isu disiplin parti ini, saya setiausaha agung. Tak boleh komen pasal itu. Saya tak dijemput untuk sebarang perjumpaan. Tak terlibat. Tidak tahu pula yang lain.

“Kalau betul, saya kena tengoklah mereka jumpa untum apa. Nanti di parlimen saya kena tanyalah. Kena tahu apa cerita,” katanya yang menegaskan beliau setia kepada Umno.

The Malaysian Insight difahamkan pertemuan itu disertai sekurang-kurangnya 22 orang ahli Parlimen BN dan lima daripada PKR termasuk Azmin.

Pertemuan dua jam yang difahamkan bermula jam 9.30 malam itu dipercayai bertujuan menyekat tekanan daripada pemimpin PH agar Dr Mahathir menyegerakan peralihan kuasa.

Ia susulan prestasi buruk PH dalam PRK Tanjung Piai, yang tewas dengan majoriti lebih 15,000 undi.

Individu yang meninggalkan kediaman terbabit selepas pertemuan itu dilaporkan enggan bercakap kepada pemberita. – 19 November, 2019.


TAPI JANGAN

SALAHKAN

AZMIN TAK 

JEMPUT LOKMAN

KERANA LOKMAN

INI TERLALU

LOKMAN ADAM
KAH KAH KAH


--------

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...


cabang dari politik gemok ko nie la dia tt... otak belemak...
tt kena bincangkan jugak.. apa jd otak yg lemak, tapi naik lemak kelilingny...
simptom awal.. mata kero.. cakap merapu, badan gemok...

I berkata...

Nak belanja makan pun tak boleh ke.... kahkahkah