Khamis, 19 Mac 2020

LANGAH TEPAT





LANGKAT TEPAT

MASA TERBAIK

UNTUK MENANGI

HATI RAKYAT

Perak beri RM500 kepada penjaja dan peniaga kecil

KERAJAAN Negeri Perak akan memberi bantuan khas RM500 seorang dalam bentuk sekali bayar kepada kira-kira 4,000 penjaja dan peniaga kecil susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan mulai hari ini hingga 31 Mac untuk mengekang penularan baharu jangkitan Covid-19.

Menteri Besar Ahmad Faizal Azumu berkata bantuan itu akan diberi kepada semua penjaja dan peniaga yang berdaftar dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Perak dalam masa terdekat. 

“Kos keseluruhan bantuan ini dianggar hampir RM2 juta,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Selain itu, Ahmad Faizal berkata kerajaan negeri akan menanggung separuh daripada kos sewaan gerai makanan serta medan selera di bawah semua PBT bagi tempoh Mac dan April yang membabitkan kos keseluruhan lebih RM770,000.


LAKUKAN 

APA SAJA UNTUK

MEMBANTU

RAKYAT 

------------

Tiada ulasan: