Rabu, 15 April 2020

BERITA TER COOL TER NOWW



BERITA TERCOOL

TER BEST

TER NOWW



UPSR, PT3 batal, peperiksaan lain tahun depan, umum menteri pendidikan

KEMENTERIAN Pendidikan membatalkan peperiksaan awam peringkat rendah bagi tahun ini, sementara peperiksaan awam peringkat tinggi dianjak sehingga tahun depan, selepas takwim pendidikan terjejas akibat penularan Covid-19, umum Menteri Pendidikan Mohd Radzi Md Jidin.

Sesi persekolahan pula, sekiranya dibuka nanti, hanya akan dibuka kepada pelajar Tingkatan 5 dan Tingkatan 6 Atas yang akan menduduki peperiksaan, katanya.

Peperiksaan mereka bagaimanapun ditangguhkan sehingga ke tahun depan, tambahnya.

“Keputusan (buka semula sekolah) ini akan terpakai kepada semua sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, sekolah swasta dan mana-mana institusi pendidikan yang berdaftar dengan kementerian.

“Sekolah yang tidak berdaftar dengan kementerian juga disarankan untuk turut mengikuti keputusan ini,” katanya dalam sidang media di Putrajaya, hari ini.

Empat peperiksaan melibatkan pelajar Tingkatan Lima akan diadakan sebelum April 2021, katanya, iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Pelajaran Vokasional Malaysia (SPVM), dan Sijil Tinggal Agama Malaysia (STAM).

“Untuk calon STPM (Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia), tarikh peperiksaan Semester 2 diubah kepada bulan Ogos 2020, manakala peperiksaan Semester 3 akan diadakan dalam suku pertama tahun 2021.”

Peperiksaan yang dibatalkan ialah Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3). Dua peperiksaan itu sepatutnya berjalan pada September ini, selepas penjadualan semula yang diumumkan pada 28 Amc lalu.

“Pembatalan ini tidak akan menjejaskan penilaian murid untuk kemasukan ke sekolah berasrama penuh ,” jelasnya.

Jelas beliau, satu kaedah penilaian baharu akan diperkenalkan, yang tidak hanya tertumpu kepada prestasi akademik semata-mata.– 15 April, 2020.


WOW 

SYIOKNYA

TAK SEKOLAH

TAKDA PEREKSA

KAH KAH KAH

Tiada ulasan: