Rabu, 8 April 2020

TAHNIAH KERJA RAPI







TAHNIAH

KERJA RAPI 

Kemunculan wanita misteri di Menara City One timbul tanda tanya

KUALA LUMPUR – Kemunculan seorang wanita dipercayai warganegara asing secara tiba-tiba di Menara One City menyebabkan suasana agak kelam kabut dan kecoh seketika sebaik sahaja dia mendedahkan latar belakangnya.

Seperti yang umum ketahui, Menara City One merupakan lokasi ketiga kerajaan melaksanakan PKPD atau Perintah Kawalan Pergerakan DiPerketatkan sejak enam hari lepas.

Kementerian Kesihatan Malaysia sebelum ini mengesahkan terdapat diantara 17 kes positif Covid-19 di kawasan yang terletak di Jalan Munshi Abdullah di ibu negara dipercayai ada kaitan dengan indeks kluster tabligh Masjid Sri Petaling.

Para pengamal media yang berkampung di situ sejak 8 pagi tadi tiba-tiba dikejutkan dengan kemunculan wanita berjubah hitam itu sekitar jam 2.30 petang tadi.

Dia yang menaiki Grab dilihat menjinjing dua beg plastik seperti mahu menghantar sesuatu namun telah diminta oleh pasukan keselamatan yang bertugas 24 jam di situ supaya menunggu.

Suasana agak kecoh apabila wanita itu memberitahu bahawa dia adalah penghuni di situ dan menunjukkan dokumen pengenalan  diri kepada petugas kesihatan yang juga ditugaskan di lokasi berkenaan.

Kelihatan petugas kesihatan memeriksa suhu badan wanita berkenaan sebelum mengiringi beliau masuk ke bangunan tersebut.

Selang sejam kemudian kelihatan ambulans Kementerian Kesihatan tiba di perkarangan Menara City One dan tidak lama selepas itu iaitu kira-kira jam 3 petang wanita itu dilhat dibawa ke dalam ambulans dengan kawalan keselamatan begitu ketat.

MalaysiaGazette kemudian difahamkan wanita itu merupakan suspek Covid-19 yang telah dikuarantin selama dua minggu di sebuah pusat kuarantin.

Bagaimanapun dia kemudian dibebaskan dari pusat tersebut dan bertindak mengambil Grab untuk pulang sendiri ke kediamannya di Menara City One.

Dia juga dipercayai mempunyai keluarga di kondominium itu namun tidak dapat dipastikan lokasi mana beliau dibawa selepas meninggalkan kawasan yang telah diisytiharkan PKPD itu. -MalaysiaGazette


TUGAS BAHAYA

TAPI WAJIB

DILAKUKAN
------

Tiada ulasan: