Jumaat, 1 Mei 2020

BUKAN TAKDA MAKAN TAPI SUSAH BELI




BUKAN TAKDA

MAKANAN

HANYA SUSAH

NAK BELI 

WAJIB BERATUR 

Penduduk Selayang bawah PKPD berdepan masalah makanan

PENDUDUK Selayang dalam kawasan perintah kawalan pergerakan diperketat masih bertahan walaupun wujud masalah kekurangan makanan berkhasiat dalam bekalan diedarkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Sejak PKPD bermula 20 April lalu, penduduk menerima barangan kering seperti beras, minyak, tepung, sardin dalam tin dan telur daripada JKM.

Raj Batumalai, penduduk kondominium Sri Murni Fasa 1 memberitahu The Malaysian Insight yang sejak 10 hari lepas, beliau dan keluarganya hanya makan nasi dengan dhal, sardin, kentang dan tosai.

Tiada sayur atau daging untuk penduduk diberikan dan beliau berharap JKM dapat mempertimbangkan membekalkan barangan ini kepada mereka.

Raj yang tinggal bersama isteri dan dua adik isterinya berkata walaupun ada kedai runcit di Sri Murni yang dibenarkan beroperasi bermula jam 10 pagi sehingga 6 petang, sukar mendapat barangan keperluan kerana terlalu ramai penduduk beratur untuk membeli di situ.

Walaupun keadaan serba kekurangan, Raj berpuas hati dengan bantuan JKM dan merasakan mereka buat kerja dengan baik.

Menurut Raj, JKM kadang-kadang menghantar barangan dari pintu ke pintu, tetapi kebanyakan masanya, JKM akan meletakkan barangan di tingkat bawah bangunan dan penduduk perlu turun untuk mengambilnya.

Sejak 20 April lalu, penduduk Sri Murni Fasa 1 menerima bekalan makanan daripada JKM tiga kali dalam tempoh sembilan hari. – 30 April, 2020.

INI HANYA

BERATUR

TUNGGU

PASCA KOBID

JEMBALANG 

AKAN MUNCUL

JIKA  POLITIKUS

MASIH DENGAN

PERANGAI 

MUNKEE

Tiada ulasan: