BERPUASA
BERKHALWAT
HARI INI AHAD 17 /5/2020
PUASA KE 24
KHALWAT KE 61
PKPB MASIH DITERUSKAN
PAGI INI MASUK KWANTUNG
CERAH DENGAN UDARA SEGAR
PETANG KELMARIN HUJAN
HINGGA KE MALAM HUJAN
HINGGA KE PAGI
BAGITU CERAH SEKALI
HINGGA BOLEH NAMPAK
BUKIT HULU LANGAT
BUKIT BUKIT YANG
MEMAGAR KUALA LUMPUR
DARI SELATAN
OKESTRA UNGGAS
TIDAK RANCAK KERANA BASAH
CHIP CHIP CHIP
SATU KUMPULAN TEMPUA
MASIH BEKERJA KERAS
BUAT RUMAH
NAMPAK MACAM
RUMAH JANTAN
TEMPUA ADA DUA RUMAH
SATU UNTUK
JANTAN BERTENGEK
SATU UNTUK
BETINA MENGERAM
TERSEREMPAK
TIGA BALAM SEDANG
MENCARI CACING
DI LOPAK AIR
ATAS JALAN RAYA
HUJAN MEMBAWA PASIR
KE JALAN RAYA
PASIR MEMBAWA CACING
TETIBA
UNTUK PERTAMA KALI
SATELAH DUA BULAN
BERSELISEH
DENGAN
SABUAH PACUAN 4 RODA
TAK NAMPAK SAPA
CERMIN ITAM
GUA RAMAL
HARI INI AKAN PANAS
KERANA SEMUA AIR
SUDAH GUGUR
TAPI MUNGKIN ADA
AIR DAN AWAN BARU
SELAMAT BERPUASA
SELAMAT BERKHALWAT
Tiada ulasan:
Catat Ulasan