Jumaat, 12 Jun 2020

TAHUN INI TAK ADA NAIK HAJI




TAHUN INI

PAK AJI

BOLEH NAIK

MAK AJI

DI RUMAH


Ibadah haji tahun ini ditangguhkan

KUALA LUMPUR – Kerajaan hari memutuskan untuk tidak membenarkan rakyat Malaysia menunaikan ibadah haji bagi tahun ini.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)  Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, ibadah kelima Rukun Islam itu terpaksa ditangguhkan ekoran penularan Covid-19.

Berdasarkan kepada taklimat yang disampaikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Lembaga Tabung Haji (TH) serta perbincangan ahli-ahli Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang telah bersidang pada 9 Jun lalu, ibadat haji untuk semua rakyat Malaysia bagi Musim Haji 1441 Hijrah ditangguhkan.

“Ibadah haji bagi semua rakyat Malaysia adalah ditangguhkan ke tahun hadapan,” katanya dalam sidang media khas di Pejabat Perdana Menteri hari ini.

Pengumuman itu, kata Dr Zulkifli telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin
Al-Mustafa Billah Shah.

Selain Malaysia, Indonesia, Singapura, Thailand dan Brunei turut membatalkan ibadah haji kepada rakyatnya tahun ini.

Ditanya mengenai sistem penggiliran ibadah haji di negara ini, Dr Zulkifli berkata, keputusan itu akan memberi kesan kepada peserta ibadah haji tahun hadapan.

“Mereka yang tidak dapat pergi akan dibawa ke tahun hadapan jadi giliran mereka akan dibawa tahun hadapan, dan kita akan cuba usaha dengan terbaik mungkin.

“Kecuali yg telah diluluskan oleh TH dan mereka perlu buat rayuan semula dan rayuan sebelum ini terbatal dan buat rayuan tahun hadapan,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Dr Zulkifli turut berkata, sistem kuota yang diberikan kepada Malaysia oleh Arab Saudi juga akan turut terkesan.

“Kita berganutng kepada Arab Saudi (untuk kouta) selepas wabak ini kami akan ke Arab Saudi untuk bincang dan membina hubungan termasuk membincangkan masalah ini,” katanya lagi.

Mana-mana peserta yang namanya tidak tersenarai bagi ibadah haji tahun hadapan boleh mendapatkan semula wang mereka daripada Tabung Haji.

Untuk rekod, ini kali pertama ibadah haji di Arab Saudi tidak dapat dilakukan oleh jemaah Malaysia ekoran penularan Covid-19. – MalaysiaGazette

YANG LAIN

JIKA NAK NAIK

BOLEH PERGI

JALAN PUDU

JALAN SULTAN

CILAKAK

JALAN GUA

THAMBIPILAAI

DAH TAK BOLEH

RUKUK LAGI

KAH KAH KAH


Tiada ulasan: