Khamis, 16 Julai 2020

PERANG KELAS BERTERUSAN






PERANG KELAS

BERTERUSAN


Saya telah menulis  bagaimana Amerika Sarekat negara ekonomi terunggul dan paling maju dalam dunia  telah menjadi gaung kematian serangan  Cobid-19 paling wahid dalam dunia. Saya menunjukkan bagaimana sistem ekonomi kapitalis jenis Amerika  telah gagal melawan pandemik Karona. Saya juga menggambarkan  bagaimana Malaysia  pada tahap ini telah berjaya  menangkis  serangan  Karona. Wal hal sistem ekonomi Malaysia juga berpaksikan sistem ekonomi kapitalis.

Ketika saya menulis pada Selasa 14 Julai 2020 – data  Pertubuhan Kesehatan Dunia (WHO )  menunjukkan  angka pandemic seluruh dunia: Seramai  12, 768,307 warga dunia   sedang dirawat , seramai 215,539  baru dihinggapi dan seramai  566,654  warga dunia dari pelbagai negara telah mati akibat  Covid-19.

Di Amerika pada ketika ini  data menunjukkan seramai 3,479,483 warga telah di hinggapi Karona. Seramai 1,549,469 telah sembuh dirawat. Seramai 138,247 warga Amerika Sarekat telah mati akibat serangan virus Karona.

Manakala di Malaysia pula data menunjukkan – jumlah keseluruhan kes 8725.  Seramai 8520 telah sembuh dirawat.  Ada 83 sedang dirawat. Jumlah kematian warga Malaysia hanya 122 orang. Amin.

Sebelum saya  merungkai  dalam dan mengaitkan  kematian dengan sistem ekonomi dan perang kelas  ada satu lagi data yang wajib kita sesama ketahui.

Pada Khamis  9 Julai 2020 yang lalu badan Badan Bukan Kerajaan (NGO)  Oxfam  telah mengeluarkan data terbaru mengenai Covid-19. Oxfam ialah sebuah organisasi bukan cari untung yang ditubuhkan pada tahun 1942 di Oxford England. Seramai 20 badan amal telah bergabung untuk melawan kemiskinan dan kelaparan. Nama asal ialah  Oxford Committee for Famine Relief.  Oxfam Antarabangsa ditubuhkan pada tahun 1995 -   beribu pejabat di Nairobi Kenya.

Menurut laporan Oxfam  hingga ke penghujung tahun ini  kemungkinan  setiap hari  seramai 12,000 warga miskin kelaparan dalam dunia ini akan mati akibat dari serangan Karona. Data menunjukkan pada bulan April yang lalu seramai 10,000 warga miskin telah mati setiap hari.

Serangan virus kelaparan ini akan  menjurumuskan lebih dari 121 juta warga miskin ke tahap bulur. Angka kebuluran ini  berkait rapat dengan sistem  ekonomi kapitalis. Kilang ditutup – hilang kerja – hilang mata pencarian. Jadi papa kedana. Keadaan buruk ini diperburukan lagi dengan tergendala pengeluaran bahan makanan. Tanah pertanian tidak diusahakan  kerana rantai ekonomi putus akibat  Perentah Kawalan Pergerakan. Dalam masa yang sama bantuan amal jariah tidak kunjung sampai.

Serangan Karona ini menjadi pukulan maut pada umat miskin yang sedang bertarung dengan pelbagai  macam  perang. Dalam masa yang sama umat paling  miskin ini dibantai pula  oleh   bencana  pemanasan cuaca. 

Dengan lucah kita melihat bagaimana agihan kemakmuraan dalam dunia kita tidak dikongsi. Yang miskin jadi pada kedana -  yang kaya melambung kaya raya. Kelucahan ini menjadi-jadi hinggaikan buruh tani  tukang pengeluar makanan   hidup  tanpa dapat makan. 

Dalam keadaan lucah  sabagini  kita menyaksikan bagaiman   8 buah syarikat minuman dan makanan terbesar dalam dunia   telah membayar dividen lebih  dari 18 bilion  dollar untuk pemilik saham mereka  pada awal Januari  2020 ketika Karona baru menyerang.  

Syarikat ini ialah : Nestle, Pepsi, Coke, Kraft, Anheuser, Mondales, Danone, Diago, Archer dan Heineken. Syarikat ini memiiki harta kekyaaan berjumlah 8 trilion dollar bersamaan 10%  dari  Pedapatan Dunia (GDP).

Ini adalah  bukti bahawa apa yang berlaku hari ini adalah  hasil dari sitem ekonomi yang dikenali sebagai sistem ekonomi kapitalis.  Dalam sistem ekonomi kapitalis   kekayaan, makanan dan kemakmuran tidak dikongsi bersama.  Dalam sistem ekonomi kapitalis akan wujud jurang kemiskinan dan kekayaan yang amat luas.  

Aku  - pemilik modal  bekerja mencari keuntungan maksima. Aku -  tuan empunya kilang, aku tuan pemilik syarikat akan bayar gaji paling minima untuk kaum buruh. Aku -  pemodal jadi kaya. Kesenangan aku  hanya untuk  diri aku. Kamu yang miskin  papa kedana adalah nasib dan rezeki kamu yang telah ditetapkan dalam Luh Mahfuz.  Inilah  hukum dan rukun kapitalisma.

Ketika tulisan ini digarap   Oxfam telah mengenal pasti 10 buah negara yang  akan menuju kebuluran  hasil dari serangan Karona. Negara ini ialah   Yaman, Republik Congo, Afghanistan, Venezuela, Afrika Selatan, Ethiopia, Sudan, Selatan Sudan, Syria dan Haiti.  Dari pemerhatian  mata kasar  jelas  dapat dilihat bahawa kesemua negara ini bukan sahaja diserang Karona tetapi sedang dalam kancah perang. Amin.

Saya  menyatakan disini bahawa  saya berterima kaseh kepada Covid-19 dan virus Karona  kerana telah membuka wacana perbincangan tentang sistem ekonomi, dasar ekonomi dan peranan daulah. 
Bab ekonomi dan sistem ekonomi selama beberapa dekad  kebelakangan ini telah dipinggirkan  dalam memahami dan menganalisa apa yang berlaku hari ini.  Jauh sekali untuk membuka wacana apakah ada sistem ekonomi yang lain selain dari sistem ekonomi kapitalisma. 

Kolej, uiversiti dan gedung ilmu  hanya menyebar dan mengulang kaji teori ekonomi  dari mazhab   Adam Smith  atau  Milton Friedman dan suku sakatnya sahaja. Dalam banyak negara saperti  Malaysia teori ekonomi lain akan diaggap ajaran sesat dan ditakrif musuh negara. Justeru  teori   ekonomi Karl Marx  dan suku sakatnya  disekat dan seolah-olah tidak pernah  wujud.  

Walhal apa yang berlaku hari ini semuanya adalah  hasil dan manifestasi  dari sistem ekonomi kapitalis yang kita guna pakai. Dari pandangan  Marxis sistem ekonomi itulah yang  menjadi asas dan punca segala  pergerakan dunia  kita. Manusia ialah sosok ekonomi. Perebutan  manusia dan pergerakan manusia adalah untuk ekonomi.  Merebut punca punca ekonomi ini melahirkan pertentangan antara kelas.  Antara  kelas yang memiliki harta dengan yang tidak memiliki apa apa. Pertempuran orang kaya dengan orang miskin. Inilah yang dipanggil perang kelas atau class war. Khalas.

CNBC – stesen tv News Business Channel  pada 14 November 2017 telah melaporkan data  tentang  bagaimana  kurang dari 1 peratus warga dunia hari  ini memiliki lebih dari satengah  dari semua  harta kekayaan dalam dunia kita. Kekayaan dan  harta mereka meningkat 6% untuk menjadi 280 trilion dollar semenjak tahun 2012. Lebih dari  satengah dari 16.7 trilion dollar harta kekayaan baru ini wujud di Amerika Sarekat.

Jutawan paling teramai  dalam dunia kita ini  - 15.3 juta orang – adalah warga  di Amerika Sarekat. Ini diikuti oleh warga Jepun seramai  2.7 orang jutawan. Seramai  2.2 juta orang jutawan dari warga Britain. Ini dibontoti oleh 1.9 juta orang jutawan dari  warga China Merah.

Sepuluh sosok bilionwan  terkaya dalam dunia kita  ini datang dari Amerika Sarekat.  Awas ! Kematian warga yang paling banyak dalam dunia  kerana serangan Karona adalah juga warga Amerika Sarekat. 

Apakah data dan statistic yang saya paparkan ini tidak mengerakkan fikrah  kita untuk bertanya, atau menyoal atau cuba mencari jawapan kenapa ini berlaku. Apakah selama ini kita telah menjadi bebal dan manai hingga kita gagal berfikir. Atau kita menjadi  malas  berfikir. Atau kita takut   hendak  berfikir. Mana tahu kalau bertanya-tanya dan mengkaji-kaji soal ekonomi  ini  akan tersasul  terjumpa dengan teori ekonomi sosialis Karl Marx. Ini bahaya kerana Karl Marx  tidak  beragama.  Amin.

Perbezaan antara ekonomi kapitalis  dengan ekonomi sosialis cukup jelas. Kapitalis mengajukan keuntugan maksima untuk kaum pemodal – tuan pemilik modal. Manakah sistem ekonomi sosialis  mengajukan ekonomi untuk kebajikan ramai. Kapitalisma bergerak  maju  untuk menguntungkan tuan pemilik saham. Individu  yang kaya ialah tuan pemilik saham. Manakala  sosialisma juga  bergerak   untuk memajukan keuntungan pemilik sham. Tapi  tuan pemilik saham  sosialisma ialah orang ramai a.k.a daulah a.k.a kerajaan. 

Justeru kekuatan sistem ekonomi sosialis ini dilihat menonjol dalam penentangan serangan pandemik Karona.   Contohnya dihadapan mata kita.  Contohnya  paling menonjol  ketika ini ialah dalam sistem kesehatan awam.

Dalam sistem kapitalisma Amerika ada wujud sistem kesehatan awam. Kesehatan warga Amerika adalah bahan komodiiti untuk dijual beli. Kesehatan adalah punca keuntungan. Banyak hospital terbaik dan kliik terulung di Amerika . Pusat kesehatan ini untuk mereka yang berupaya membayar khidmat kesehatan.

Justeru di Amerika dan dibeberapa negara kapitalis hospital dan klinik memerlukan pesakit memiliki insuran untuk membayar. Tanpa insuran ertinya si pesakit tidak berduit justeru tidak akan diterima masuk hospital untuk mendapat rawatan walau pun dalam kesakitan.

Dalam sistem ekonomi kapitalis kamu sakit kamu  demam jika kamu ada duit semua beres. Jika kamu tidak ada dana maka kamu wajib mati tepi jalan. Dalam sistem ekonomi kapitalis  yang diutamakan untung bukan kebajikan umat atau kesehatan rakyat.

Kesehatan ialah komoditi untuk diperniagakan. Sakit ialah untung. Lagi lama sakit lagi banyak untung. Amin.

Ini agak berbeza dengan sistem perubatan awam  yang diguna pakai di Malaysia.  Kita ada konsep hospital kerajaan. Sistem -Lembaga  Hospital Kerjaaan ini adalah peninggalan kuasa kolonial  Inggeris. Ketika menjajah kuasa kolonial memerlukan buruh yang sehat maka hospital didirikan. Hospital kerajaan bukan berpaksikan keuntungan. Hospital kerajaan memberi khidmat kesehatan untuk menjaga kesehatan dan kebajikan  orang ramai – anak semua bangsa dan bangsa semua agama.

Kita lihat ketika Karona  menyerang bagaimana hospital kerajaan bergerak dan bertugas. Hospital kerajaan menerima sesiapa sahaja yang sakit atau disyaki memilliki gejala Covid-19. Ujikaji tubuh badan pesakit dijalankan tanpa menanya sama ada si sakit ada duit atau tidak. Semua warga anak semua bangsa – bangsa semua agama -  diberi khidmat kesehatan untuk kesejahteraan dan kebajikan semua. Bukan hanya untuk keselamatan  dan kesehatan mereka yang kaya dan yang berduit. 

Lihat  bagaimana kerajaan  telah mengeluarkan  dana membayar hotel untuk warga  yang pulang dari  luar negara. Merek dikurantin di hotel atau  dipusat pusat yang disewa khas oleh kerajaan. Kos penginapan  dan makan minum ditanggung oleh kerajaan.  Apa yang telah dan sedang  berlaku ini adalah ciri dan pola sistem  kesehatan ekonomi sosialis.

Ini tidak berlaku di Amerika  atau di negara yang menjual  sistem isuran kesehatan. Khalas.

Sistem kesehatan awan yang kita guna pakai ini  peninggalan kolonial Inggeris ini induknya  masih  ada di United Kingdom. Ianya di kenali dengan nama  NHS – National Health Service atau Khidmat Kesehatan Kebangsaan.

Biar saya surahkan disini bagaimana kaum pemodal di United Kingdom – towkay insuran dan pelabur kesehatan mahu sistem hospital NHS ini dilupus atas alasan  perbelanjan mahal dalam bujet negara.  Kaki lobi dan orang tengah kaum kapitalis ini  telah bekerja kuat untuk menjadikan hospital di UK mengunakan sistem isuaran kesehatan saperti di Amerika Sarekat.  Kempen  guna sistem - Insuran Kesehatan  - ini menjadi tunggak kempen politik puak kanan  dan kaum kerabatnya dari Parti Konservatif.

Bila Karona menyerang  maka terbukti sistem NHS lebih kukuh dan gigih.  Perdana Menteri  Boris Johnson   pemuka dan jurucakap kaum pemodal  merangkap tukang kempen   sistem insuran kesehatan  telah diserang Karona.   Data menunjukkan seramai  291,373 warga UK telah diserang. Seramai 44,968 telah mati.  United Kingdom tidak seburuk Amerika Sarekat.  

Justeru - pada ketika ini kempen dan lobi untuk memansuhkan dan mengubah suai sistem  kesehatan awam NHS di United Kindom telah agak pudar dan lembik. Terima kaseh  Karona.

Awas!  Tanpa debat yang luas. Tanpa pencerahan yang  melebar. Kerajaan Pakatan Harapan  telah berjaya menyelitkan sistem insuran kesehatan ini kepada sistem kesehatan awam kita. Mungkin fakta ini tidak diketahui ramai.

 Kaki lobi untuk syarikat insuran ini ialah  YB Saudara Tony Pua  Setia Usaha Politik  YB Saudara Lim Guan Eng bekas Menteri Keewangan.  Sosok yang kena lobi dan bersetuju  menerima pakai sistem insuran kesehatn ini ialah ialah YB Sudara Dr Zul yang ketika itu Menteri Kesehatan.

Bab ini akan saya huraikan dalam siri Merkam Sejarah. Sila tunggu.  (TT)



4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

patut la kerajaan PH kemaruk sangat perkenalkan skim insurans kesihatan ni. bayar pada syarikat insurans kroni je dah brape. rakyat dapat ciput. memang dasar kapitalis Tony Pua ni. memang patut PH jatuh.

hanifhassankurvers berkata...

Terima kasih TT .membuka minda Kita semua

Tanpa Nama berkata...

UK bukan socialist ke? Oyyy!

panglimo potaseh berkata...

Enam dari sepuloh negara yang BULOR adalah negara Islam, negara lahirnye para NABI dan ulamak muktabar yang sangat syumul. Apa yg buat GWA risau adalah ..gaya idop mereka dijadikan panduan gaya hidop kita hari ini ..tuckbEEr.