Ahad, 11 Oktober 2020

LAPORAN POLIS TERHADAP ANWAR

 



PEMIMPIN ISLAM

AKAN DIPANGIL 

POLIS?

AMIN

BETUL KE FITNAH

KAH KAH KAH



Idris Jusoh buat laporan polis, nafi sokong Anwar

(Berita Harian) – Ahli Parlimen Besut, Tuan Haji  Idris Jusoh membuat laporan polis menafikan sokongan terhadap Tuan Haji Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri selepas terus dikaitkan dengan isu itu. 

Pengerusi FELDA yang juga bekas Menteri Besar Terengganu itu berkata, beliau sebelum ini sudah mengeluarkan kenyataan tidak akan menyokong Tuan Haji Anwar sebagai Perdana Menteri namun hingga kini namanya terus dikaitkan dengan isu berkenaan.

“Ketika itu banyak media menulis mengenai perkara berkenaan, namun kini saya tetap dikaitkan sekali lagi. Ada juga rakan-rakan bertanyakan hal itu.

“Saya lihat kenyataan saya sebelum ini tidak diendahkan, jadi saya buat laporan polis,” katanya yang ditemui media selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya di sini, hari ini.

Idris berkata, pihaknya mengetahui perkara itu selepas dimaklumkan pegawainya mengenai artikel yang mendedahkan nama 121 Ahli Parlimen yang menyokong Tuan Aji Anwar.

“Pada 6 Oktober lalu sekitar jam 5 petang, semasa berada di pejabat saya di FELDA, saya dimaklumkan nama saya dipetik dalam artikel berkenaan.

“Saya dapati nama saya didakwa sebagai salah seorang 121 Ahli Parlimen yang dikatakan menyokong pelantikan Ahli Parlimen Port Dickson, Tuan Haji Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-9. 

“Saya nafikan sekeras-kerasnya perkara berkenaan dan atas sebab itu saya membuat laporan polis ini bagi membersihkan nama saya dari terus dikaitkan dengan tindakan Tuan Haji Anwar untuk menjadi Perdana Menteri pada ketika ini dan juga pada masa akan datang,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan Tuan Haji Anwar yakin mempunyai jumlah cukup untuk menjadi kerajaan seterusnya menjadikannya sebagai Perdana Menteri.

Namun, beberapa Ahli Parlimen membuat laporan polis dan mengeluarkan kenyataan mereka tidak menyokong Tuan Haji Anwar seperti yang didakwa sesetengah pihak.

KES BERAT

KES TIPU YB

ATAU

KES TIPU

SULTAN MELAKA

KAH KAH KAH



1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Prime minister in waiting tukar prime minister wannabe.gilo ko orang tak sudi terus mengaku sudah kawin sama orang tak sudi.elok elok telor dua bijik nanti bertelor kamu sebijik lagi di dahi.