Isnin, 2 November 2020

UMNO MULA BELASAH SAMA SENDIRI

 



UMNO MULA 

 BELASAH

 SAMA SENDIRI

KAH KAH KAH



Menteri Umno 'tak dibelasah' Kabinet berhubung Darurat, kata Annuar Musa

MENTERI Umno tidak “dibelasah” Perdana Menteri Muhyiddin Yassin kerana tidak menyokong usaha kerajaan untuk mengisytiharkan darurat, kata Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa.

Beliau menyangkal kenyataan anggota majlis tertinggi Umno Puad Zakarshi yang mendakwa menteri Umno dikritik dalam mesyuarat Kabinet Rabu lepas.

“Ini karut… Sangat tidak benar,” kata Annuar merujuk kepada laporan The Malaysian Insight melalui ciapan di Twitter beliau.

Petang tadi, Puad berkata, menteri Umno “dibelasah” Muhyiddin dan penyokongnya dalam Kabinet kerana mereka tidak menyokong usaha mendapatkan pengisytiharan darurat walaupun telah ditolak oleh Yang di-Pertuan Agong.

“Kalau ada kejujuran politik sudah tentu menteri-menteri Umno tidak dibelasah dalam Zoom cabinet meeting Rabu lalu.

“Umno jadi sasaran kerana menteri Umno menyokong keputusan (Agong) menolak pengisytiharan darurat. 

“Kononnya menteri Umno tidak mengamalkan collective responsibility (tanggungjawab bersama),” kata Puad dalam satu kenyataan hari ini.

Ahad lepas, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah menolak permintaan pengisytiharan darurat dibuat Putrajaya selepas mengadakan pertemuan dengan Majlis Raja-Raja, berkata ia tidak diperlukan dalam usaha melawan Covid-19.

Bagaimanapun, Muhyiddin semalam, sekali lagi mengulangi yang darurat diperlukan untuk menghalang Pilihan Raya Kecil Batu Sapi bulan depan dan PRN Sarawak akan datang bagi mengelakkan lonjakan kes Covid-19. – 1 November, 2020.

MUHYIDIN BIJAK

PECAH PERENTAH

KAH KAH KAH

ADA DAPAT 

JADI MENTERI

SOKONG MUHYIDIN

GILA GILA

AMIN

YANG TAK DAPAT

TERUS BISING 

FRUS MENONGGENG

KAH KAH KAH




1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Si khaled dgn si puad ni selalu dpt liputan. Ada apa2 ke? Takkanla dh tua2 jd cybertrooper mcm lobakman