AWAS
KEMARAHAN
AMAT SENANG
MELEDAK
KETIKA KOBID
MENYERANG
AMIN
42 orang ditahan
bergaduh
berebut pelanggan
GARA-gara berebut pelanggan, 42 individu ditahan selepas terbabit dalam pergaduhan di hadapan Plaza Low Yat, Bukit Bintang di Kuala Lumpur hari ini.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohamad Zainal Abdullah berkata pihaknya menerima panggilan daripada orang awam mengenai kejadian kira-kira 7 malam.
“Kejadian berpunca daripada berebut pelanggan di kedai menjual komputer dan komputer riba. Semua mereka yang ditahan berusia 20 hingga 35 tahun dan dibawa ke Balai Polis Dang Wangi untuk siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya kejadian itu tidak melibatkan isu perkauman.
Pelanggan restoran
dipukul kerana parkir
TIGA lelaki bertindak menyerang seorang pelanggan restoran kerana kereta mereka dihalang oleh kereta mangsa di ruang parkir di hadapan restoran tersebut di Jalan Metro Perdana, Taman Usahawan, Kepong, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Sentul ACP Beh Eng Lai berkata dalam kejadian jam 9.50 malam itu, mangsa berusia 30 tahun bersama isterinya sedang menjamu selera apabila didatangi lelaki dalam keadaan mabuk sebelum memukul mangsa.
SABAR
KITA
JAGA
KITA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan