LAWAN
WAJIB LAWAN
JANGAN HEBOH
CAKAP SAJE
AMIN
Umno tidak kerjasama
dengan Bersatu
dalam PRU15,
kata Tajuddin
UMNO tidak akan bekerjasama dengan Bersatu dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata Pengarah Pilihan Raya Umno Tajuddin Abdul Rahman.
Umno sebaliknya hanya akan bekerjasama dengan PAS, katanya, selepas kedua-dua parti memeterai kerjasama rasmi atas nama Muafaat Nasional sejak September 2019.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno berkata Umno juga tidak akan mengikut langkah PAS untuk bekerjasama dengan Bersatu dalam PRU15, seperti yang disebut oleh naib presiden parti Islam itu Mohd Amar Nik Abdullah.
“Dia (Mohd Amar) nak bekerjasama dengan Bersatu terpulanglah kepada dia dan Umno tidak akan bekerjasama dengan parti itu dalam pilihan raya akan datang,” katanya, seperti dipetik BH Online.
Tajuddin dipetik berkata demikian selepas merasmikan mesyuarat tiga sayap Umno Bahagian Pasir Salak di Teluk Intan.
Menurut Tajuddin, kenyataannya itu bukan pandangan peribadi tetapi pendirian akar umbi Umno berdasarkan tinjauan melibatkan lebih 140, atau dua pertiga daripada ketua bahagian Umno di seluruh negara.
“Jadi kita mendengar kepada akar umbi, takkan kita mahu dengar cakap Amar… tetapi kita hormat kenyataan beliau,” tambahnya.
Mohd Amar baru-baru ini berkata PAS, Bersatu dan Barisan Nasional (BN) tidak mampu bertanding bersendirian dalam PRU15 sebaliknya perlu bersama atas naam Perikatan Nasional (PN).
Tajuddin sementara itu berharap pemimpin PAS berpegang pada janji mengatur gerak kerja menghadapi PRU15 bersama Umno, termasuk memastikan tiada pertembungan kerusi antara mereka.
PAS juga perlu “cari jalan keluar” selepas bersama dengan Bersatu membentuk PN, tanpa Umno.
“Janji mesti ditunaikan dan mereka menyertai Perikatan Nasional bersama Bersatu tanpa Umno sedangkan kita sudah bersama dalam MN… jadi carilah jalan keluar,” katanya.
Beliau berkata kerjasama dengan Bersatu sebelum ini bukan melibatkan parti sebaliknya hanya melibatkan ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan baharu, selepas percaturan politik yang menyingkirkan kerajaan Pakatan Harapan pada Februari 2020.
Sementara itu, Tajuddin yang juga ahli Parlimen Pasir Salak berkata Umno akan bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri Sungai Manik dalam pilihan raya umum akan datang.
“Kerusi yang lompat itu kita mahu ambil semula dan siapa yang mahu bertanding di situ perlu lawan dengan kita,” katanya.
Tajuddin juga membayangkan bekas senator Khairul Azwan Harun yang juga timbalannya sebagai bakal calon DUN Sungai Manik, lapor BH Online.
Adun Sungai Manik Zainol Fadzi Paharuddin keluar Umno selepas PRU14 untuk menyokong kerajaan PH. Beliau kemudian menyertai Bersatu dan kini merupakan setiausaha Bersatu Perak.
Selain DUN Sungai Manik, Adun Tualang Sekah Nolee Ashilin Mohamed Radzi juga keluar Umno untuk masuk Bersatu, selain tiga ahli Parlimen iaitu Syed Abu Hussin Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Dr Noor Azmi Ghazali (Bagan Serai) dan Hamzah Zainuddin (Larut).
Hamzah kini setiausaha agung Bersatu. – 2 Januari, 2021.
3 ulasan:
Kalau berani tak join PN siap sedia semua, punggung akan bengkak duduk atas bangku mahkamah!!! Ada berani...Ada telor Ka tak da...
Jangan main tarik Tali macam ni selalu...nanti modal tak da mau pakai apa...
Dah lah Lu otak tak boleh pakai...lagi mau ugut ugut Sama abah tai ko...
Abah kau!!!
UMNO nak kerjasama dgn Pas saja. PAS pulak dalam masa sama nk kerjasama dgn BERSATU. Ini nama nya berselingkuh. PAS asyik poligami saja. Berbini poligami, politik pn poligami.
Mulo mulo PAS kaweng dengan UMNO. Doh bejubo 22 bulang, PAS tergoda oleh Bersatu yang menawarkan bermacang-macang habuang. Lo ni dok mikir...nok besamo laki baru ke balik ke laki lamo. Tapi peghaga jalang ni dok bulih teke....esok mukalu PKR menang...mau die belari gi hisap punai Nuwar pulok.....
Catat Ulasan