Ahad, 19 September 2021

WOW ! ADA DOS KE TIGA PULAAAAK

 



 INI BERAT

AMIN

ADA DOS KE 3

AMIN


Kerajaan setuju laksana pemberian dos ketiga vaksin Covid-19, kata PM

KERAJAAN bersetuju untuk melaksanakan pemberian dos ketiga vaksin Covid-19 dalam usaha meningkatkan perlindungan kepada golongan rentan daripada risiko jangkitan pandemik berkenaan.

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berkata keutamaan pemberian dos ketiga itu akan tertumpu kepada kumpulan yang berisiko tinggi terlebih dahulu seperti anggota barisan hadapan kesihatan dan pesakit kurang daya tahan imun (terimunokompromi).

Selain itu, beliau berkata turut diberikan keutamaan adalah warga tua dengan komorbiditi serta individu yang tinggal atau bekerja di pusat jagaan jangka panjang dan kesemuanya akan dilaksanakan apabila liputan imunisasi populasi dewasa di seluruh negara melebihi 80 peratus.

“Dos ketiga ini dapat meningkatkan tahap imuniti dalam kalangan individu berisiko tinggi terhadap jangkitan Covid-19, yang mungkin menurun dalam tempoh tertentu selepas dos kedua.

“Untuk itu, panel pakar perubatan dan kesihatan sedang membangunkan garis panduan pelaksanaan pemberian dos ketiga ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ismail Sabri berkata kesemua perincian berhubung pelaksanaan pemberian dos ketiga vaksin Covid-19 akan diumumkan oleh Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin. – Bernama, 19 September, 2021.

 YANG KE 4

DAN KE LIMA

KE ENAM 

KE TUJUH 

ADA KE?

AMIN

SAJE TANYA

MANA TAHU

SYARIKAT BUAT

UBAT SENGAJA

 BUAT MACAM INI 

KHALAS

AWAL DULU 

DILAPOR VAKSIN

AMBIL MASA LAMA

UNTUK UJI PAKAI

AMIN

PANDANGAN INI

DI PELEKEH

AMIN

SEKARANG NAMPAK

BETUL TEPAT

KHALAS

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Pendapat aku, dos ketiga kerana syarikat vaksin dan yang berkenaan nak kaut untung. Nak betul betul kawal kobid, ikut cara China merah komunis. Bina hospital sementara, semua yang kena jangkit, masuk hospital. Ada kes, penduduk kawasan berkenaan dilarang keluar, semua kena ujian. Tujuan hanya satu. Putus rantai penyebaran serta merta. Khalas!

Tanpa Nama berkata...

disebabkan kebodohan kerajaan sendiri.. duit banya dilabur ke syarikat kroni.. bilion2 hilang.. hok kaya cina gemuk..

kalau labur dekat doktor kontrak ke saintis baksin ke saintis ketum ke agaknya boleh dapat bilion2..

ini semua bullshit

Tanpa Nama berkata...

Yang pasti sanitizer mask ubat vaksin semua meroket naik harga, samping itu harga telur minyak masak meroket sama tanpa sedar, harga nasi kandar mamu pun sama meroket, harga grab harga lala apa apa meroket jugak, hasilnya ekonomi merlot merlot meroket jugak kah kah kah, sebab apa sebab apa sebab keuntungan adalah kiblat manusia, buat untung matlamat negara, sapa mari sapa pergi tiada masalah asal semua bawa keuntungan, kah kah kah

Yeop sepet berkata...

Aiseymen,paklong mail buat kira2,Tak cukup lagi fund utk pru15,satu lagi dos mamak,baru ngam. Dah teruk sgt tahap marah anak bangsa,paklong dpt rasa Tak ckup nie nak tabur duit.hnag buat la 10x dos pun,tabur la byk Mana pun duit hasil untung vaksin,10x mampuih idup balik pun org dah Tak nak sokong.tggal lg calon PM pembangkang,kalu Anwar paklong mail akan menang by default,org tak kuor ngundi.