Jumaat, 1 Oktober 2021

BETUL TAK APA GUA KATA

 



Vaksin: Ibu kecewa masyarakat tular berita tak betul mengenai anak

MELAKA – “Ada yang kata anak saya tak makanlah, tak cukup tidurlah…padahal makan, tidur cukup. Sebelum pergi memang akan suruh mereka makan. Lepas tu yang akak paling kecewa bila dia kata anak akak dah meninggal,” luah Ulfah Mat Daris, 42.

Ulfah merupakan ibu kepada Muhammad Azim Hassan, 13, remaja yang didakwa pengsan selepas disuntik vaksin di pusat pemberian vaksin (PPV) Integrasi Encore, Klebang di sini semalam.

Beliau berkata Muhammad Azim berasa takut sebelum disuntik, sehingga menyebabkannya gemuruh sebelum pengsan selepas vaksinasi.

“Dia (Muhammad Azim) selalu cakap ‘ibu, adik takut (ambil vaksin)’. Dia lemah semangat… pukul 11 malam dia dah tidur dan bukannya pukul 2 pagi sebagaimana yang ditularkan.

“Anak akak dah makan dua bungkus nasi lemak sebelum ke PPV. Akak terkejut orang sebar cerita yang bukan-bukan mengenai Muhammad Azim. Dia tak tanya kita, tak jumpa kita tapi sebar cerita yang bukan-bukan … macam kecewa sangatlah,” katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Kampung Bukit Duyong di sini hari ini.

Ulfah berkata sebelum kejadian tersebut, beliau bersama suami dan anaknya ke PPV berkenaan pada pukul 10 pagi sebelum petugas memberitahu untuk masuk satu jam kemudian berikutan orang ramai.

Beliau berkata selepas Muhammad Azim disuntik, doktor bertanya adakah beliau sihat dan anaknya mengiyakan pertanyaan doktor.
“Selepas itu, kami mengambil gambar untuk dibuat kenangan sebelum bergerak ke tempat meletak kereta. Sebaik tiba di sana, saya lihat Muhammad Azim dah rebah dan ada anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) yang mendukungnya masuk ke PPV untuk diberi rawatan.

“Pemeriksaan doktor mendapati anak sihat, cuma jantungnya sedikit laju mungkin kerana terlalu berdebar selepas disuntik,” katanya.


Sementara itu, Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata apa yang dialami Muhammad Azim adalah ‘syncope reflex’ ataupun darah gemuruh, yang boleh menyebabkan pengsan.

“Syncope’ berlaku disebabkan ketakutan yang amat sangat, ‘excitement’ yang amat tinggi sangat, gementar, takut pada jarum pun pengsan, tengok darah pun pengsan.

“Pada dasarnya apa yang berlaku adalah pembesaran pembuluh darah yang menyebabkan tekanan darah jatuh. Bila tekanan darah jatuh, darah kurang ke otak dia jadi gelap mata, berdengung telinga dia akan tumbang (pengsan) dan bila dibaringkan dia akan sedar,” katanya.

Terdahulu, Dr Noor Azmi meluangkan masa kira-kira setengah jam untuk bertanya khabar mengenai Muhammad Azim, selepas tular di media sosial kejadian seorang remaja lelaki yang dikatakan tidak sedarkan diri selepas menerima suntikan vaksin COVID-19 semalam. — BERNAMA



BETUL TAK

APA GUA KATA 

KELMARIN

AMIN

JANGAN BUBUH

AJI NO MOTO 

DALAM BERITA

AMIN

TAK CUKUP TIDO

TAK CUKUP MAKAN

DAN DAN DAN

 AMIN 

INI BUKTI 

LAPOR MEDIA

TAK TUNTAS

AMIN

PUTAR SANA 

PUTAR SINI

KELENTONG SANA

KELENTONG SINI

KHALAS

TIPU MACAM INI

BAWA BAHAYA

TERHADAP ORANG

RAMAI YANG

BERTAMBAH

TAK YAKIN DENGAN

BERITA  DARI 

PEGAWAI KERAJAAN

 DAN 

DARI KERAJAAN

KHALAS

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bro, tak ada ajinomoto mana sedap? Kalau tak sensasi siapa nak baca bro? Last last jadi kertas bungkus nasi lemak makcik Jah! Kah! Kah! Kah! Kah!

Yeop sepet berkata...

KJ dah order vaksin kene cucuk gak,ada life shelves vaksin dlm freezer pharmaniaga xleh cancel cucuk budak.lantaklah budak mati pun,kalu cancel pharmaniaga rugi,vaksin dah beli kamsen KJ pun leh sangkut.kalu kamsen sangkut xde duit utk pru15,umno yg dah nyawa2 biawak kene gelek lori kompem xde chance.

Tanpa Nama berkata...

Masalah dia orang KITA suka bercakap, siang cakap malam cakap waktu sedang tidur pun cakap, tak boleh berhenti,mengarut gosip mengata macam-macam lah sampai tokoh tambah perisa Maggie tomyam kah kah kah, mana ada intelek untuk baca kaji dapatkan cerita sebenar ? Dengar cerita terus tokoh dan nasi tambah satu begitulah budaya orang KITA, budaya ini buat kita semakin mundur dalam segala kena tipu kena khutbah kena kata macam-macam sebanyak kerana kurang cerdik kurang teliti merapu mengarut buat kerja tiada faedah kah kah kah orang lain dah sampai planet Marikh kita masih kopi o satu sembang sampai ke petang, kah kah kah sindrom mudah lupa makin bertambah lagi kah kah kah amin, apa apa pun tanya Mat 3.8 pointer itu, dia cerdik bijak Bistari cergas kah kah kah

herman adnan berkata...

mende kau ni Sham???? Gapo dio hok pelik nyo?
DUNIA KAN PENTAS SANDIWARA!
kah kah kah kah kah