Khamis, 10 Februari 2022

TEKNOLOJI BANTU PENIPU

 

Scam guna nama Ketua Polis Pahang dalam notis tangkapan palsu

KUANTAN – Taktik dan modus operandi scammer semakin menjadi-jadi.

Jika dahulu melalui panggilan telefon menyamar sebagai pihak berkuasa kini mereka menggunakan surat arahan atau notis yang kononnya dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM). 

Lebih ekstrem surat berkenaan menggunakan nama ketua polis negeri.

Ketua Polis Pahang, Datuk Ramli Mohamed Yoosuf berkata, taktik sedemikian disedari apabila beliau sendiri mendapati ada notis berkenaan menggunakan nama dan tanda tangannya.

Menurutnya, pihaknya tidak pernah mengeluarkan apa-apa surat arahan untuk membuat tangkapan temasuk notis kehadiran suspek atau memo dalaman yang ditandatangani oleh dirinya sendiri.

“Surat ini dipercayai akan  dibawa oleh seseorang kepada orang yang dikenali atau dikehendaki polis sebagai satu notis khas daripada orang yang akan menyamar sebagai polis untuk diberikan kepada mangsa,” katanya ketika dihubungi MalaysiaGazette malam ini.

Menurut Ramli, notis palsu tersebut akan dijadikan sebagai seakan-akan dokumen sebenar untuk tujuan penipuan sama ada ugutan pemerasan wang.

“Suspek akan memberi butiran dikehendaki polis, contohnya, nama penuh dan nombor kad pengenalan, alamat, nombor fail kes, serta memperkenalkan diri daripada IPK (Ibupejabat Polis kontijen) Pahang.

“Dengan menyamar sebagai polis suspek dengan menggunakan notis itu membuat tangkapan serta melakukan penipuan kepada mangsa dengan menakut-nakutkan mereka kononnya mereka akan diberkas.

“Ini kali pertama dikesan menggunakan kaedah ini, dan saya juga berkongsi kepada semua ketua polis negeri-negeri agar lebih berhati-hati,” katanya.

Justeru katanya, jika orang ramai ada didatangi surat atau notis seperti tersebut dinasihatkan supaya jangan mudah terpedaya atau membuat sebarang transaksi.- 

PECURI BESAR

MACAM NJIB

GUNA TEKNIK

 BANK

AMIN

PENIPU KECIL

GUNA TEKNOLOJI

UNTUK PAU DUIT

AMIN

HATI HATI

NAJIB TIPU

NEGARA

SCAMMER TIPU

RAKYAT BIASA

AMIN

Tiada ulasan: