Ahad, 17 Julai 2022

ANWAR DEDH DAIM - TERBAIK


Anwar tidak gentar, sedia dedah skandal Daim

SHAH ALAM – Presiden PKR, i Anwar Ibrahim tidak gentar jika digertak  Daim Zainuddin sekiranya beliau memilih untuk mendedahkan skandal-skandal kewangan yang melibatkan bekas Menteri Kewangan itu.

Anwar mendakwa, selama ini Daim banyak kali diselamatkan oleh bekas Perdana Menteri terdahulu sehingga ahli politik veteran itu tidak berasa serba salah kerana tiada sebarang siasatan dilakukan ke atasnya.

“Jangan anggap bahawa saya boleh ditakutkan sekiranya saya memilih untuk mendedah skandal-skandal ini. Soal dia diselamatkan selama ini tanyalah Perdana Menteri sebelum ini.

“Tiada penyiasatan kerana terlalu besar, gergasi maha perkasa untuk disanggah dan didekat. Jadi mereka pergi mana-mana, tiada siasatan.

“Malah bila dia dilantik sebagai Ketua Penasihat Ekonomi Pakatan Harapan (PH), saya keluar penjara, saya bagi nasihat kepada Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Saya kata bagaimana orang yang terlibat dalam semua ini (skandal) boleh dilantik? Tun Mahathir kata, itu keputusan dia kerana boleh beri nasihat kepada dia,” katanya pada sidang media di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), di sini, hari ini.

Selasa lalu, media melaporkan Daim menggesa tokoh politik veteran berundur untuk memberi ruang kepada generasi baharu memimpin negara.

Daim memberi contoh bekas seterunya, Anwar sebagai contoh tokoh politik yang perlu berundur susulan presiden PKR itu pernah cuba menghalang bekas Naib Presiden, Rafizi Ramli daripada menguasai jawatan Timbalan Presiden dalam pemilihan parti baru-baru ini.

Anwar juga sebelum ini menyalahkan Daim apabila  Azmin Ali menewaskan Rafizi dalam persaingan jawatan Timbalan Presiden sewaktu pemilihan PKR 2019.

Sebaliknya, Anwar berkata, beliau memilih untuk berjuang menyelamatkan negara daripada individu, tokoh politik dan kerajaan yang didakwa memunggah kekayaan negara.

“Tak mungkin orang-orang ini yang terkait dengan Pandora Paper dan kekayaannya berbilion akan menyokong atau simpati dengan saya.

“Sebab itu saya guna istilah sistamik, masalah rasuah negara kita adalah sesuatu yang sistamik, iaitu sistem paling rendah,” katanya. – 

WOIT

JANGAN CAKAP

DEDAHLAH

AMIN

RAKYAT TUNGGU

DAH LAMA

AMIN

LEPAS DEDAH

SKANDAL DAIM 

PASTI ADA

JAWABAN

AMIN

DAIM PULAK

AKAN DEDAH

SKANDAL ANWAR

AMIN

DAIM TELANJANG

ANWAR BOGEL

KAH KAH KAH

INILAH KEJAYAAN

PRU 14

UMNO GADUH

SAMA UMNO

AMIN

PENYAMUN SAMA

PENYAMUN GADUH

AMIN

PKR SAMA PKR

GADUH

AMIN

AZMIN GADUH

DENGAN HAMZAH

KAH KAH KAH

HADI GADUH

LAWAN ABDUH

AMIN

RAFIZI GADUH

LAWAN ANWAR

KAH KAH KAH

RAKYAT TEPUK

TANGAN TUNGGU

DUIT MASUK

BILA SABRI 114

GADUH

LAWAN ZAHID 47

KAH KAH KAH

AMIN 

KHALAS

1 ulasan:

Unknown berkata...

Terbaik..penulis ni rasanya dia hebat