Ahad, 3 Julai 2022

JANJI DAN SYARAT



Muhyiddin jumpa PM, ingatkan perjanjian dengan Perikatan


PRESIDEN Bersatu Muhyiddin Yassin mengesahkan beliau sudah bertemu dan berbincang dengan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob beberapa hari lepas bukan sahaja mengenai cadangan rombakan kabinet termasuk pelantikan timbalan perdana menteri.

Katanya, perbincangan mereka selaras dengan perjanjian Perikatan Nasional dengan Ismail Sabri, ketika parti itu memberikan sokongan kepadanya untuk jadi perdana menteri.

“Selepas tiga minggu saya dapat berjumpa dengan perdana menteri, mungkin sebab beliau sibuk, jadi saya dapat berjumpa dalam beberapa hari lepas dan saya ada utarakan soal penting mengenai pelantikan dalam kerajaan.

“Yang kita bincangkan bukan sahaja isu kekosongan (menteri) tetapi pelantikan baharu sepertimana terkandung dalam perjan.jian PN bersama perdana menteri

Kita tidak minta lebih daripada itu, termasuk soal pelantikan menteri baru, timbalan perdana menteri, termasuk lantikan GLC (syarikat berkaitan kerajaan), badan-badan berkanun dan peruntukan-peruntukan kerajaan,” katanya.

Muhyiddin bercakap kepada pemberita di Tanah Merah selepas melancarkan Perikatan Nasional Kelantan.

Muhyiddin menjawab soalan sama ada beliau sudah bertemu dengan perdana menteri untuk berbincang selepas Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Zuraida Kamaruddin keluar Bersatu untuk menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM), bulan lepas.

Zuraida yang juga ahli parlimen Ampang dilantik menteri atas kuota Bersatu.

Menurut Muhyiddin, pada pertemuan dengan Ismail Sabri, beliau juga menyuarakan pandangan agar pelantikan-pelantikan berkenaan diputuskan segera.

“Saya harap beliau membuat keputusan yang saya harapkan agak baik,” katanya.

Ismail Sabri jadi perdana menteri pada Ogos 2021 menggantikan Muhyiddin yang letak jawatan selepas sekumpulan ahli parlimen Umno menarik balik sokongan kepadanya di Dewan Rakyat.

Ismail Sabri kini mengetuai kerajaan yang dibentuk bersama oleh Barisan Nasional, PN dan didukung parti-parti dari Sabah dan Sarawak.

Pada 21 Jun, Muhyiddin mendedahkan beliau sudah  “lama” menunggu – ketika itu dua minggu – untuk mendapatkan temu janji dengan Ismail Sabri.

Ketika itu beliau berkata Ismail Sabri boleh mengekalkan Zuraida dalam kabinetnya tetapi bukan dengan mengambil kuota menteri Bersatu

Zuraida mengumumkan keluar Bersatu pada 26 Mei.

Kelewatan Ismail Sabri memutuskan kedudukan Zuraida dalam kabinetnya – sama ada kekal atau gugur – dikritik oleh segelintir pihak dalam Umno, termasuk Timbalan Ketua Umno Johor Nur Jazlan Mohamed yang menyifatkan beliau perdana menteri “lemah” kerana lewat membuat keputusan.

Kritikan itu bagaimanapun dibidas oleh beberapa pemimpin Umno termasuk menteri kabinet, antaranya Mahadzir Khalid, Khairy Jamaluddin, dan Annuar Musa dan beberapa ketua bahagian.

Mereka menyifatkan kritikan Nur Jazlan biadab dan sepatutnya dibuat mengikut saluran dalaman.

Semalam, Ismail Sabri berkata serangan terhadapnya adalah juga serangan terhadap Barisan Nasional dan akan melemahkan parti menuju pilihan raya. – 2 Julai, 2022.

MUHYIDIN

INGATKAN SABRI

TENTANG SYARAT

KAH KAH KAH

INI NAMANYA

 SYARATTON

AMIN

NAMPAKNYA

SABRI 114 MAKIN

BERANI LANGGAR

SYARAT

KAH KAH KAH

DG MUHYIDIN

ADA SYARAT

DENGAN NAJIB

UNTUK DAPT 

15 UNDI  YB

ADA JANJI KE?

KAH KAH KAH

SAJE TANYA

TAKUT ADA

JANI LEPASKAN

NAJIB  DARO

 MASUK PEJARA

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: