Ahad, 11 September 2022

PRU 15 SABRI MASUH BLUUR


Tarikh PRU15 belum dibincang dengan 'Top 5’ Umno, kata PM

PERDANA Menteri Ismail Sabri Yaakob hari ini berkata beliau belum berbincang dengan “Top Five” Umno berhubung tarikh Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

“Top Five” Umno merujuk kepada Presiden Dr Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Presiden Mohamad Hasan serta tiga Naib Presiden iaitu Mohamed Khaled Nordin, Mahdzir Khalid dan perdana menteri sendiri. 

Katanya, selepas berbincang dengan “Top Five”, baharulah beliau akan berbincang dengan parti MCA dan MIC serta parti komponen Barisan Nasional (BN) yang lain.

“Kemudian ia perlu dibawa ke Kabinet sebab di bawah Perlembagaan, kena ada kelulusan Kabinet sebelum saya menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk (mendapat perkenan) membubarkan Parlimen.

“Itu prosedur yang perlu dipatuhi,” katanya semasa merucap pada Majlis Penyampaikan Peruntukan Masyarakat Cina dan India Parlimen Bera 2022 di Dewan Kompleks Umno Bera di Padang Luas hari ini.

Walaupun belum berbincang mengenai tarikh PRU15, Ismail Sabri mengingatkan pimpinan BN di Parlimen Bera untuk bersedia memperkemaskan gerak kerja jentera termasuk berjumpa pengundi bagi mengekalkan kemenangan BN di Parlimen Bera dan dua DUN iaitu Guai dan Kemayan selain merampas semula DUN Triang.

PRU15, menurut Ismail Sabri walaupun tarikhnya belum diketahui, namun memberi bayangan “semakin hari ia semakin dekat” dan secara berseloroh berkata perkara itu perlu ditanya kepada perdana menteri mengenai bilakah tarikh pilihan raya akan diadakan.

Bagaimanapun jika merujuk kenyataan Mohamad, Ismail Sabri berkata timbalan presiden Umno itu menjangkakan PRU15 akan diadakan sebelum hujung tahun ini, dan ini bermaksud tempohnya semakin hampir sekali gus penting bagi jentera parti untuk mula membuat persiapan.

KAH KAH KAH

WOIT

MASIH BELUM

BINCANG

KAH KAH KAH

SABRI KATA

SEMUA MASIH

BLUUR

KAH KAH KAH

HANYA ZAHID &

GENG MAHKAMAH

YANG HEBOH HAL

PRU 15

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: