MENUNGGU PANAS
KHAMIS 26/1/2023
RAYA CHINA DAH SELESAI
HARGA BARANG MAKIN NAIK
HARGA BARANG NI
BUKAN DALAM TANGAN
MAT SABU ATAU RAFIZI
SEMUA INI BERSANGKUATN
DENGAN PASARAN DUNIA
GUA BUKAN NAK BODEK KERAJAAN
TAPI DARI DULU GUA
BERPENDAPAT HARGA BARANG INI
AMAT SUSAH NAK DI KAWAL
PASARAN DUNIA
DI LUAR KAWALAN KITA
JUSTERU MARAH
PADA MAT SABU
PADA RAFIZI
GUA RASA TAK TEPAT
NAK MURAH
WAJIB ADA SUBSIDI
MAKNANYA PAKAI DUIT KERAJAAN
GUA JUGA
TAK MINAT KEMPEN
ESOK MENANG
HARGA MINYAK TURUN
INI BOHONG
MINYAK TEPUNG GULA
DAN MACAM LAGI
BUKAN DALAM TANGAN KITA
DI LUAR KAWALAN
INI PASARAN DUNIA
YANG BOLEH DI LUPUS
HUTANG PTPTN
SEWA TOL
INI DALAM KAWALAN KITA
INI WAJIB DIHAPUS
AMIN
AMERIKA
BERSETUJU BERI KERETA KEBAL
PADA UKRAINE
GERMAN JUGA DAH SETUJU
14 BIJI DARI GERMAN
31 BIJI DARI AMERIKA
KAH KAH KAH
GENERAL MAHU 500 BIJI
NAK LAWAN RUSIA
KAH KAH KAH
HOKKIEN
UDARA SEJUK
RENYAI KELMARIN
LANGIT KELAM
AWAN KELABU
JANTAN BERKOKOK
MURAI BERKICAU
GUA DENGAR HOW WOW
SAYU SAYU BERSUARA
DARI WILAYAH YANG JAUH
GUA HARAP
HARI INI AKAN PANAS
AMIN
BRO
SENYUM
SENYUMLAH
BRO
LU TAK PERLU AJAR
MEMBER LU
LU BUAT DIA BERFIKIR
BRO
LU TAK PUAS
DENGAN APA YANG LU ADA SEKARANG
LU JUGA TAK AKAN PUAS
DENGAN APA YANG ADA ESOK
BRO
HANYA PIKIRAN LEMAH
YANG JAGA
TEPI KAIN ORANG
BRO
BAIK IALAH PENCERAHAN
BEBAL IALAH KEJAHATAN
BRO
KEHIDUPAN YANG TIDAK DIUJI
TIDAK LAYAK
UNTUK JALANI
BRO
KALAU LU ADA MINAT
NAK TAHU
INI TANDA PERMULAAN
LU NAK BERILMU
BRO
DI MALAYSIA INI
ADA DUA JENIS MANUSIA
PERTAMA : ORANG BIJAK
YANG SEDAR MEREKA BODOH
KEDUA :
ORANG BODOH
YANG ANGGAP DIRI MEREKA BIJAK
AMIN
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT MENUNGGU
MATAHARI SAMPAI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan