Khamis, 3 Ogos 2023

KEMPEN MAKIN HANGAT


Dakwaan penyokong Najib sokong PN hanya propaganda – Zahid


MUDA tidak remehkan setiap undi – Syed Saddiq


Jangan jadikan kalimah Allah isu politik – Anwar



REE: Sanusi dakwa ada satu lagi pendedahan

JITRA – Menteri Besar Kedah,  Muhammad Sanusi Md Nor mendedahkan beliau masih ada ‘peluru akhir’ dalam isu unsur nadir bumi (REE).

Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) itu juga sempat berseloroh dengan bertanya apa pendedahan oleh Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution hari ini.

“Cerita REE kita tutuplah malam ini, Pudin (Saifuddin Nasution) jadilah (sudahlah). Hang habis dah modal. Aku ada satu lagi (pendedahan), kalau aku keluarkan esok, kalau hang keluarkan (apa-apa kenyataan) esok, aku kunci.

“Jangan sampai saya bawa keluar (dedahkan) ‘bom atom’ itu. Kalau aku dedahkan (pendedahan baru) kalih (paling) muka ke belakang,” katanya dalam ucapan Jelajah Mega PN Best bersama Presiden Pas di Dataran Darul Aman, Jitra, malam ini.

Hadir sama Presiden Pas, Abdul Hadi Awang dan Pengerusi Pas Kedah, Datuk Ahmad Yanya.

Dalam pada itu, Muhammad Sanusi berkata, pejabat Riza Chalid juga sudah sedia di Alor Setar.

“Yang ini last punya. Kalau esok dia bercakap lagi saya nak tunjuk pejabat Pak Riza,” katanya lagi.

Semalam, Muhammad Sanusi mendedahkan terdapat individu dari Indonesia yang mengatakan hasrat untuk membeli tanah yang mempunyai REE.

Beliau mendakwa  individu bernama Riza Chalid yang dibawa oleh  Anwar Ibrahim bagi tujuan tersebut.

Saifuddin Nasution sebelum ini membuat pendedahan berhubung isu kecurian unsur REE dimana identiti seorang warganegara China dalam gambar yang dikaitkan dengan kegiatan REE bersama Sanusi dalam sebuah majlis.

Muhammad Sanusi kemudiannya mengakui beliau mengakui pernah bertemu dan mengenali individu bernama So Lio Fiat.

Beliau bagaimanapun bertindak menafikan dakwaan dirinya bertanggungjawab membawa masuk Loi Fat ke negara ini yang dikaitkan dengan kes kecurian unsur REE di Bukit Enggang, Sik. – MalaysiaGazette

LONDEH TIBAI

SAPA JADI

BROKER INDON

KAH KAH KAH

SAPA JADI

BROKER

CHINA MERAH

KAH KAH KAH

LONDEH JANGAN

TAK LONDEH

KHALAS

Tiada ulasan: