Sabtu, 30 September 2023

BAB EKONOMI - TANYA RAFIZI


Tiada keperluan wujudkan semula KR1M era Najib, kata pakar ekonomi


Pakar ekonomi menolak cadangan untuk mewujudkan semula Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) yang pernah diwujudkan semasa pentadbiran bekas perdana menteri, Najib Razak.

Carmelo Ferlito dari Institut Demokrasi dan Hal-Ehwal Ekonomi (Ideas) berkata beliau “agak skeptikal” dengan cadangan itu kerana ia tidak berjaya sebelum ini.

"Ia sudah dijangkakan.

“Untuk aktiviti ekonomi berjaya, ia perlu bertindak balas terhadap rangsangan pasaran terutamanya isyarat harga," katanya kepada MalaysiaNow. 

Media sebelum ini melaporkan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Fuziah Salleh memaklumkan akan mengkaji cadangan tersebut.

Katanya, ia akan dilaksanakan menerusi kerjasama strategik jualan Rahmah.

Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh menyeru kerajaan mewujudkan semula inisiatif era Najib itu ekoran kenaikan harga barang yang melampau baru-baru ini, terutama membabitkan barang makanan.

"Hari ini, ramai mula menyedari betapa bergunanya kedai berkenaan di saat harga barang keperluan naik.

“Adalah diharap, kerajaan akan mengkaji semula KR1M," menurut ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Merlimau itu.

KR1M dilaksanakan Najib sebagai inisiatif membantu rakyat berdepan kenaikan harga barangan.

Ia pernah ditutup sementara pada 2017, enam tahun selepas dilancarkan kerana kontrak pengendalinya, Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin) ditamatkan. 

Najib mengumumkan KR1M 2.0 semasa pembentangan Belanjawan 2018. 

Pakatan Harapan (PH) yang mengambil alih kerajaan pusat pada 2018 kemudian meneliti semula keperluan kedai tersebut. 

Pengarah urusan rangkaian peruncitan Mydin, Ameer Ali Mydin pernah mengkritik inisiatif itu kerana syarikatnya kerugian lebih RM100 juta akibat pembabitan dengan KR1M.

Beliau mengkritik KR1M 2.0 sebagai “satu jenaka”.

Carmelo berkata, harga sesuatu barang ditentukan pasaran dan tidak boleh ditetapkan pihak berkuasa. 

"Harga politik, secara teknikalnya tidak boleh ditakrifkan sebagai harga dan akibatnya, gagal untuk menjalankan fungsi transmisi maklumat sebenar.

"Ini mengakibatkan kita tidak tahu apa yang perlu dijual, pada kadar berapa banyak dan berapakah harganya. Ia tidak boleh berfungsi."

Dalam pada itu, Carmelo berkata inflasi sedang bergerak perlahan namun ia tidak bermakna harga barangan menurun. 

Katanya, harga sekarang sedang bergerak arah “harga normal”.

"Inflasi dalam kebanyakan kes didorong oleh kerajaan.

“Apa yang sepatutnya dilakukan ialah mengurangkan kuasa kerajaan dalam menghasilkan inflasi."

WOIT

HAL EKONOMI

WAJIB TANYA

RAFIZI

AMIN

RAFIZI PAKAR

FORMULA

AMIN

PASTI RAFIZI

ADA FORMULA

MACAM MANA NAK

SELESAI MASALAH

HARGA

 BARANG MAHAL

KHALAS

1 ulasan:

Amier The Hero berkata...

Salah satu formula yg ado skrg adolah, simpan bogheh tompatan dulu. Sampai satu maso, selopeh gomen ngosohokan kunun² langkah² maju ko dopan.. bogheh tompatan akan ado semulo. Itu kerano korajaan dah mengosohokan bobincang dan carik jalan penyelosaian tohadap isu bogheh ni. Kiro eh nmpk la mentoghi² palo mentoghi sumo eh buek kojo bukan bojalan sano sini. Kalau takdo tgn yg nyurukkan, takkan losap bogheh tompatan kek satu melaysia. Pikir la sondoghi.. pikir secagho logik akal.