Angka kematian askar penceroboh Israel meningkat
TEL AVIV – Jumlah kematian melibatkan tentera pencerohon Israel meningkat selepas negara Zionis itu melaksanakan operasi darat di Gaza.
The Times of Israel melaporkan, seramai 15 tentera Israel maut antaranya termasuk kereta perisai yang dinaiki dibedil dengan roket anti kereta kebal oleh pejuang Hamas.
Pasukan Pertahanan Israel (IDF) sudah menjangkakan pihaknya akan membayar ‘harga yang mahal’ berikutan melakukan operasi yahg penuh risiko.
Sebelas askar penceroboh dari Batalion Tzabar Briged Infantri Givati terbunuh apabila kapal pengangkut kakitangan berperisai Namer yang mereka naiki terkena peluru berpandu anti kereta kebal yang ditembakkan oleh Hamas.
Empat lagi askar penceroboh cedera dalam kejadian sama, termasuk seorang parah.
Seorang askar dari Batalion Rotem Givati cedera parah dalam pertempuran berasingan dengan pejuang Hamas dan askar Batalion ke-101 Pasukan Payung turut cedera parah semasa pertempuran.
Jumlah mangsa yang terkorban memberi gambaran ancaman yang terpaksa dihadapi tentera Isarel selepas pasukan penceroboh beralih kepada pertempuran di kawasan perumahan yang sesak.
Zon tempur bandar dianggap lubang maut kepada tentera penceroboh Israel kerana dibanjiri perangkap samar dan oleh rangkaian terowong luas yang digunakan oleh penjuang Hamas untuk menyerang hendap atau mengejutkan tentera Zionis.
“Kematian askar Israel dalam pertempuran dengan Hamas di Gaza adalah satu tamparan yang teruk dan menyakitkan,” kata Menteri Pertahanan, Yoav Gallant di platform X.
Sementara Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu berikrar untuk meneruskan perang Israel terhadap Hamas walaupun terdapat kematian.
“Kami mempunyai begitu banyak pencapaian penting, tetapi juga kerugian yang menyakitkan,” kata Netanyahu.-Agensi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan