Jumaat, 29 Disember 2023

TANGKAP DAIM ?





Siasatan SPRM

 bermotif politik – 

Tun Daim
KUALA LUMPUR –  Daim Zainuddin menafikan beliau dan keluarganya terbabit dalam rasuah atau sebarang salah laku dan mendakwa siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu adalah bermotifkan politik

Bekas Menteri Kewangan itu berkata, beliau akan mengambil tindakan undang-undang ke atas individu yang mendakwa dan mengaitkan dirinya dan keluarga memiliki kekayaan luar biasa dan perkara tersebut telah dibincangkan dengan peguamnya.

Malah Daim mendakwa agensi tersebut tidak pernah memaklumkan mengenai kesalahan yang didakwa dilakukannya atau keluarga beliau walapun persoalan itu pernah dibangkitkan secara bertulis kepada SPRM.

“Saya boleh dedahkan bahawa kami menerima sepucuk surat yang ditandatangani  Azam Baki (Ketua Pesuruhjaya SPRM) yang enggan memaklumkan kesalahan yang disiasat,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan, SPRM menyita bangunan Menara Ilham milik Daim bagi menyekat tindakan menjual, memindah hak milik atau melupuskan bangunan tersebut secara keseluruhan atau mana-mana bahagian bangunan tersebut.

Sitaan dilakukan selepas satu siasatan telah dibuka berkaitan dengan pengambilalihan saham membabitkan dua syarikat tersenarai berjumlah RM2.34 bilion.

Daim memberitahu, terdapat usaha untuk mencemarkan namanya dengan menyebarkan maklumat palsu dan sindiran tidak berasas.

Sementara itu, bekas Menteri Kewangan itu mendakwa Azam tidak profesional apabila mengeluarkan komen-komen bersifat prejudis secara terbuka mengenainya sedangkan siasatan masih lagi berjalan.

Menurutnya, Azam sepatutnya bertanggungjawan ke atas sumber-sumber yang membocorkan berita mengenai siasatan tersebut dan beliau percaya sumber itu membabitkan orang dalam. – 

WOIT

DAIM HANG

ROYAK APA

KAH KAH KAH

SEMUA POLITIK

KENTUT PUN 

POLITIK

AMIN

MAIN BONTOT

PUN POLITIK

KAH KAH KAH

LU JADI KAYA

KERANA POLITIK

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan: