Lelaki tawar RM5 juta bunuh Anwar untuk suka-suka, kata Razaruddin
SEORANG lelaki yang menawarkan habuan RM5 juta untuk membunuh Perdana Menteri Anwar Ibrahim melakukannya untuk suka-suka, kata Razarudin Husain.
Ketua Polis Negara itu berkata siasatan pihaknya menunjukkan suspek baru saja mula menggunakan aplikasi TikTok.
“Dia dipercayai buat itu untuk suka-suka,” kata Razarudin.
“Kami sedang siapkan kertas siasatan dan dijangka serahkan kepada Jabatana Peguam Negara untuk Tindakan lanjut pada 4 Disember ini,” katanya yang dipetik portal berita The Star.
Laporan polis dibuat terhadap lelaki berusia 34 tahun itu pada Ahad.
Laporan polis itu dibuat ahli AMK Mohamad Shazrin Ezam Mohd Saidi di baai polis Presint 7 Putrajaya.
Terdahulu melalui video yang kini sudah dipadamkan, lelaki itu dilihat memegang seorang budak ketika menawarkan habuan RM5 juta itu kepada sesiapa yang sanggup membunuh perdana Menteri dan barisan Kabinetnya.
Timbalan Ketua AMK yang juga setiausaha politik kepada Menteri Kewangan Kamil Munim berkata tindakan berunsur kebencian itu dilihat seolah-olah mencabar pihak berkuasa apabila ia sering diulangi pengguna media sosial tidak bertanggungjawab. – 30 November, 2023.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan