Isnin, 12 Februari 2024

PENCERAHAN DALAM BAHASA MUDAH



IKIM seru dapat fakta tepat kes Nik Elin Zurina

KUALA LUMPUR – Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) menyeru supaya semua pihak mendapatkan fakta yang benar dan tepat mengenai keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid dan Satu Lagi Lawan Kerajaan Negeri Kelantan dengan majoriti 8-1 pada 9 Februari lalu.

Justeru Ketua Pengarah IKIM, Prof. Madya  Dr. Mohamed Azam Mohamed Adil berkata, pihaknya akan menggerakkan beberapa inisiatif dan gerak kerja susulan kes itu antaranya mengadakan Persidangan Meja Bulat atau Muzakarah Pakar bagi menyampaikan maklumat perundangan betul melalui program radio dan penulisan serta hebahan media melalui berita dan media sosial.

“Untuk pengetahuan, sebuah Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi Dewan Undangan Negeri (DUN) Untuk Menggubal Undang-undang Islam telah ditubuhkan pada Disember 2023 yang berperanan melihat dan memperhalusi semua perkara melibatkan pertindihan antara Mahkamah Syariah dengan Mahkamah Sivil.

“IKIM juga berbesar hati untuk terlibat sebagai anggota dalam sebarang jawatankuasa yang berkaitan dan memberi input kepada Jawatankuasa Khas sedia ada,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mohamed Azam menjelaskan, Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat juga telah menegaskan isu dalam kes ini bukanlah tentang kedudukan Islam atau Mahkamah Syariah di Malaysia.

Tetapi kata beliau, berkenaan sama ada Badan Perundangan Negeri Kelantan membuat peruntukan-peruntukan tersebut mengikut batasan yang ditentukan oleh Perlembagaan Persekutuan atau sebaliknya.

“Hukuman Sivil dan Syariah di Malaysia adalah berbentuk takzir yang mana hukuman bagi kesalahan diadakan oleh pemerintah justeru, tidak wujud cabaran terhadap undang-undang Islam di Mahkamah Syariah.

“Fakta dalam isu kes ini adalah berkaitan kuasa Badan Perundangan Negeri Kelantan
untuk menggubal atau membuat beberapa peruntukan dalam Enakmen Kanun
Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019.

“Dalam 20 peruntukan yang dicabar yang kemudiannya menjadi 18, hanya 16 peruntukan yang diisytiharkan sebagai batal dan tidak sah iaitu seksyen 11, 14, 16, 17, 31, 34, 36, 37(1)(b), 39, 40, 41, 42, 43, 44, 45, 47 dan 48 Enakmen tersebut,” katanya. –  



PERLU FAKTA

PENCERAHAN

DALAM BAHASA

MUDAH

AMIN

BUKAN GUNA

 BAHASA PEGUAM

AMIN

Tiada ulasan: