Jumaat, 24 Mei 2024

SATU LAGI PRK



ADUN Sungai Bakap meninggal dunia

GEORGE TOWN – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Bakap, Nor Zamri Latiff meninggal dunia di Hospital Seberang Jaya (HSJ) dekat sini, hari ini.

Beliau yang juga Yang Dipertua PAS (YDP) Kawasan Nibong Tebal dilaporkan menghembus nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU) HSJ pada jam 1.38 tengah hari.

Perkara itu disahkan Setiausaha Pas negeri, Iszuree Ibrahim.

“Jenazah Allahyarham dijangka akan dikebumikan di Masjid Sungai Acheh jam 6 petang ini,” katanya ringkas.

MalaysiaGazette pada 1 Mei lalu melaporkan Nor Zamri ditidurkan selepas dimasukan ke HSJ akibat komplikasi bahagian perut.

Pada Pilihan Raya Negeri Ke-15, Ogos lalu, Nor Zamri menewaskan calon PH, Nurhidayah Che Rose dengan majoriti 1,563 undi. – MalaysiaGazette

SATU LAGI

DUGAAN

AMIN

BOLEHKAH PN

BERTAHAN?

JENG JENG JENG

AMIN

INI DUGAAN

SOKONGAN

MELAYU ISLAM

AMIN

KHALAS

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Wooit tt yg berkuasa & memegang duit akan bertindak utk menang kahkahkah

Tanpa Nama berkata...

Bagi aja la kat pn ..i suka komedi politik melayu..lagi bergaduh tuduh cina india hasut...stokin pon biarlah pakai otak sikit..pas tu kasut..i perpancot siot.