Jumaat, 24 Mei 2024

PELAJAR UK BERDEMO DI GANASI



Polis Britain didakwa

 tahan pelajar tunjuk perasaan

 pro-Palestin 

di Universiti Oxford
OXFORD, ENGLAND: Polis Britain didakwa menahan sejumlah pelajar Universiti Oxford, selain bergelut dengan sebilangan lagi ketika tunjuk perasaan pro-Palestin diadakan di premis universiti berkenaan, semalam.

Kumpulan Tindakan Oxford Untuk Palestin (OA4P) mendakwa, pihak berkuasa universiti memanggil polis selepas pelajar memulakan bantahan di pejabat pentadbiran, sebagaimana tunjuk perasaan yang berlaku di kampus sekitar Britain, Amerika Syarikat (AS) dan tempat lain susulan konflik berdarah di Gaza.

Polis Thames Valley berkata, pihaknya sedia maklum mengenai insiden berkenaan dan akan memberikan maklumat kemudian.

Setakat ini, pihak universiti berkenaan tiada memberikan komen berhubung kejadian itu. Sebelum ini, universiti itu pernah dilaporkan berkata akan menghormati hak kebebasan bersuara dalam bentuk tunjuk perasaan secara aman.

Rakaman dikongsikan dalam media sosial oleh OA4P menunjukkan pertengkaran antara pegawai dengan pelajar yang duduk di atas jalan raya bagi menyekat sebuah van polis dikatakan membawa tahanan.

"Lepaskan mereka," laung penunjuk perasaan terbabit.

Penunjuk perasaan telah menggesa pihak universiti itu supaya tidak lagi terbabit dengan syarikat mempunyai hubungan dengan Israel yang sedang berperang di Semenanjung Gaza.

"Adalah jelas bahawa pihak pentadbiran lebih sanggup menahan, mendiamkan dan menyerang pelajarnya sendiri secara fizikal, berbanding bertindak terhadap isu genosid oleh Israel di Gaza," dakwa kumpulan itu dalam hantaran melalui X. - REUTERS

PELAJAR  DI UK

TERUS DIGANASI

AJEN ZIONIS

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: