Isnin, 3 Jun 2024

BERSATU SEDANG BERMIMPI

 



Keahlian BERSATU digugur, tujuh wakil rakyat berlapang dada

KUALA LUMPUR: Tujuh wakil rakyat yang digugur keahlian daripada BERSATU menerima keputusan itu dengan hati terbuka.

Ahli Parlimen Gua Musang, Mohd Azizi Abu Naim yang juga jurucakap kepada enam Ahli Parlimen dan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) terbabit, berkata mereka belum menerima sebarang notis berhubung perkara itu.

Katanya, notis terakhir yang diterima adalah pada 17 Mei lalu, meminta wakil rakyat berkenaan menzahirkan pendirian berkaitan kesetiaan terhadap parti.

"Sehingga kini, kami belum menerima sebarang surat daripada parti menyatakan keahlian kami sudah ditarik.

"Kami menerima keputusan itu dengan hati terbuka," katanya kepada NST, hari ini.

Semalam, Ketua ARMADA BERSATU, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, dilaporkan berkata, keahlian enam Ahli Parlimen dan seorang ADUN berkenaan digugurkan serta-merta selepas gagal menjawab surat arahan bertulis Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti untuk menzahirkan ikrar taat setia kepada parti itu.

Kelmarin, Presiden BERSATU, Muhyiddin Yassin, memaklumkan seramai 25 daripada keseluruhan 31 Ahli Parlimen BERSATU menyempurnakan surat Arahan Khusus MPT untuk ikrar terus setia kepada parti, selepas tarikh tamatnya pada 31 Mei lalu.

Surat arahan itu dikeluarkan BERSATU kepada semua wakil rakyatnya sebelum ini bagi mereka menzahirkan pendirian berkaitan kesetiaan terhadap parti, yang dibuat susulan pindaan ke atas Fasal 10 dalam Perlembagaan BERSATU yang diluluskan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).

Terdahulu, Azizi berkata, beliau dan enam wakil rakyat lain tidak menjawab surat daripada BERSATU kerana menunggu jawapan parti berhubung keabsahan surat berkenaan.

"Sebenarnya, sebelum tarikh akhir 31 Mei pun, kita sudah hantar satu surat kepada Setiausaha Agung ( Hamzah Zainuddin) bertanyakan mengenai keabsahan notis yang dihantar, siapa yang terbabit dalam jawatankuasa khas, kita minta penjelasan.

"Pada kita, selepas parti jawab permohonan itu, barulah kita hantar (surat jawapan) tapi nampaknya parti tidak beri kerjasama.

"Kita tidak terima pengesahan (mengenai keabsahan notis) sebelum beri jawapan," katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Bukit Gantang,  Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal, akan membuat sidang media mengenai keputusan pengguguran keahlian BERSATU itu pada Rabu ini.

BERSATU kini memiliki 31 Ahli Parlimen dan selain Mohd Azizi serta Syed Abu Hussin, empat lagi Ahli Parlimen yang menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri,  Anwar Ibrahim ialah Zahari Kechik (Jeli),  Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar),  Suhaili Abdul Rahman (Labuan) dan  Dr Zulkafperi Hanafi (Tanjong Karang).

Daripada 60 ADUN BERSATU, dua yang tidak mengemukakan maklum balas surat arahan itu adalah ADUN Selat Klang, Abdul Rashid Asari yang sebelum ini menyatakan sokongan kepada Menteri Besar Selangor,  Amiruddin Shaari.



WOIT

MUSTAHIL AKAN

ADA 7 PRK

KAH KAH KAH

BERSATU MIMPI

ADA PRK NAK

TUNJUK SOKONGAN

KAH KAH KAH

BUAT KERJA LAIN

LEBIH BAIK

KHALAS

Tiada ulasan: