Ahad, 2 Jun 2024

SETANYAHU AKAN DIGULINGKAN ?


Menteri Israel bantah gencatan senjata di Gaza, ugut guling kerajaan

BAITULMAQDIS: Menteri sayap kanan Israel mengancam akan tinggalkan kerajaan Perdana Menteri, Benjamin Netanyhau, jika beliau meneruskan perjanjian gencatan senjata di Gaza yang digariskan Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden.

Rakan gabungan sayap kanan Netanyahu, Menteri Keselamatan Negara, Itamar Ben Gvir dan Menteri Kewangan, Bezalel Smotrich, berkata mereka akan berhenti daripada kerajaannya jika perjanjian itu diteruskan.

Ben Gvir berkata pihaknya akan 'membubarkan kerajaan' jika perjanjian itu berjaya dan menyelar cadangan itu sebagai 'kemenangan untuk keganasan dan risiko keselamatan kepada Israel'.


"Bersetuju kepada perjanjian sedemikian bukanlah kemenangan menyeluruh, tetapi mengakui kekalahan menyeluruh Israel kepada Hamas," katanya.

Smotrich berkata beliau enggan menjadi sebahagian daripada kerajaan yang akan bersetuju dengan apa yang digariskan Biden bagi menghentikan perang di Gaza.


"Kami menuntut kesinambungan perang sehingga Hamas dimusnahkan dan semua tebusan Israel dalam tahanan Hamas dikembalikan.

"Kita juga menentang kepulangan penduduk Gaza yang kini menjadi pelarian di utara wilayah ini kerana ia bermakna kita membenarkan 'pengganas' kembali mengancam kita di sini," kata Smotrich di platform X.

Terdahulu pada hari Sabtu, Netanyahu menegaskan bahawa pemusnahan keseluruhan pergerakan Hamas adalah sebahagian daripada pelan Israel yang diumumkan Biden.

Ketua pembangkang Israel, Yair Lapid berikrar menyokong Netanyahu bagi jayakan perjanjian pertukaran tebusan jika Ben Gvir dan Smotrich meninggalkan kerajaan, menyebabkan kerajaan campuran Netanyahu kehilangan majoriti di Parlimen.

Sementara itu, beribu-ribu rakyat Israel berhimpun di Tel Aviv untuk menuntut penerimaan gencatan senjata dan perjanjian pembebasan tebusan yang digariskan Biden, dengan ramai bimbang Netanyahu akan menolak cadangan itu.

Perang Gaza dicetuskan oleh serangan Hamas pada 7 Oktober lalu terhadap selatan Israel, mengakibatkan kematian 1,189 orang, kebanyakannya orang awam, menurut pengiraan AFP berdasarkan angka rasmi Israel.

Pehuang Hamas turut mengambil 252 tebusan, 121 daripadanya kekal di Gaza, termasuk 37 yang dikatakan tentera mungkin sudah mati.

Sekurang-kurangnya 36,379 rakyat Palestin, kebanyakannya orang awam, terbunuh di Semenanjung Gaza dalam pengeboman dan serangan darat Israel sejak 7 Oktober, menurut kementerian kesihatan di wilayah kendalian Hamas. - AFP

BERITA BAIK

DAR ISRAEL

AMIN

SETANYAHU NAK

KENA TENDANG

AMIN

ISREAL

 HURU HARA

HAMAS MASIH

TIDAK KALAH

AMIN

Tiada ulasan: